Air Mani Perempuan Keluar Semasa Faraj Terangsang, Ini 2 Jenis Air Mani Wanita!

Air mani perempuan terdapat dua jenis iaitu ketika ejakulasi dan squirting. Ia biasanya jernih atau sedikit keputihan dan tidak berbau.
Tahukah anda, air mani perempuan juga boleh keluar ketika mengalami ejakulasi semasa melakukan hubungan intim? Fenomena ini adalah sesuatu yang normal dan unik pada tubuh wanita.
▼Isi Kandungan
‘Air Mani Wanita’ Seperti Apa?
Pernah tak anda dengar tentang air mani perempuan? Sebenarnya, ia adalah cecair yang dikeluarkan oleh alat kelamin wanita ketika mencapai kemuncak rangsangan seksual
Cecair ini biasanya jernih atau sedikit keputihan dan tidak berbau. Walaupun sering dikaitkan dengan ejakulasi wanita, tak semua wanita mengalaminya.
2 Jenis Air Mani Perempuan
Mungkin anda pernah dengar tentang ejakulasi dan squirting, tetapi apakah perbezaannya?
1. Ejakulasi
Cecair yang keluar semasa ejakulasi wanita dihasilkan oleh kelenjar Skene. Biasanya ia pekat dan ada kandungan kimia yang hampir sama dengan air mani lelaki, tapi dalam jumlah kecil.
2. Squirting
Squirting pula melibatkan cecair yang keluar dalam kuantiti banyak. Cecair ini biasanya campuran air kencing dengan sedikit cecair dari kelenjar Skene. Ia berlaku bila rangsangan seksual berada pada tahap maksimum.
Ejakulasi Wanita, Biasa Ke Berlaku?
Penghasilan air mani perempuan melibatkan kelenjar Skene yang terletak berhampiran uretra. Apabila wanita dirangsang secara seksual, kelenjar ini akan menghasilkan cecair yang dikeluarkan melalui saluran uretra. Jumlah cecair yang terhasil bergantung pada tahap rangsangan seksual dan reaksi badan individu.
Air mani perempuan yang dikeluarkan semasa klimaks seksual. Ia berkait rapat dengan ejakulasi. Selain itu, ada juga air mazi iaitu cecair pra-ejakulasi yang keluar ketika wanita terangsang. Tujuannya adalah untuk melincirkan alat kelamin.
Keputihan pula adalah cecair semulajadi yang dikeluarkan oleh vagina untuk membersihkan dan melindungi kawasan tersebut. Keputihan normal biasanya jernih, tidak berbau dan tidak menyebabkan kegatalan.
Wujudkah Sebarang Manfaat Kesihatan?
Pernah dengar tentang manfaat air mani wanita untuk wajah? Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah ini benar atau sekadar mitos. Jawapannya: tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa ejakulasi wanita atau air mani wanita mempunyai manfaat kesihatan yang khusus, terutamanya untuk kecantikan wajah.
Namun, jangan kecewa dulu! Walaupun air mani wanita tidak memberi manfaat langsung kepada kulit, ada beberapa faedah kesihatan yang boleh diperoleh daripada aktiviti seksual itu sendiri.
Aktiviti seksual semasa orgasme dapat merangsang tubuh untuk melepaskan hormon penghilang rasa sakit seperti endorfin, yang berfungsi untuk mengurangkan pelbagai jenis sakit, termasuk sakit belakang, kaki, kepala, dan juga kekejangan haid. Ini menjadikan aktiviti seksual bukan hanya memberi kenikmatan tetapi juga sebagai cara semulajadi untuk meredakan kesakitan dalam badan.
Selepas klimaks, tubuh juga mengeluarkan hormon seperti prolaktin dan oksitosin yang membantu menenangkan badan, memberikan rasa relaks, dan meningkatkan kualiti tidur. Jadi, jika anda sering sukar tidur, aktiviti seksual boleh menjadi salah satu cara yang boleh membantu tidur dengan lebih nyenyak.
Selain itu, aktiviti seksual turut membantu mengurangkan tekanan dan ketegangan. Hormon yang dikeluarkan semasa orgasme memberikan perasaan kesejahteraan dan kebahagiaan, sekali gus dapat meredakan stres selepas hari yang penuh cabaran.
Ia juga berpotensi meningkatkan sistem imun tubuh. Beberapa kajian menunjukkan bahawa hubungan seks yang sihat boleh membantu meningkatkan daya tahan tubuh, yang penting untuk melawan jangkitan dan penyakit.
Tak hanya itu, aktiviti seksual yang sihat juga dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Walaupun ia bukan pengganti gaya hidup sihat seperti senaman dan pemakanan seimbang, ia boleh menjadi tambahan yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan jantung.
Kaitan Ejakulasi Dengan Kitaran Haid & Kehamilan
Kaitan antara ejakulasi wanita dan kitaran haid masih belum jelas sepenuhnya. Sesetengah wanita mendakwa mereka lebih cenderung mengalami ejakulasi selepas ovulasi dan sebelum haid, sementara yang lain tidak melihat sebarang hubungan.
Oleh itu, masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk benar-benar mengetahui sama ada terdapat kaitan antara keduanya. Selain itu, beberapa saintis berpendapat ejakulasi wanita mungkin memainkan peranan dalam kehamilan.
Mereka percaya cecair yang mengandungi PSA dan fruktosa dapat membantu sperma bergerak lebih lancar menuju telur yang belum disenyawakan.
Namun, teori ini dipertikaikan oleh beberapa pihak yang berpendapat ejakulasi wanita atau air mani perempuan mungkin mengandungi air kencing, yang sebenarnya boleh membunuh sperma. Jadi, persoalan ini masih menjadi perdebatan dan memerlukan lebih banyak penyelidikan untuk mendapatkan kepastian.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pancut Air Mani Beri Keseronokan Ketika Berahi, 7 Fakta Ini Mungkin Anda Tak Pernah Tahu!
Baca juga: 8 Posisi Seks Kegemaran Wanita, Isteri Jangan Malu Untuk Minta Dari Suami!
Baca juga: Berasmara Dengan Pasangan Di Mana Saja Melalui 7 Cara Seks Mudah & Hangat Ini