Terharu pula baca kisah adik ini yang sangat menghargai persahabatannya. Walaupun berlainan jantina, BFF ini nampak serasi hingga bila diberitahu seorang lagi akan pindah kelas, sedihnya tak terkata. Cuba tahan nangis, tapi air mata tetap mengalir.
Perkongsian di laman tiktok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-ratanya rasa terharu dengan persahabatan itu.
Ketika dimaklumkan bahawa BFF nya itu akan berpindah kelas, kanak-kanak lelaki dengan nama Deo itu masih boleh tersenyum. Namun tersenyum kelat saat ibunya berkata jika sedih khabarkan saja.
Senyum kelas tahan nangis, tapi air mata tetap keluar
Sambil tersenyum kelat, kelihatan air mata mengalir keluar mungkin sedih memikirkan keseorangan bila sahabat baiknya, Michelle akan berpindah kelas nanti.
Terharu bila lihat video ini, persahatan yang sangat ikhlas dapat dirasakan antara mereka berdua walaupun kedua-duanya masih kecil dan kanak-kanak.
Beberapa gambar turut dikongsikan yang mana kedua-dua kanak-kanak ini memang sering bersama-sama dalam kelas dan mereka nampaknya amat serasi berkawan.
Cara ajar anak untuk berkawan dengan rakan sebaya
Menurut laman positivepatenting, ibu bapa boleh bermula dengan membantu anak membina kemahiran sosial yang diperlukan, dan ini termasuklah kemahiran berbual, kawalan emosi dan kemahiran interpersonal.
Kanak-kanak yang bagus dalam kemahiran interpersonal seperti rasa empati, mengambil sudut pandangan yang berbeza dan membuat pertimbangan moral selalunya adalah popular dan disukai rakan-rakan mereka.
#1. Berikan idea perbualan
Anak anda mungkin tidak pasti bagaimana untuk memulakan dan menghabiskan perbualan. Ajar asas kepada dia dan tunjukkan bagaimana anda menggunakannya semasa berinteraksi dengan orang lain.
Anda juga boleh tunjukkan kepada anak bagaimana untuk menangani situasi sosial yang mungkin sukar baginya, seperti apabila dia mahu menyertai rakan-rakannya yang sedang bermain, apa yang perlu dibuat atau disebut.
Anda boleh berlatih dengan anak anda. Jika dia berasa kekok, anda boleh cuba dengan menggunakan barang mainan sebagai rakan perbualan dan tunjukkan bagaimana perbualan boleh berlangsung dari situ.
#2. Asas perbualan mudah untuk kanak-kanak
Mulakan dengan sapaan. Terdapat banyak cara untuk memulakan perbualan, dan kebanyakannya bermula dengan sapaan mudah. Ajar anak untuk sentiasa cari peluang untuk komunikasi.
Ajar anak ringan mulut untuk bertanya dan jangan takut untuk menyuarakan isi hatinya jika dia ingin berkawan dengan rakan sebaya. Ajar ini sejak usia mereka kecil sebagai latihan untuk bersahabat bila meningkat usia nanti.
- Sapaan. “Hai, nama saya Aishah. Apa nama awak?”, “Apa yang awak sedang main/ buat tu?” atau “Boleh saya main juga?”
- Apa yang mahu dibualkan? Topik perbualan boleh melancarkan atau menghentikan sebarang perbualan. Terdapat banyak topik yang boleh digunakan, contoh: “Apa permainan/ makanan/warna kegemaran awak?”
- Bergilir-gilir semasa berbual. Ajar anak untuk berkongsi dan mendengar semasa berbual. Cara mudah untuk mengajak orang lain berbual ialah dengan soalan yang terbuka, cth: “Dalam banyak-banyak kartun, yang mana awak rasa paling baik?”, “Saya suka makan ayam goreng dan minum jus tembikai. Bagaimana pula dengan awak?” atau “Kenapa awak suka warna biru?”
- Bagaimana untuk menghentikan perbualan? Anda perlu mengajar anak anda menamatkan perbualan secara sopan, cth: “Seronok berbual dengan awak,” atau “Saya kena pergi dulu, jumpa lagi!”
#3. Ajar menolong
Ajar anak untuk ringan tulang menolong orang lain tetapi janganlah keterlaluan hingga dia dipergunakan. Ajar mereka supaya ringan tulang menolong rakan-rakan di mana yang perlu.
Sekiranya anda melihat anak anda lost, dengar apa yang dia rasakan jangan menyampuk apa yang ingin mereka suarakan.
Biarkan anak tahu bahawa kemampuan untuk mencari kekuatan untuk menyuarakan masalah dan bersama-sama mencari jalan keluar dari situasi semasa adalah langkah lain menuju persahabatan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kanak-kanak Tadika Dengan Pendidikan Sosial Yang Baik Lebih Cenderung Berjaya
Baca juga: Anak Anda Pemalu? Ini Cara Berkesan Pupuk Perkembangan Sosial Mereka!
Baca juga: Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini