Petua keibubapaan terbaik boleh didapati dari nasihat atau blog ibu-ibu lain yang telah mengalami fasa-fasa berbeza dalam kehidupan anak mereka. Oleh sebab itu kami telah sediakan senarai ini buat anda.
Berikut adalah 31 supermum/super ibu yang anda boleh ikut di media sosial!
Baca juga: Kenali 7 Selebriti Tempatan Yang Bertuah Miliki Anak Yang Ramai- Meriah Sekali!
Senarai blog ibu atau selebriti yang terkenal di Malaysia
#1 Umei Teh atau Cikipedia
Di samping menjaga anaknya yang memasuki usia 5 tahun, Umei juga menguruskan rumah tangga, media sosial dan blognya.
Dia seorang penyokong Fit Pregnancy dan telah bersenam hampir setiap hari semasa kehamilannya!
“Saya berlatih untuk maraton comeback saya 3 bulan selepas bersalin sambil menyusu secara eksklusif.
Ia boleh dilakukan – anda hanya memerlukan sedikit perancangan.“
Bagi ibu yang mahukan nasihat tentang cara melansingkan badan selepas kelahiran, ikuti Umei di Instagram @cikipedia dan dapatkan petua senaman sebelum dan selepas mengandung di www.cikipedia.com.
#2 Dr Halina Mohd Yunos
Blognya, barelysupermummy.com sudahpun mencecah setengah juta peminat. Dia adalah supermummy kepada enam orang anak termasuklah dikurniakan dua pasang anak kembar!
“Secara jujur, saya tidak menganggap diri saya sebagai seorang yang berpengaruh. Saya lebih suka dikenali sebagai seorang ibu bekerja yang berusaha keras untuk menyeimbangkan keluarga dan kerjaya pada masa yang sama.
Apabila saya berkongsi perjuangan saya dan membaca keinginan, komen serta maklum balas dari ibu-ibu lain, ianya banyak membantu saya berasa seperti ibu yang normal.”
Ikut Dr Halina di @drhalina di media sosial.
#3 Yuyu Zulaikha
Yuyu, ibu muda kepada 3 orang anak lelaki, adalah lambang supermum.Dia adalah pengasas jenama kecantikan, Yulaeka sambil menjaga anaknya secara sepenuh masa.
Blog kupukupukecik.blogspot.com menerima lebih dari 300,000 pembaca setiap bulan dan dia juga selebriti mini di media sosial! Ikuti dia di @yuyuzulaikha di Instagram.
#4 Sharifah Sofia
Sharifah Sofia, atau lebih dikenali sebagai Sofia sahaja, adalah pelakon dan supermum kepada dua anak perempuannya yang cantik.
“Saya seorang ibu tunggal, seorang yang “berpengaruh” (jika saya mesti dipanggil itu), seorang guru drama sambilan dan saya juga bekerja sepenuh masa.
Ia adalah sangat mencabar untuk melakukan semula ini pada masa yang sama.
Kadang-kadang saya teranggan-angan untuk mengklon diri supaya dapat melakukan segalanya dan di mana-mana sahaja.”
Ikuti kisah kehidupan Sofia di media sosial di @sharifahsofia atau di blognya di www.withlovemummy.com.
#5 Serena C
Serena C bekerja sebagai dj radio, emcee dan ibu kepada anak gadisnya Chloe. Beliau selalu menggambarkan dirinya sebagai ibu baru belajar.
“Perangai Chloe sangat degil dan apabila kami mendisiplinkannya, kadang-kadang ia akan menyebabkan sesi standoff dan tangisan selama sejam.
Inilah taktik rahsia untuk ibu bapa – kadang-kadang apabila kita membiarkan mereka “percaya” mereka telah dapat apa yang mereka nak, dengan mengurangkan pilihan lain, hasilnya lebih baik.”
Ikuti Serena di @ccserenacc dalam Instagram untuk cerita-cerita yang menyeronokkan tentang Chloe!
#6 Scha Alyahya
Scha Alyahya sudah naik taraf royalti di media sosial kalau kita kira jumlah pengikut Instagramnya yang lebih dari 5.6 juta!
Baru-baru ini beliau baru melahirkan anak perempuan yang kedua dan belum diberi nama , dia juga seorang pelakon dalam drama TV tempatan dan filem. Ikuti dia di @shaalyahya.
#7 Sazzy Falak
Sazzy Falak bukan hanya seorang pelakon Malaysia, TV Host, usahawan dan ikon fesyen, dia juga seorang supermum kepada anak kembar perempuan dan seorang anak angkat lelaki, Imaan Lily, Tiara Rose dan Idris . Ikuti dia di media sosial di @sazzyfalak.
#8 Nora Danish
Nora adalah pelakon yang menakjubkan, ibu kepada Rayqal dan Mohamed Neqayl Nedim, model dan seorang TV Host.
Dengan lebih daripada 7.3 juta pengikut di Instagram, Nora adalah antara ibu-ibu berpengaruh teratas untuk diikuti di Malaysia. Ikutinya di @noradanish.
#9 Nana Mahazan
Nana Mahazan adalah seorang wanita yang rendah diri dan sangat berbakat. Penyanyi, pelakon dan ibu kepada dua anak, Nana juga mempunyai ramai peminat di Instagram @nanamahazan.
Tetapi jika anda ingit mengikuti gelagat keluarganya, layari akaun berasingannya @nananafunfam.
#10 Michelle Ooi aka Michiekins
Michelle adalah seorang ibu yang sangat fit dan seronok untuk diikut di Instagram. Ataupun mungkin anda lebih kenal blognya di www.michiekins.com yang menulis tentang gaya hidup, fesyen dan sudah tentu, keibubapaan.
Ikuti kehidupannya di @michiekins.
#11 Belinda Chee
Belinda Chee(@ belindach33), yang asalnya dari Sarawak, adalah model tempatan, TV host dan pelakon TV. Dia pernah menjadi perenang kompetitif (wow!) dan supermum kepada anak-anaknya.
“Saya rasa cabaran terbesar bagi saya sebagai ibu yang aktif di media sosial adalah untuk menikmati hidup, tanpa melihatnya telefon saya.
Saya juga sedar apabila saya menulis sebuah blog post, ia akan mengambil banyak masa. Banyak kali saya tak memberi perhatian kepada anak perempuan ketika dia cuba melakukan tarian atau senaman gimnastiknya!
Pekerjaan saya selalu mengurangkan masa saya bersama dengan anak-anak, walaupun saya sentiasa bersama dengan mereka sepanjang hari.”
#12 Merryn Tan
Merryn, adalah supermum yang suka memasak dengan dua anaknya, seperti yang dikongsi dalam blog ibu www.submerryn.com.
Ia juga sangat jelas dia sangat menyayangi anak-anaknya dan dia kerap menunjukkan mereka di akaun Instagramnya @submerryn.
#13 Marion Caunter
Marion Caunter adalah seorang TV host dan emcee yang popular di Malaysia. Dia juga seorang ibu yang penyayang kepada tiga anaknya.
Selain blog ibu, www.marioncaunter.com, dia juga menguruskan perniagaan mendandan rambut yang sangat berjaya bernama Hairplay Salon. Anda boleh mengikuti kehidupannya yang menarik di Instagram, Twitter dan Facebook di @marioncaunter.
#14 Mabel Tan atau Easymummy
Mabel adalah seorang jurugambar untuk bayi yang baru lahir, blog ibu di www.easymummy.com dan supermum kepada anak kembar!
Mabel Tan telah memulakan blognya untuk berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain. Ikuti kehidupannya bersama anak kembar di @easy_bailey_mummy di Instagram dan easymummy di Facebook.
#15 Lewin Pee
Biasanya orang ramai akan berhenti untuk merenung wajah Le Win kerana dia wanita yang sangat cantik dengan kulitnya yang putih dan mata yang besar. Dia juga ibu setia kepada anak perempuan dan lelakinya.
Ikuti dia di Facebook dan Instagram di @lewinpee.
#16 Samantha Lee
Samantha Lee lebih dikenali kerana makanan kanak-kanaknya yang berubah menjadi seni makanan interaktif dan kreatif. Apabila ditanya cara untuk mengimbangkan keluarga dan kerjaya dia telah berkata:
“Pengurusan masa yang baik adalah jawapannya. Tugas utama saya adalah sebagai seorang ibu terlebih dahulu, dan kemudian artis makanan. Saya selalu berusaha untuk mencari keseimbangan untuk melakukan kedua-duanya dengan baik.”
Ikuti Samantha di @leesamantha.
#17 Khalidah Abd Hadi
Khalidah yang baru menjadi ibu baru juga memiliki blog ibu yang menarik.
Wanita dan supermum ini selalu berkongsi cerita-cerita aneh dan lucu di Instagram, Facebook dan blognya www.khalidahabdhadi.blogspot.my. Ikuti kisahnya di @khalidahabdhadi di Instagram.
#18 Kak Red atau Red Mummy
Anda tak akan terlepas pandang Kak Red di mana-mana acara atau majlis kerana dia akan orang yang menonjol dalam pakaian atau gincu yang berwarna merah.
Dia juga menguruskan blognya yang berjaya di www.redmummy.com. Anda tidak akan dapat melihat gambar-gambar di Instagramnya @redmummydotcom kerana akaunnya bukan akaun awam. Namun, anda boleh mengikuti blognya di www.redmummy.com.
#19 Dr Jezamine Lim
Dr Jezamine Lim jelas adalah supermum kerana masih mengejar PhD dalam pengajian stem sel sambil menjadi ibu yang bangga kepada 3 orang anak, dan isteri kepada Harith Iskander.
Dr Jezamine sangat mengutamakan kecergasan atas segala-galanya! Ikuti dia di @drjezaminelim.
#20 Levy Li
Levy Li telah menjadi Miss Universe Malaysia pada tahun 2008. Selepas itu dia telah memutuskan untuk membuka The Good Co., sebuah kedai kopi di Bangsar, pada tahun 2016. Kini dia sedang mengandung anak kedua dan dikhabarkan ia adalah pasangan kembar.
“Kehidupan menjadi lebih bermakna apabila anda mempunyai anak yang bergantung pada anda. Walaupun anak saya sangat melekat pada saya dan tidak akan berhenti menarik perhatian saya, saya suka pelukan dan ciuman yang yang menceriakan hari saya.”
Ikuti kehidupan Levy di @levyli.
#21 Jenny Chin atau Imafulltimemummy
Jenny Chin adalah pengasas dan pemilik www.imafulltimemummy.com serta supermum kepada 4 orang anak!
Imafulltimemummy adalah satu daripada blog keibubapaan yang terbesar di Malaysia dengan pelbagai review produk barangan menyeluruh setiap minggu. Anda juga layari halaman Facebooknya di www.facebook.com/theimafulltimemummy/.
#22 Hunny Madu
Hunny Madu adalah seorang artis rap tempatan, host TV, ibu tunggal kepada Eva Medina dan Adam Musa Dia selalu perlu menyeimbangkan antara hidupnya sebagai artis dan sebagai seorang ibu:
“Saya suka apa yang saya lakukan sekarang, dan saya benar-benar jujur dengan diri saya sendiri, sama ada sebagai seorang ibu mahupun artis berprestasi.”
Ikuti Hunny di @hunnymadu.
#23 Gaylen Hong
Jika anda nampak Gaylen Hong, anda akan hairan bagaimana dia boleh sentiasa kelihatan muda dan ceria.
Gaylen adalah seorang blogger gaya hidup berpengaruh dan ibu kepada dua orang anak. Ikuti kehidupannya di Instagram @gaylen_kasai.
#24 Farah Waheda Wahid
Farah Waheda Wahid adalah nama yang terkenal antara blog-blog influencer di Malaysia, setelah mula blognya sejak tahun 2006.
Farah masih aktif di kalangan blogger di Malaysia, dan sedang menguruskan blog keibubapaannya di www.bubblynotes.com sambil menjadi supermum kepada anak lelakinya. Ikuti akaun Instagramnya @farahwaheda.
#25 Eryn Ong
Eryn adalah supermum kepada dua orang anak perempuan dan menjalankan blog dwibahasa yang memberi tumpuan kepada keibubapaan, fesyen, kecantikan, makanan dan tempat pelancongan di www.millionmars.com.
Dia dikenali dengan nama dalam taliannya Million Mars di media sosial, dan mempunyai hampir 32,000 pengikut di Facebook dan Instagram. Ikuti Instagramnya di @millionmars.
#26 DJ Eva T
Apabila Eva tidak bekerja sebagai DJ dia ada ibu yang berdedikasi kepada 2 anak perempuannya iaitu Isabelle dan Harriet. Ikut kehidupannya sebagai seorang ibu dan DJ antarabangsa di @djevat.
#27 Daphne Iking
Daphne Iking jelas sangat selesa di hadapan kamera, sebagai seorang personaliti dan pelakon TV tempatan. Nama yang popular di kalangan rakyat Malaysia, Dapne juga supermum kepada 4 orang anak dan dia boleh didapati di @daphneiking.
#28 Danielle Graham
Danielle Peita Graham adalah seorang model, ibu dan penulis untuk www.onthetableathome.com yang gemar bersenam!
Dapatkan inspirasi masakan, tips kecergasan dan petua keibubapaan di Instagrammnya @daniellepeitagraham.
#29 Cikgu Norazimah
Sumbangan ibu dan guru adalah antara yang terpuji dalam masyarakat dan Norazimah mengendali kedua-dua tugas ini macam supermum. Cikgu ini juga memiliki blog ibu yang berpengaruh tau!
“Perkara yang paling penting sebagai ibu bapa, bagi saya ialah untuk membiarkan anak-anak membesar secara semulajadi.
Kita tidak perlu memaksa mereka untuk melakukan ini dan itu. Kerja kita hanya untuk memantau dan membimbing anak-anak.
Biarkan mereka belajar tentang kehidupan dengan pengalaman sendiri (dan jangan cuba mengawal segala-galanya) kerana pengalaman adalah guru yang terbaik.”
Untuk nasihat-nasihat lain, ikuti Cikgu Norazimah di blognya www.cekgunorazimah.com dan media sosialnya di @cekgunorazimah.
#30 Cheesie atau Ringo Tan
Sudah sah nama Cheesie sangat popular sebagai blogger keibubapaan di Malaysia. Baru-baru ini blognya https://cheeserland.jp/, telah diberi pengiktirafan Influencer Terbaik untuk kategori Keibubapaan di Malaysia di Anugerah Pengaruh Asia 2017. Ikuti Ringo di @cheeserland.
#31 Ainul Mustafa
Dulu-dulu, Ainul kerja sebagai jurutera, tetapi sekarang sudah menjadi CEO DietDietSihat dan bekerja sepenuh masa dari rumah. Ikuti kehidupan ibu ini di https://www.ainulmustafa.com/ dan di media sosial @ainul_mustafa.
Ha… macam mana? Jangan lupa follow semua supermom ini di media sosial mereka untuk perkembangan lanjut tentang keibubapaan, ya!
Sumber rujukan: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: 5 Selebriti Yang Miliki Ahli Keluarga Autistik- Realiti Menjaga Anak Austisme Yang Penuh Inspirasi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!