Air Terjun Kemensah Antara 7 Destinasi Piknik Di Selangor Yang Menarik Untuk Day Trip!

Anda sedang mencari tempat untuk rehatkan minda? Kami kongsikan 7 air terjun di Selangor ia termasuklah Air Terjun Kemensah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak kerajaan membenarkan mereka yang dilengkapi dua dos vaksinasi Covid-19 boleh menjalankan aktiviti beriadah termasuk perkelahan, destinasi air terjun menjadi piliha. Kali ini kami kongsikan 16 destinasi perkelahan di Selangor yang menarik untuk day trip! Antara yang popular termasuklah Air Terjun Kemensah!

Cukup tenang, cukup mendamaikan serta cukup memberikan kerehatan kepada minda buat warga kota apabila sesekali dapat lari dari kesibukan urusan kerja dan dapat menghabiskan masa di kawasan perkelahan setelah terkurung.

Lebih-lebih lagi di kawasan pergunungan yang menghijau. Tambahan pula, dapat mandi-manda air terjun yang dingin. Ia sangat mengujakan!

Air Terjun Kemensah antara 7 air terjun menarik untuk anda piknik di Selangor

Kredit: maisinggah

Kali ini kami senaraikan 16 air terjun di Selangor yang dikongsikan maisinggah untuk anda untuk anda seisi keluarga pilih untuk melapangkan minda yang sudah lama terkurung.

Rancanglah aktiviti hujung minggu anda sebaiknya dan dapatkan kerehatan minda yang sebenar sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang penuh dengan keindahan.

#1. Air terjun Chiling

Jika anda seorang yang gilakan sesuatu yang mencabar, lasak dan mengujakan, air terjun ini adalah lokasi yang tepat dan sesuai dengan jiwa anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlu merentasi 5 batang anak sungai, mengharungi anak sungai yang berbatu dan licin serta perlu melepasi titi gantung adalah antara cabaran yang bakal anda hadapi untuk sampai ke kawasan air terjun.

#2. Air terjun Sungai Tua – Ulu Yam

Air Terjun Sungai Tua merupakan salah satu kawasan air terjun yang terbaik bagi aktiviti anda sekeluarga. Terdapat sungai yang cetek dan amat sesuai serta selamat bagi aktiviti mandi manda si kecil.

Selain itu, terdapat juga kemudahan pondok untuk berteduh di tepi sungai serta mudah untuk diakses dengan menggunakan kereta ke kawasan ini adalah antara faktor utama tempat ini menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu.

#3. Air terjun Kancing – Selayang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat 7 peringkat air terjun untuk anda terokai bersama rakan-rakan serta keluarga pada hujung minggu di sini.

Tapi, pastikan stamina anda cukup sebelum ke sini kerana untuk sampai ke peringkat yang paling atas anda perlu meredah hutan terlebih dahulu. Namun begitu jangan risau kerana ianya amat berbaloi bagi anda si pencinta alam semula jadi.

Sungai yang cetek serta kurang berbatu sangat sesuai untuk aktiviti berenang terutamanya bagi anak-anak kecil. Kemudahan seperti tandas, surau dan tempat persalinan pakaian antara keistimewaan dan kemudahan lain turut disediakan di sini.

#4. Air terjun Perdik – Hulu Langat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Air Terjun Perdik adalah kawasan yang sangat sesuai bagi kumpulan atau rakan sekerja yang inginkan aktiviti team building.

Jungle trekking yang mencabar serta aktiviti pendakian ke Bukit Chenuang yang berketinggian 850 meter dari paras laut pasti dapat.

#5. Air terjun Sungai Tekala – Hulu Langat

Air terjun Sungai Tekala memang terkenal dengan kecantikannya. Air yang jernih, suasa dingin serta kedalaman air yang cetek dan arus yang tidak deras menjadikanya destinasi yang sesuai untuk keluarga yang mepunyai anak kecil.

Tambahan pula, terdapat kolam tadahan buat pengunjung untuk berendam sememangnya cukup sesuai bagi anda sekeluarga untuk berehat rehat di sini.

#6. Air terjun Sungai Congkak – Hulu Langat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kw: pojiegraphy

Air Terjun Sungai Congkak cukup sinonim dan popular dalam kalangan orang Selangor. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti resort, kawasan lapang untuk beraktiviti secara berkumpulan serta kelestarian air terjun yang masih elok terjaga membuatkan kawasan ini sering menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu.

#7. Air terjun Kemensah 

Air Terjun Kemensah turut dikenali sebagai Air Terjun Batu Asah kerana lokasinya terletak di kawasan Kampung Kemensah, Hulu Klang Selangor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, jangan keliru bila ada sesetengah yang meyebut Air Terjun Kemensah dan yang lain menggelarnya sebagai Air Terjun Batu Asah kerana ianya lokasi yang sama dengan dua nama yang berbeza.

Bagi anda yang inginkan pengalaman yang baru dalam menerokai keindahan semula jadi di lokasi ini, All Terrain Vehicle atau juga dikenali sebagai ATV rides adalah sesuatu yang wajib anda cuba. Bukan saja dapat merasai kelasakan ketika mengikuti geng ATV rides bahkan anda juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi secara lebih dekat lagi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Betul ke haid akan hilang sekejap bila anda masuk dalam air atau berenang?

Baca juga: 9 Tempat Percutian Di Perak Yang Menarik & Wajib Dikunjungi Seisi Keluarga

Baca juga: 7 destinasi menarik untuk dikunjungi bersama insan tersayang

Penulis

Lala Annuar