Hebatnya Penangan Air Yassin Untuk Suami Isteri, Penawar Masalah & Menguatkan Kasih Sayang

Air yassin sering menjadi penawar dalam merawat pelbagai penyakit dan berkesan sebagai 'pagar rumah'. Namun tahukah anda ia juga baik untuk suami isteri?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap malam jumaat dianggap istimewa dan masyarakat Islam sering mengadakan bacaan surah Yassin bersama ahli keluarga ataupun seorang diri. Selain memperoleh ganjaran pahala, para suami isteri turut dinasihatkan untuk membuat air yassin bagi penawar masalah rumah tangga.

Tidak dinafikan lima tahun pertama merupakan fasa rumah tangga yang penuh dengan dugaan dan ujian. Sebagai manusia biasa, anda tentu sekali akan cenderung bertindak mengikut emosi dan memerlukan masa bagi mendapatkan keserasian bersama pasangan.

Kelebihan air yassin dalam hubungan suami isteri

Amalan membaca surah ini dengan meletakkan air kosong di hadapan bukanlah sesuatu perkara yang sukar untuk dilakukan. Anda hanya perlu membiarkan penutupnya terbuka agar dapat menyerap segala perkara baik dan doa yang telah dipohon kepadaNya.

Air yassin dikatakan tidak hanya memiliki pelbagai manfaat dan kelebihan untuk ‘memagar’ kediaman dan merawat penyakit, tetapi turut berkesan mengikat kasih sayang suami isteri.

Baca Juga: Surah Yasin: Arab, Rumi & Maksudnya​

Menurut kajian seorang doktor dari negara Jepun, Dr. Masaru Emoto, penggunaan mikroskop canggih dengan kemampuan fotografi yang hebat menunjukkan molekul air yang tidak dibaca ayat al-Quran seperti tercemar dan apabila ia dibacakan doa, bentuknya menjadi sangat indah seperti kepingan salji yang sedang jatuh.

credit to sources

Apabila anda dan pasangan meminum air Yassin ini, molekul air akan diproses dalam tubuh lalu menyampaikan pesanan (niat atau doa yang dibaca) pada otak dan pembuluh darah. Antara manfaat lain air yasin ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Berkesan melembutkan hati pasangan

Air yasin boleh digunakan untuk melembutkan hati pasangan dan menyejukkan rasa amarah dalam diri. Sekiranya anda serta suami berdepan sebarang konflik rumah tangga, ambil wudhuk dan buat bacaan yasin bagi memohon pertolongan Allah supaya menunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik.

#2. Menghilangkan rasa sedih

”Masa janganlah engkau berdukacita disebabkan tuduhan mereka. Sesungguhnya kami mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan nyatakan.” – surah Yassin, ayat 76.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda dan pasangan sering bertengkar dan tuduh menuduh, pastinya akan menyebakan jiwa dilanda resah dan sedih. Justeru, minum air yassin yang terkandung doa ini bagi membuatkan emosi kembali tenang seperti sedia kala.

#3. Mengelakkan perpisahan berlaku

foto: baituljannah

Setiap rumah tangga pasti akan ada pasang surutnya. Ia adalah lumrah bagi setiap perkahwinan untuk mengharungi segala suka duka bersama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda tidak mendahulukan ajaran agama dalam kegiatan seharian, ia sebenarnya mendorong diri untuk mudah terikut dengan bisikan syaitan dan bertindak mengikut nafsu.

Dengan mengamalkan minum air yassin ini, insyaallah hubungan suami isteri dilindungi dari berlakunya pecah-belah. Ayat 1-9 dalam surah Yassin dapat melindungi diri dan keluarga dari kemelut yang boleh menyebabkan hubungan terhenti di tengah jalan.

#4. Mengekalkan ketenangan diri

Ketika bahtera mahligai sedang berdepan badai, tenangkanlah jiwa dengan meminum air yasin setelah memanjatkan doa kepada Yang Maha Mendengar. Molekul air yasin akan masuk ke dalam saluran darah dan otak dan mampu menyampaikan pesanan ke dalam hati suami isteri yang minum air yassin tersebut.

Dengan izin Allah, Dia akan hamparkan rasa ketenangan dalam diri walaupun anda sedang diuji dengan yang cukup besar dalam mempertahankan hubungan rumah tangga.

#5. Membersihkan hati yang kotor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

”Dan lagi dalil yang terang untuk mereka ialah malam. Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita”- surah Yassin, ayat 37

Potongan ayat ini boleh menyuburkan semula rohani yang kering dan dalam masa sama dapat membersihkan akidah diri. Dengan minum air yassin, ia boleh menyucikan diri dari perasaan-perasaan negatif diantara pasangan suami isteri.

Biasalah apabila sudah berumahtangga, perselisihan faham adalah ibarat perkara yang sudah boleh dihadam bagi kebanyakan suami isteri. Bila bergaduh, mungkin masing-masing akan ego dan tidak mengalah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, kekuatan mental sangat diperlukan serta perlu bijak dalam mengawal emosi diri agar tidak keterlaluan sehingga berakhir dengan perceraian. Amalkan bacaan al-quran dan sentiasalah mendekatkan diri kepadaNya kerana hanya Dia sahaja mampu membantu menyelesaikan masalah.

Sumber: Redaksi

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.companduan-solat-tahajjud