Bapa Bantu Ikat Ais Krim Malaysia Demi Bantu Anak Perempuan Buat Bisnes

Tular rakaman seorang bapa yang mengikat ais krim Malaysia yang menarik perhatian pengguna Tiktok baru-baru ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fitrah ibu bapa pasti berusaha untuk melunaskan tanggungjawab paling terbaik untuk anak-anak. Orang kaya dengan cara tersendiri, begitu juga dengan golongan yang kurang kemampuan. Mereka akan sentiasa bertanggungjawab atas amanah yang diletakkan di atas bahu sejak hari pertama kelahiran anaknya seperti tular rakaman seorang bapa yang mengikat ais krim Malaysia yang menarik perhatian pengguna Tiktok baru-baru ini. 

"Abah tahu anak dia nak meniaga ais krim, balik je surau terus tanya nak buat saiz macam mana, kita cakap tak tahu sebab kakak tengah tidur baru balik kerja. Abah terus kata takpela bawak je bagi abah tolong buatkan," 

@syamimi_98 Seorg ayah yang tak pernah berkira membantu anak dia dengan apa cara sekali pun ????. Moga allah membalas segala kebaikkan ibu & ayah ku. #ayahibu #fypシ゚viral #kasihayahtiadaganti ♬ Tuhan Jaga Dia Untukku - Fiena

Menurut Intan Syamimi Syukri yang berusia 26 tahun, bapanya dengan rela hati tanpa disuruh menyiapkan ais krim berkenaan ketika dia sedang tidur akibat keletihan selepas pulang dari kerja.

Dia terharu melihat kesungguhan bapanya yang telah menyiapkan kesemua 100 batang ais krim Malaysia walaupun pertama kali mencubanya bersama-sama adiknya dalam masa satu jam sahaja.

Katanya ibu tunggal yang mesra disapa Mimi ini, rakaman tersebut dibuat pada Mei lalu dan dia hanya mengimbas kembali momen tersebut namun tidak menyangka video tersebut akan tular.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia yang bekerja di sebuah kantin berkata, dia turut mengusahakan perniagaan suprise delivery untuk mencari pendapatan tambahan untuk menyara dua orang anaknya namun kurang mendapat sambutan jadi dia mencari alternatif lain dengan menjual ais krim Malaysia pula.

Rakaman tersebut merupakan cubaan pertamanya mengusahakan bisnes tersebut. Dia mendapat idea untuk menjual ais krim Malaysia dan mendapat kebenaran majikannya untuk menjualnya di kantin.

"Sehingga sekarang saya masih menjual ais krim Malaysia di kantin. Syukur sangat ais krim perisa jagung dan sirap bandung mendapat sambutan dalam kalangan murid-murid di sekolah," katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kongsinya, sejak dia berpisah dengan suami, bapa dan adik-adiknya banyak membantu dirinya meskipun tak mampu dari segi kewangan tetapi keluarganya banyak membantu dari segi lain.

Begitulah fitrah ibu bapa yang amat menyayangi anak-anak mereka. Segalanya diusahakan demi untuk memastikan anak-anak mereka tidak susah walaupun sudah dewasa. Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak sememangnya tidak dapat disangkal sama sekali. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Terasa Rezeki Sempit Dan Tertekan? Cuba Amalkan Doa Dhuha Ini Setiap Hari, Mudahan Pintu Rezeki Terluas Tak Disangka, Jiwa Tenang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Pengorbanan seorang ayah kepada anaknya

Baca juga : Pengorbanan Seorang Bapa, 27 Tahun Tinggalkan Kampung Bagi Menyara Keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi