TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pengorbanan seorang ayah kepada anaknya

19 Sep, 2016
Pengorbanan seorang ayah kepada anaknya

Seorang lelaki bernama Musyafiq Azreen Abd Karim, berusia 24 tahun membawa bayinya yang ketika itu berusia beberapa bulan menggunakan baby carrier sambil menunggang motosikal Kawasaki RR150.

Gambar 3 tahun lepas itu dimuatnaik oleh rakannya sempena hari jadinya, tetapi dia tidak menyangka selepas 3 tahun, gambar itu menjadi viral sekali lagi.

Dia terpaksa membawa bayinya begitu kerana tiada siapa yang boleh menjaga anaknya yang baru berusia beberapa bulan untuk menjemput isterinya dari kerja. Kebetulan pada masa itu, dia baru sahaja mempunyai sebuah motosikal dan bukan kereta. Pada mulanya dia berasa serba salah untuk membawa bayinya begitu.

Tetapi tiada pilihan lain. Demi isteri dan anaknya, dia gagahi juga, walaupun tindakannya berbahaya. Rakan-rakan dan keluarganya selalu menasihatinya agar tidak mengulangi tindakannya, namun apakan daya. Mereka tidak berada di tempatnya. Tambahan pula, ada orang yang memberikan reaksi positif serta rakan-rakan Musyafiq ada yang menemaninya ketika itu.

Gambar yang dirakam itu sudah lama. Bayi di dalam gambar itu sudahpun berusia 3 tahun. Dia berhenti berbuat demikian setelah isterinya berhenti kerja dan membeli sebuah kereta.

Cerita di atas adalah sedikit sebanyak pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya. Walaupun tahap ibu lagi tinggi daripada tahap seorang ayah, namun pengorbanannya terhadap keluarga tidak pernah dilupakan. Pengorbanan seorang bapa tidak wajar dilupakan oleh seorang anak, walaupun ibu penyumbang terbesar dalam membersarkan dan menjaga anak.

Seorang ayah walaupun nampak tenang pada zahirnya, namun di dalam hati dan fikirannya, tiada siapa yang tahu. Seorang ayah berusaha keras untuk membesarkan anak dan menjaga keluarganya.

Berikut adalah pengorbanan seorang ayah terhadap keluarganya:

Menjaga keluarga agar selamat

feature

Tanggungjawab seorang ayah amat berat. Seorang ayah bukan sahaja mencari nafkah untuk keluarga, malah harus memastikan anak-anak dan isterinya selamat. Bayangkan, jika rumah dimasuki pencuri. Apa yang seorang ayah mahupun ketua keluarga harus lakukan adalah menentang pencuri itu dan memastikan anak isterinya benar-benar selamat.

Memastikan ekonomi keluarga kukuh dan stabil

shutterstock_375636394 (1)

Sudah kita ketahui, tugas ayah bukan sahaja memastikan keluarga selamat, malah memastikan ekonomi keluarga kukuh dan stabil. Tugas ayah mencari nafkah untuk keluarganya, setiap hari sehingga menjadi rutin hariannya.

Penat lelahnya dalam mencari rezeki untuk keluarganya harus dihargai oleh anak apabila anak telah besar. Walaupun muka seorang ayah nampak tenang, tetapi tetapi semasa tidur terpancar jelas keletihannya.

Tanpa ayah, kita juga tidak akan lahir ke dunia

shutterstock_147310418 (1)

Seperti yang kita sudah sedia maklum, walaupun kita lahir dari rahim ibu, zigote terhasil daripada pertemuan antara sel telur (ovum) dan sperma. Bagaimana sel telur dapat disenyawakan jika ketiadaan sel sperma? Kesimpulannya, tanpa ayah juga kita tidak akan wujud di dunia ini.

Ayah menanggung dosa-dosa anak dan isterinya

shutterstock_156692717 (1)

Sebagi ketua keluarga, Tuhan sudah mengamanahkan tugas menjaga dan mendidik anak-anak dan isterinya terutamanya anak perempuan di atas bahu ayahnya. Seorang ayah harus memastikan anak-anak dan isterinya mengikut ajaran agama dan pastikan tiada seorang pun yang terabai.

Jika tidak, dia akan ditanya oleh Tuhan apa yang telah dia lakukan selama dia hidup di dunia dan jika tidak, dia dikira gagal dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ayah. Benarlah, anak ialah asset ke syurga. Anak yang soleh mampu membawa ayah dan ibunya ke syurga kelak, dengan izin-Nya.

Secara kesimpulannya, pengorbanan seorang ayah amatlah banyak dalam memastikan keluarganya terlindung dan terjaga.

Artikel dan gambar dari Harian Metro

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Pengorbanan seorang ayah kepada anaknya
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

powered by
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham