5 langkah mengajak suami bantu isteri dengan kerja rumah dan jaga anak

Ajak suami buat kerja rumah bukan perbuatan yang salah, tapi isteri harus bijak mengaturnya. Ia juga tanda anda dan pasangan berkomunikasi dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana nak ajak suami buat kerja rumah dan jaga anak bersama?

Selalu sangat kita nampak pertelagahan tentang isu kerja rumah antara suami isteri. Yang lelaki mengata perempuan tak pandai mengemas, yang perempuan mengata lelaki tak reti membantu. Sebenarnya, suami isteri ialah satu pasukan yang harus berganding bahu. Sebab itu anda perlu ajak suami buat kerja rumah bersama!

Mana tidaknya, cuba fikir sejenak, menguruskan hal rumah dan sekali gus melayan anak-anak yang memerlukan perhatian bukan mudah. Lebih-lebih lagi anak sedang membesar yang ada perasaan ingin tahu terhadap semua benda.

Segala benda akan dipersoalkannya, mengapa, apa, di mana, bagaimana, fuh kadang-kadang boleh stress dibuatnya!

Memang kadang-kadang kita kesian dengan suami yang balik kerja dalam keadaan penat, sampai cuba meletakkan segala kerja di atas bahu sendiri. Tapi percayalah, kita perlu meminta bantuan kerana bukan semua benda boleh dilakukan sendirian.

Apa yang lebih memenatkan dari menguruskan segalanya di rumah? Menghadapi segala urusan dengan rasa keseorangan. Umpama tiada pasangan langsung. Itu lagi penat dan boleh bikin stress.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai para isteri rasa tersisih kerana suami membiarkan diri mereka menguruskan segala-galanya tentang rumah tangga secara sendirian. Masalah dalam urusan anak-anak dan kerja rumah disimpan sendiri.

Berkongsi masalah atau meminta bantuan menunjukkan mereka lemah.

Ajak suami buat kerja rumah – perbuatan ini tak salah dan bukan tanda lemah!

Tidak! Meminta bantuan bukanlah tanda lemah. Tapi ia adalah bukti komunikasi yang baik antara anda dan pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Good house keeping telah berkongsi 5 langkah di bawah ini tentang bagaimana anda boleh ajak suami buat kerja rumah bersama-sama anda dengan cara:

  1. Tanya pada suami anda, apa cabaran terbesar mereka setiap hari. Sama ada di pejabat, rumah atau ahli keluarga. Jangan kritik, jangan hukum, hanya dengar apa jawapan dia.
  2. Beritahu mereka cabaran terbesar anda setiap hari pula. Jangan harap mereka dapat mengubahnya. Tapi hanya minta mereka mendengar cerita anda tanpa komen apa-apa.
  3. Masing-masing menyatakan apa satu perkara yang mahu diubah.
  4. Sama-sama menyatakan apa satu benda yang boleh dibuat untuk mengurangkan beban pasangan.
  5. Dan selepas ini selesai.

Ok, ia mungkin tidak berkesan pada kali pertama anda membuat 5 langkah ini. Tapi cuba secara konsisten untuk lakukannya setiap hari. Mungkin buat perjanjian dengan pasangan untuk melakukan perkara ini setiap hari selama sebulan.

Lama-kelamaan ini akan menjadi kebiasaan. Bukan saja cara ini memperbaiki komunikasi antara anda dan pasangan, tetapi secara tidak langsung anda dan pasangan sudah tahu apa yang boleh dilakukan untuk membantu masing-masing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan jika pasangan anda menunjukkan usaha untuk membantu anda, walaupun ia adalah perkara yang sangat kecil seperti meletakkan cawan di dalam sinki – ucaplah terima kasih, tunjukkan yang anda amat hargainya! Pasti dia akan rasa dihargai dan ingin membantu anda lagi.

Psst! Apa yang anda harap pasangan bantu anda? Cuba bagi hint sikit dekat mereka 😉

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Sumber: Goodhousekeeping

Kredit gambar: Focus on the Family

Baca juga:

8 Cara Bijak Untuk Melibatkan Anak Anda Dalam Kerja Rumah

Tips Kemas Rumah Untuk Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma