Ajar anak melukis bersama-sama anda setiap hari
Ibu bapa sebenarnya adalah guru pertama untuk anak-anak. Terdapat banyak perkara yang anak boleh belajar daripada ibu bapa, contohnya membaca, menguruskan rumah, dan lain-lain lagi. Selain membaca buku cerita dan bernyanyi bersama-sama, sebenarnya ajar anak melukis juga antara aktiviti yang sangat berfaedah!
Ini kerana anak-anak anda akan mendapat pelbagai kebaikan jika anda selalu mengajaknya melukis sekali dengan anda setiap hari. Antara 5 kebaikan tersebut adalah:
1. Mengasah kemahiran motor halus anak
Apabila anak sudah pandai memegang pensel, anda kini ada lebih banyak cara untuk mengembangkan kecekapan dan kemahiran motor halusnya.
Ini adalah 2 kemahiran yang sangat penting dan patut diajar dari awal kerana ia boleh membantu anak melakukan tugas harian.
Selain itu, ibu bapa boleh tengok mana satu tangan dominan anak. Apabila anda ajar anak melukis, tunjukkan cara betul untuk memegang pensel dan pastikan anak mempunyai genggaman dan cara pegangan yang baik.
Dengan kawalan tangan yang lebih baik, coretan anak akan berubah kepada garisan dan garisan lengkung yang lebih padat.
Kemudian, anak akan belajar untuk melukis objek, orang, dan tempat pula!
2. Memupuk minat pada seni dan kreativiti
Kanak-kanak adalah kreatif secara semulajadi. Tapi apabila ibu bapa ikut sama-sama mendorong mereka meneroka kreativiti ini, ia boleh membantu mereka makin minat pada kesenian dan kreativiti semulajadi ini.
Kesenian dan kreativiti tiada had dan anak boleh melukis atau mencipta apa saja.
Bincang dengan anak tentang apa yang dia sedang ciptakan dan anda mungkin terkejut untuk melihat sejauh mana kreativiti mereka!
3. Kelebihan jadi alat untuk mengajar buat anak
Sesetengah kanak-kanak adalah pelajar visual. Ini bermakna mereka belajar lebih baik melalui gambar atau imej.
Jika anda anak yang diklasifikasi sebagai pelajar visual, lukisan boleh jadi cara baik untuk mengajar perkara dan idea baru.
Jika anda ajar anak melukis, dia boleh melukis jawapannya kepada soalan yang diberi. Ini aktiviti sambil belajar yang seronok, bukan?
Anda boleh tanyakan tentang mainan kegemarannya, makanan, watak kartun serta tempat-tempat yang dia pernah lawat.
Satu cara lainnya adalah dengan menyuruh anak melabelkan lukisan mereka. Aktiviti ini lebih sesuai untuk kanak-kanak yang sedang belajar huruf abjad, dan boleh mengajar anak ejaan dan tulisan tangan.
4. Meluahkan perasaan mereka melalui seni
Melalui lukisan serta warna yang diguna, anak boleh menunjukkan perasaan mereka tanpa batasan. Ibu bapa juga boleh mengenali dan memahami personaliti anak apabila mereka ikut melukis bersama.
5. Membina ikatan seluruh keluarga
Melukis bersama ialah salah satu aktiviti yang boleh membina ikatan keluarga tanpa menggunakan gajet. Ia juga boleh jadi cara yang seronok untuk mengajar benda-benda baru dan meningkatkan perkembangan otak.
Oleh itu amat berbaloi jika ibu bapa ajar anak melukis dan ikut melukis bersama. Ianya tidak hanya membina ikatan yang erat, hasil lukisan bersama juga boleh disimpan buat kenangan berharga seisi keluarga.
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Anak Lebih Pandai Berbahasa Jika Bapa Yang Membacakan Buku Cerita Sebelum Tidur