Cara Buka Akaun ASB Anak Tanpa Perlu Beratur Di Bank Atau Pejabat Pos

Akaun ASB untuk anak boleh dibuat seawal usia enam bulan. Kini ibu ayah tidak perlu beratur di bank ataupun pejabat pos

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mahu simpan duit raya anak dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) mereka tetapi malasnya keluar rumah kemudian menunggu giliran di bank atau pejabat pos. Tidak perlu bersusah payah, gunakan langkah ini hanya di hujung jari sahaja.

Yang penting hanya perlukan jaringan internet serta telefon pintar dengan kesemua urusan menggunakan aplikasi perlu dimuat turun. Ikuti langkah-langkah berikut.

Menerusi hantaran Facebook oleh Nurul Ashikin Che Darus, wanita ini berkongsi satu persatu cara untuk menyimpan wang di dalam akaun ASB melalui aplikasi dimuat turun di telefon pintar.

Cara Buka Akaun ASB Anak

Wanita itu memberitahu, pengguna tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke bank atau pejabat pos tetapi dengan syarat, mestilah membuka akaun ASB terlebih dahulu.

Katanya lagi, difahamkan anak berusia 6 bulan dan ke atas boleh membukan akaun tersebut dengan mininum dikatakan RM100 sahaja di mana-mana cawangan ASB terdekat selain boleh meminta bantuan kakitangan untuk mendaftar secara dalam talian.

Ikuti langkah-langkah di bawah.

1-  Wajib muat turun aplikasi myASNB di telefon pintar anda, barulah pemindahan wang boleh dibuat. 

2- Apabila sudah buka aplikasi tersebut dan memasukkan kata kunci, paparan aplikasi adalah seperti gambar atas. Tekan 'lihat semua' dan pilih untuk tambah duit untuk anak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3- Misalnya, jika mahu menambah duit kepada anak, klik pada tambah pelaburan.

4- Miniumum wang boleh dimasukkan ialah RM100 manakala maximum hingga berapa pun boleh. Sekiranya mahu masukkan RM3,000 atau RM4,000, taip terus pada jumlah tersebut. Ikut step yang seperti pada gambar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

5- Ini bank yang tersedia di dalam aplikasi myASNB. Sebenarnya banyak lagi senarai bank. Klik pada bank yang hendak anda pindahkan wang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6- Contoh jika masukkan RM100, kemudian tekan pada 'sahkan' di bawah sekali. 

 

7- Kemudian masuk ke log in bank seperti paparan pada gambar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Mudah sahaja kan untuk buka akaun ASB untuk anak? Selamat mencuba, ibu!

Baca juga:  Duit Raya Anak Sikit & Tak Balik Modal, Netizen Terkilan Ada Ibu Ayah 'Demand' Lebih

Baca juga:  5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan

Baca juga:  Jadual Simpan Duit Dalam Tabung Anak, Ibu Boleh Cuba Praktikkan 3 Cara Berguna Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan