X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Banyak Atau Sikit Duit Raya, Berilah Dengan Ikhlas Agar Dapat Ganjaran Pahala Berganda

4 min bacaan
Banyak Atau Sikit Duit Raya, Berilah Dengan Ikhlas Agar Dapat Ganjaran Pahala Berganda

Pemberian duit raya sudah menjadi budaya masyarakat Melayu di Malaysia lebih-lebih pada setiap sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pejam celik, tidak lama lagi kita bakal berjumpa dengan Hari Raya Aidilfitri. Terasa sekejap sahaja bulan Ramadan berlalu, semoga tahun depan dapat bersua semula. Bila raya menjelma perkara yang merunsingkan selain baju raya baru, kuih raya, dan perabot baru, sudah tentulah amalan pemberian duit raya. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pemberian duit raya dalam setiap perayaan
  • Tips susun bajet duit raya
  • Memberi biar sedikit tetapi ikhlas

Kalau masih ingat, berapa agak-agak duit raya yang dulu anda selalu dapat? Rasa-rasa tahun 2022 ini masih releven atau tidak nilai duit raya yang kita dapat ketika zaman 80-an atau 70-an dengan sekarang? 

Pemberian duit raya dalam setiap perayaan

pemberian duit raya

Pemberian duit raya adalah tradisi turun-temurun yang dilakukan oleh sesetengah kaum dalam masyarakat seperti kaum Melayu, dan  Cina. Ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam selain membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Ini tidak kiralah  sama ada si pemberi menganggap pemberiannya adalah sedekah, duit raya ataupun bantuan kebajikan ia bergantung kepada niat masing-masing.

Tips susun bajet duit raya

Memberi tidaklah sampai berkira. Tetapi memberi tidak juga sampai menyusahkan diri sendiri nanti. Oleh itu rancang bajet hari raya kita dengan lebih bijak dan berhemah. Antara tips yang boleh dilakukan adalah seperti:

1. Tetapkan jumlah keseluruhan bajet duit raya yang mampu diberi

Ambillah peribahasa “ukur baju di badan sendiri” yang bermaksud membuat suatu perkara mengikut kemampuan diri sendiri sebagai fokus utama anda dalam memberi duit raya nanti. 

Sekiranya bajet kita pada tahun itu tidak banyak, maka berilah sesuai kemampuan yang boleh. Tidak usah memaksa diri dengan meletakkan bajet yang di luar kemampuan kerana sudah jelas ia akan menganggu kewangan diri untuk bulan-bulan berikutnya. Ditambah gaji pula yang hanya masuk setiap hujung bulan.

2. Senaraikan kategori orang yang menjadi target untuk bagi duit raya

Jika anda mempunyai keluarga yang besar iaitu ada sanak saudara yang ramai, pastikan anda menyenaraikan setiap kategori orang yang menjadi target anda untuk bagi duit raya.

Contohnya kategori A (keluarga terdekat seperti ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara), kategori B (kanak-kanak dari saudara mara jauh), dan kategori C (rombongan kanak-kanak dari kawasan kejiranan sendiri).

Jika bajet anda lebih besar, boleh juga ditambah mana-mana kategori yang sesuai seperti beri kepada datuk nenek (jika masih ada), atau sebagainya.

Untuk kategori A, jumlah duit raya biasanya paling besar sekitar RM 20 untuk sanak-saudara, RM 50 untuk adik beradik, dan RM 100 untuk. ibu bapa (bergantung pada kemampuan). Kalau jumlah itu terlalu tinggi bagi anda, dicadangkan untuk anda kurangkan sahaja duit raya bagi sanak saudara.

Kategori B iaitu kanak-kanak dari saudara mara jauh boleh beri sekitar RM 5 hingga RM 10. Manakala untuk kategori C cukuplah sekadar RM 1 hingga RM 5 sahaja. 

3. Segera tukar duit raya

pemberian duit raya

Kredit: kaptennews

Jangan tukar duit raya last minit, nanti kelam-kabut bila pagi raya. Tukar siap-siap duit raya anda dengan nilai yang lebih kecil untuk memudahkan proses pemberian duit raya nanti.

Hal ini kerana, sesetengah bank akan menetepakan tarikh yang tertentu untuk pertukaran duit raya di setiap cawangan mereka. Lebih baik sebelum datang, dapatkan dahulu kepastian dengan menghubungi cawangan-cawangan yang berdekatan dari kediaman anda.

4. Asinglah jumlah wang mengikut kategori sampul raya

pemberian duit raya

Bila terlalu banyak orang kita hendak bagi duit raya, mesti selalu terlupa. Mana tidaknya, duit sudah dimasukkan ke dalam sampul raya siap-siap. Mulalah keliru sampul mana yang isinya sama nilai dengan apa yang kita hendak beri.

Cadangan untuk anda, asingkan jumlah wang mengikut warna atau corak sampul raya tersebut. Lepas ini, pasti tidak timbul lagi isu tersalah atau tertukar duit raya.

Memberi biar sedikit tetapi ikhlas

Konsep duit raya sebenarnya adalah ihsan pemberi, sama ada hendak beri banyak atau sikit, ia semuanya terpulang kepada si pemberi. Di tambah dengan kos sara hidup sekarang makin melonjak tinggi, kita perlu berfikir dengan lebih jauh, rasional, dan terbuka.

Ibu bapa yang membawa anak-anak beraya sekali juga perlu sentiasa ingatkan mereka tentang erti bersyukur dengan setiap pemberian dari orang. Didik anak-anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan. 

Masih diberikan peluang untuik menyambut hari raya adalah nikmat yang perlu kita syukuri dan nikmati bersama keluarga. Isu-isu remeh yang boleh mematahkan tali persaudaraan haruslah dielakkan dan sebarkan kasih sayang bersama selamanya.

Berita Harian, Loanstreet

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Terguna Duit Raya Anak, Ibu Ayah Kena Ganti Balik, Duit Anak Tak Boleh Guna Sewenangnya

Baca juga:  4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda

Baca juga:  5 jenis sampul duit raya unik dan menarik!

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Hannani Juhari

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Banyak Atau Sikit Duit Raya, Berilah Dengan Ikhlas Agar Dapat Ganjaran Pahala Berganda
Kongsikan:
  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

  • 14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

    14 Ciri Unik Penapis Udara Dyson TP07, Udara Dalam Rumah Bersih & Segar Sepanjang Ramadan

  • Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

    Cara Solat Terawih Sendirian Wanita Di Rumah, Panduan Buat Ibu Yang Ada Anak Kecil

  • Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

    Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.