Buka akaun KWSP anak? Boleh ke?Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah boleh mula dibuka buat individu yang berusia 14 tahun dan ke atas.
Ya, segelintir orang hanya menganggap bahawa akaun tersebut boleh dibuka sejurus anda menerima tawaran bekerja di sesebuah syarikat.
Apa yang anda boleh baca menerusi artikel ini:
- Buka akaun KWSP untuk anak yang berusia 14 tahun ke atas
- Manfaat jika anda membuka akaun KWSP anak sekarang
- Cara-cara untuk membuka akaun KWSP
- Perkara penting lain yang perlu diketahui
Buka akaun KWSP untuk anak yang berusia 14 tahun ke atas
Seorang pengguna Facebook iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman menerusi satu hantaran telah berkongsikan satu ilmu yang sangat berguna buat ibu ayah di luar sana yang masih belum membuka akaun KWSP untuk anak-anak yang sudah berusia 14 tahun ke atas.
Baca perkongsian penuh di bawah:
“Saya agak ketinggalan ‘bas’ kerana baru tahu yang individu berusia 14 tahun ke atas sudah boleh mendaftar akaun KWSP Simpanan Shariah untuk tujuan simpanan jangka panjang dan TIDAK perlu tunggu apabila mula bekerja,” tulisnya.
Manfaat jika anda membuka akaun KWSP anak sekarang
- Kerajaan ada memberikan insentif tambahan RM250 (maksimum setahun), sebagai contoh jika anda carumkan wang RM2,000, kerajaan akan tambah RM250 selaku galakan di bawah insentif skim i-Saraan.
- Pendaftaran pula boleh dibuat di kiosk KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.
Cara-cara buka akaun KWSP
Pada mulanya kami ingatkan perlu menunggu tempoh yang lama untuk membuka akaun KWSP anak ini, tapi sebenarnya tidak sesukar yang disangka. Malah, boleh pergi ke kios sahaja tak perlu ke kaunter.
Jimat masa!
- Daftar sebagai ahli KWSP (perlukan IC anak dan cap jarinya) di kios di mana-mana cawangan.
- Setelah siap, beritahu kepada pegawai KWSP untuk buka i-akaun dan beralih ke simpanan Shariah terus.
- Kebiasanya ada pegawai tolong buatkan terus di komputer di sana.
- Setelah i-akaun siap, pegawai akan bantu mendaftarkannya ke akaun Simpanan Shariah.
- Beritahu pegawai, nak daftar caruman i-Saraan (caruman sukarela https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan), mereka akan bantu terus juga.
Perkara penting ibu ayah perlu tahu selepas buka akaun KWSP anak
- Di samping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen patuh Shariah setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
- Bayaran caruman i-Saraan secara online secara asing di rumah melalui online banking. Nanti pegawai akan berikan kertas panduan untuk transfer wang ke akaun terbabit.
- Sumbangan ini TIDAK WAJIB dibuat SECARA BULANAN.
- Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2,500.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang i-Saraan, anda boleh KLIK SINI.
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat ibu ayah di luar sana.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Jadual Simpan Duit Dalam Tabung Anak, Ibu Boleh Cuba Praktikkan 3 Cara Berguna Ini!
Baca Juga: Tiada KWSP Macam Orang Lain, Pasangan Ini Nekad Pecah Tabung Buat Beli Baju Raya