Cara Daftar Tabung Haji Anak Online Melalui THiJARI, Buat Awal Senang Daftar Sekali Dengan Haji!

Daftar tabung haji anak: 1) Log masuk aplikasi Thijari.com.my 2) Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’ 3) Isi maklumat lengkap dan pergi ke cawangan tabung haji terdekat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan kini ramai ibu ayah mula memiliki kesedaran tentang tabung masa hadapan untuk anak, pastinya anda terbiasa cadangan orang sekeliling untuk menyimpan dan buka akaun tabung haji anak. Jika tidak tahu cara daftar tabung haji anak, kami kongsikan panduan lengkap dalam artikel ini.

Cara Daftar Tabung Haji Anak

Sebenarnya mudah sangat cara untuk para ibu ayah daftarkan akaun tabung haji untuk anak. Berikut panduan dan cara daftar tabung haji anak secara online:

  1. Log masuk aplikasi Thijari.com.my
  2. Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’
  3. Isi maklumat lengkap dan hantar
  4. Apabila sudah siap, akan terima emel pengesahan
  5. Pergi ke cawangan yang dipilih dan bawa dokumen tersebut, bawa:
  • Surat beranak anak dan salinan
  • MYKid anak dan salinan
  • IC pendaftar (ibu/bapa) dan salinan
  • Deposit akaun pembukaan (Minima RM10)
  • Bagi bayi yang lahir pada 2021 dan tidak ada MYKid lagi, boleh bawa surat beranak sahaja

6. Daftar di kaunter. Tidak sampai 10 minit untuk mengesahkan dokumen. Boleh walk in

NOTA: Anda boleh membuat semakan status Haji atau membuat rayuan Haji setelah mendaftar Haji.

Selain membuat pendaftaran secara online, saluran daftar haji juga dibuka melalui :

  1. Kaunter TH / Kaunter Mudah Alih TH
  2. Bank / rakan strategik TH
  3. Tabung Haji Contact Centre (THCC) : 03- 6207 1919

Cara Buka Akaun & Daftar Haji Untuk Anak

Cara buka akaun dan daftar haji untuk anak mudah saja. Yang penting ibu ayah perlu ada akaun THiJARI.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika belum ada akaun THiJARI (Tabung Haji Online), boleh aktifkan dulu ikut cara di sini: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Berikut cara buka dan daftar haji untuk anak: 

  1. Login akaun THiJARI
  2. Pergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
  3. Isi semua maklumat anak-anak.
  4. Selepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari.
  5. Sila bawa dokumen berikut:
  • 1 salinan dan original surat beranak anak
  • 1 salinan dan original IC ibu / ayah
  • Wang untuk daftar Haji RM1300.00

Sila rujuk video ini untuk pembukaan akaun Tabung Haji untuk anak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kos Haji 2024

Kos haji merujuk kepada semua bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan untuk seseorang itu ke Tanah Suci bagi menunaikan haji.

Kos haji Jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Arab Saudi, kos sajian, kursus haji, kos perubatan dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Bayaran haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran seorang jemaah haji kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, Bayaran Haji bagi Musim Haji 1445H/2024M untuk jemaah haji Muassasah adalah seperti berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk info lebih lanjut tentang kos haji 2024, anda boleh klik sini.

Konsep Daftar Haji TH

Menurut laman Lembaga Tabung Haji (TH), sistem pendaftaran haji terbuka sedia ada berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” telah dilaksanakan sejak dari tahun 1995.

Melalui sistem pendaftaran terbuka ini, para pendeposit TH boleh mendaftar menunaikan haji apabila simpanan mencecah RM1,300.

Setiap pendeposit yang telah mendaftar akan diberi giliran tahun peruntukan menunaikan haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat. Kini seramai 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan rukun Islam ke lima.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk makluman semua, kuota haji Malaysia dan lain-lain negara dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam OIC (Organisation of Islamic Cooperation) adalah pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara.

Syarat Daftar Haji

Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:

  1. Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
  2. Tidak pernah menunaikan fardu haji.
  3. Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter TH.
  4. Tidak melebihi 6 orang bagi satu kumpulan.

Maklumat Lanjut Tentang Pembukaan Akaun Tabung Haji

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran Haji, sila rujuk laman web Tabung Haji di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/index.php/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off

ATAU

Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) talian +603 – 6207 1919. Faks : +603 – 7728 4959. E-mail : th-info@lth.gov.my

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Tabung Haji 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Buka Akaun ASB Anak Tanpa Perlu Beratur Di Bank Atau Pejabat Pos

Baca juga: Mengapa Pendidikan Kewangan Penting: Jawapannya Ada Di Sini

Baca juga: Mendidik Lebih Awal: Bila Perlu Pupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang?