Kajian Dapati Isteri Lebih Kenal & Pandai 'Kelentong' Suami, Adakah Ia Dibolehkan Dalam Islam?

Akibat berbohong boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Malah menurut kajian wanita didapati lebih pandai menipu berbanding kaum lelaki

Anda tahu apakah akibat berbohong yang boleh membuatkan pasangan suami isteri bergaduh dan jika tidak diselesaikan dengan cara yang baik mungkin penyebab kepada perceraian?

Namun sebagai pasangan yang sudah berkahwin, kalau boleh kita semestinya mahu selamatkan hubungan dengan cara yang paling baik tanpa melibatkan keruntuhan rumah tangga.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Akibat berbohong dalam perkahwinan
  • Punca isteri berbohong kerana rasa insecure dengan suami
  • Akibat berbohong, ini cara mengenali ciri-ciri pasangan suka menipu

Walau bagaimanapun, menurut kajian terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan apabila mereka ditangkap gara-gara menipu kepada pasangan masing-masing. 

Menurut saintis, lelaki tidak mampu menemui sebarang tanda jika wanita menipu pada mereka. Tapi, berbeza pula dengan perempuan di mana mereka lebih mudah mengetahui sama ada seseorang lelaki itu setia atau tidak dengan hanya melihat wajahnya sahaja!

Akibat berbohong dalam perkahwinan, isteri lebih pandai kesan air muka suami

Tiada ada yang tidak pernah berbohong di dunia ini, bahkan sebuah kajian yang telah dilakukan oleh University of Virginia Bella DePaulo menyatakan bahawa kebohongan perlu dilakukan dalam kehidupan sehari-hari

”Berbohong adalah sering dilakukan dalam sebuah hubungan,” jelas ahli psikologi, Joseph Cilona.

Saintis mengatakan wanita lebih mudah melihat sama ada seseorang lelaki itu jujur atau tidak dengan hanya melihat pada wajah mereka. Namun, lelaki pula susah nak melihat sama ada seseorang wanita itu berbohong atau sebaliknya.

Pengkaji dari University of Western Australia menjalankan kajian terhadap 1,500 orang dan menunjukkan mereka 189 gambar yang dikategorikan kepada dua iaitu 101 lelaki dan 88 perempuan.

Soalan pertama yang diajukan adalah adakah mereka jujur dengan pasangan masing-masing? Responden seterusnya perlu meletakkan skala 1 hingga 10.

Seterusnya keputusan diterbitkan di dalam Journal Royal Society Open Science di mana lelaki dan wanita mendapat keputusan yang tepat semasa menilai tentang gambar daripada wajah lelaki. Tetapi tidak kepada wanita kerana mereka lebih pandai menipu dan berselindung di sebalik wajah mereka.

Bahkan, para saintis mengakui lelaki dapat melihat wajah lelaki lain yang berpotensi untuk tidak jujur berbanding wanita yang tidak boleh menilai rupa wanita lain. Atas sebab itu, lelaki mungkin memiliki beberapa ciri-ciri tidak setia yang boleh dilihat secara terus dari wajah mereka.

Punca isteri berbohong kerana rasa insecure dengan pasangan yang lebih tampan

Menurut kaji selidik tersebut, ini secara umumnya berkait rapat dengan kehebatan dan meskipun lelaki yang lebih tampan atau menarik dinilai tidak setia namun mereka kurang cenderung untuk terlibat dalam penipuan dengan pasangan mereka. 

Namun menurut Dr Yong Zhi Foo, walaupun lelaki cenderung untuk tidak setia, namun masih sukar untuk mengesan penipuan dari wajah seseorang individu. Malah keputusan ini tidak boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita kerana ada banyak lagi cara lain yang boleh mengesan pasangan tidak jujur.

Akibat berbohong, ini cara mengenali ciri-ciri pasangan suka menipu 

Berikut adalah cara nak kenal pasti mereka yang sedang menipu:

#1. Mata bergerak laju kiri & kanan bila rasa kurang selesa

Ini merupakan salah satu tindak balas fisiologi yang menunjukkan dia berasa kurang selesa atau terperangkap dengan soalan yang diajukan anda. Dalam masa yang sama anda dapat melihat dia sedang dalam keadaan bahaya dan sedang mengalih topik perbualan.

#2. Tutup mata lebih dari satu saat

Jika seseorang menutup mata dalam tempoh satu ke dua saat ia mungkin menunjukkan bahawa dia sedang menipu kerana menutup mata adalah sejenis mekanisme untuk pertahanan. 

#3. Mengalihkan pandangan jika ingin imbas kembali memori

Sekiranya seseorang individu itu menggunakan tangan kanan mereka biasanya akan alihkan pandangan ke arah kiri untuk mengingat semula kejadian yang berlaku. Tetapi jika dia memandang ke arah kanan, maknanya dia sedang berimaginasi untuk mengarang cerita lain untuk berselindung seterusnya menipu anda.

Walau bagaimanapun, jika menggunakan tangan kiri mereka akan melakukan arah bertentangan.

#4. Pandang ke arah kanan jika dia menipu dengan apa yang didengari

Jika anda bertanyakan soalan dan dia sedang mendengarnya matanya akan beralih ke arah telinga kiri untuk mendengar tetapi jika matanya beralih ke arah kanan, dia sebenarnya sedang berbohong.

#5. Senyum yang dibuat-buat

Biasanya kalau seseorang itu jujur dan tak menipu cara senyumannya akan jadi seperti biasa dan bahagian wajahnya juga akan berkerut. Tapi kalau dia sekadar lebarkan bibir maknanya dia sedang menipu.

Meskipun ada yang berpendapat ‘menipu sunat’ adalah baik untuk hubungan rumah tangga, namun sebaiknya usahlah diamalkan. 

Hal ini kerana ia ditegaskan dalam islam. Menipu dan suka berbohong termasuk dalam perkara yang dilarang oleh Allah. 

Allah Taala berfirman: ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar (jujur).” (QS At Taubah: 119).

Justeru hukum isteri berbohong pada suami untuk kepentingan sendiri pada dasarnya termasuk dalam kategori berdosa.

Meski begitu perbuatan ini ternyata dibolehkan, salah satunya ketika isteri solehah berbohong pada suaminya dengan niat untuk mendamaikan hubungan rumah tangga dan mengelakkan masalah menjadi berlarutan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Wahai Isteri, Berhenti Sebut 9 Ayat Pedas Ini Pada Suami Setiap Hari, Boleh Tak?

Baca juga: Kesilapan Tanpa Sedar, Isteri Yang Kuat Membebel Buat Suami Fed Up & Lari Dari Rumah

Baca juga: 7 Doa Buat Suami Isteri Yang Sering Tertekan & Dilanda Ujian, Elok Diamalkan Setiap Hari