Budak 8 Tahun Maut Selepas Dipaksa Lompat Trampolin Berjam-jam Di Tengah Panas

Akibat dehidrasi, seorang kanak-kanak 8 tahun ini telah meninggal dunia. Difahamkan dia didenda oleh ibu ayah melompat trampolin berjam-jam di tengah panas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akibat dehidrasi pada anak yang masih kecil sering kali tidak disedari oleh ibu ayah. Dalam mendidik mereka, anda usahlah bertindak keterlaluan dengan menetapkan hukuman seperti berdiri di luar rumah atau melompat trampolin sehingga memberikan kesan terhadap kesihatan anak-anak.

Dehidrasi kebiasaannya berlaku apabila tubuh manusia kekurangan cecair. Ia adalah keadaan yang boleh mendatangkan kesan bahaya terutamanya pada bayi dan anak kecil.

Anak meninggal akibat dehidrasi selepas dipaksa melompat trampolin 

credit to sources

Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun di Texas, Amerika Syarikat dilaporkan meninggal dunia setelah dia dipaksa untuk terus-menerus melompat trampolin ketika cuaca panas.

Memetik ABC News, mangsa ini rupanya telah dikenakan denda. Dia juga dibenarkan makan atau minum selama berjam-jam. Kes kematian ini diketahui setelah pihak hospital melaporkan seorang anak berusia 8 tahun, Jaylin meninggal di rumah milik pasangan suami isteri di Odessa.

Hasil siasatan mendapati hukuman yang dilakukan oleh suspek iaitu Daniel Schwarz dan Ashley Schwarz merupakan sesuatu begitu kejam. Bukan itu sahaja, kedua-duanya adalah bukan ibu bapa kandungnya. Mereka hanyalah penjaga Jaylin.

Difahamkan pasangan ini telah memaksa Jaylin untuk melompat trampolin dalam jangka masa yang panjang sebagai hukuman. Menurut pihak polis, permukaan peralatan permainan tersebut juga mencapai suhu 43 darjah celsius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Kami masih dalam proses siasatan bagi mengetahui punca kanak-kanak malang itu dihukum dengan cara begitu kejam. Suhu tertinggi di Odessa pada 29 Ogos ialah 37 darjah celsius, namun suhu trampolin menjadi sekitar 43 dan tanah mencecah 65 darjah celsius.” 

”Pada 8 Oktober lalu, pihak polis Odessa menerima laporan autopsi terakhir yang mengatakan cara kematian mangsa adalah sebagai pembunuhan dan ia berpunca akibat dehidrasi,” jelasnya.

Kedua-dua suspek telah berjaya ditahan di Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Ector Country.

Dehidrasi pada bayi dan kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu ayah, anda hendaklah mengetahui bahawa masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan kematian. Hal ini kerana kekurangan elektrolit dan air yang banyak secara tiba-tiba dari tubuh si manja.

Disebabkan oleh saiz tubuh mereka masih kecil, bayi dan kanak-kanak sangat rentan terhadap kehilangan air secara mendadak.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) menunjukkan dehidrasi (akibat cirit-birit) adalah salah satu punca paling utama kematian iaitu lebih kurang 2.2 juta kanak-kanak di seluruh dunia.

Punca berlakunya kehilangan air dalam badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara beberapa punca masalah ini terjadi ialah:

  • Cirit-birit
  • Demam
  • Muntah
  • Terdedah persekitaran panas bagi tempoh yang lama
  • Penyakit (jangkitan viral akibat kurang upaya untuk makan atau minum)

Pelbagai jenis jangkitaan bakteria dan virus boleh menyebabkan keadaan ini berlaku. Misalnya Salmonella, Escherichia Coli, rotavirus atau adenovirus. Bukan itu sahaja, terdapat juga kes jangkitan parasit yang menyebabkan anak kecil anda mengalami masalah cirit-birit sehingga berlakunya kehilangan air dalam tubuh.

Justeru, ibu ayah hendaklah sentiasa berwaspada dan bertindak segera jika si manja menunjukkan sebarang simptom dehidrasi.

Kesan bahaya sekiranya anak berdepan dehidrasi

#1. Mengurangkan keupayaan fizikal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr Ariaani, apabila kanak-kanak dehidrasi, mereka kebiasaannya akan mengalami penurunan daya tahan otot, keletihan, peningkatan suhu badan dan hilang motivasi.

credit to sources

Hal ini kerana lumrah anak kecil suka menerokai dunia sekeliling. Mereka akan menjadi sangat aktif, ibu ayah hendaklah selalu memberikan mereka minum air putih dengan mencukupi.

#2. Menyebabkan kecelaruan minda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anak yang sudah bersekolah, mereka akan berdepan masalah kurangnya keupayaan kognitif. Dalam erti kata lain, dehidrasi akan menghilangkan mood, menganggu tumpuan dan mempengaruhi ingatan jangka pendek.

Bukan itu sahaja, anak kecil anda turut terdedah dengan delirium, iaitu gangguan mental yang menyebabkan mereka berasa keliru serta tidak sedarkan diri.

#3. Gangguan fungsi jantung dan ginjal

Kerosakan fungsi ginjal menyebabkan tubuh gagal untuk menyaring toksin dengan betul. Dalam situasi ini, dehidrasi akan membawa kepada masalah kerosakan fungsi ginjal.

Menurut Dr. Ariani, ia turut berupaya menganggu kesihatan jantung. Jumlah air di dalam badan mempengaruhi jumlah darah yang mampu dipam dengan baik.

”Kekurangan cecair dapat mengakibatkan kekurangan tahap cairan pada otak dan akhirnya menyebabkan pengsan atau lebih teruk lagi meninggal dunia,” jelasnya.

Sumber: Mirror.co, mypositive parenting, lifestyle kompas

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comminum-air-kosong