Terdapat banyak alasan untuk memastikan keperluan Vitamin C dalam tubuh anda dipenuhi. Akibat kekurangan vitamin C, tubuh akan kekurangan nutrien dan ia akan menjadikan tubuh lebih lemah dalam beberapa aspek.
Seperti yang diketahui, vitamin C yang banyak terdapat dalam buah oren dan kiwi ini berfungsi sebagai antioksidan, dan ia boleh meningkatkan daya tahan tubuh malah membantu dalam proses pemulihan.
Baca juga: Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Ia Mengurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia
Masalah neurologi otak akibat kekurangan vitamin C yang terlampau
Menurut portal Myhealth, vitamin C amat penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Walau bagaimanapun, vitamin yang kerap disebut sebagai asid askorbik ini merupakan nutrien yang mudah larut dalam air dan tidak dhasilkan sendiri oleh tubuh.
Jadi bagi mendapatkan vitamin C yang mencukupi secara semula jadi, anda perlu mengamalkan pengambilan beberapa sumber makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Hasil kajian dalam Jurnal Neochemistry edisi Oktober 2012 mendapati, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penurunan kadar glukosa darah, kerosakan oksidatif lipid dan protein dalam korteks.
Selain itu, ia juga mengakibatkan penurunan metabolit dan serotonin di kedua-dua bahagian korteks dan striatum otak. Dengan kata lain, hal ini menunjukkan bahawa telah terjadi kerosakan neurologi, yang tentunya tidak boleh dianggap ringan!
Apa yang berlaku pada tubuh kesan kekurangan vitamin C?
Sekiranya kita kekurangan Vitamin C dalam pengambilan makanan seharian, tubuh manusia akan memberi beberapa reaksi yang ketara. Berikut merupakan beberapa kesan kekurangan nutrien penting ini:
#1. Penyakit kudis
Salah satu penyakit yang boleh berlaku akibat kekurangan vitamin C adalah penyakit kudis. Antara gejalanya adalah mudah mendapat lebam, pendarahan dan sakit sendiri serta otot.
Anda perlu mengamalkan pengambilan suplemen yang kaya dengan vitamin C dan yang pastinya, makan lebih banyak makanan sebenar yang kaya dengan nutrien ini.
#2. Badan mudah berasa letih dan kurang tenaga sehingga menyebabkan tekanan
Vitamin C berfungsi untuk menguatkan tulang. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan penurunan berat badan secara drastik, jadi tidak hairanlah jika individu yang kurang vitamin Clebih cenderung mengalami keletihan berpanjangan, kurang tenaga dan sering mengalami stress!
#3. Kulit menjadi lebam
Bila tubuh kekurangan Vitamin C, ia lebih mudah terlihat melalui perubahan pada kulit. Biasanya, kulit akan lebih mudah menjadi lebam dan memerlukan masa yang lama untuk pulih.
Malah, keadaan luka juga akan lambat pulih secara semula jadi menunjukkan seseorang itu memerlukan pengambilan Vitamin C yang lebih banyak.
#4. Masalah sakit sendi
Jika anda sering sakit sendi, ia mungkin petanda yang anda kekurangan vitamin c! Malah sakit kudis yang parah juga boleh menyebabkan pendarahan dalam sendi, yang menjadikan rasa sakit yang amat!
#5. Pendarahan gusi, gigi tanggal atau Gingivitis
Vitamin C sangat diperlukan untuk menghasilkan kolagen.
Sekiranya Vitamin C kurang dalam tubuh badan, maka kolagen yang diperlukan untuk membangun dan memelihara jaringan gigi dan gusi tentu saja tidak boleh dipenuhi dan menyebabkan gigi menjadi rapuh!
#6. Perubahan suasana hati
Hati-hati, akibat kekurangan Vitamin C anda mungkin mengalami mood yang sering berubah, mudah beremosi, dan cepat melenting!
#7. Anemia
Anemia merupakan tanda lain dari berkemungkinan dari kekurangan Vitamin C. Individu yang kekurangan Vitamin C juga mudah jatuh sakit kerana sistem kekebalan tubuh yang semakin lemah.
Jadi, anda harus sentiasa amalkan makanan sumber vitamin c setiap hari ya! Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: Doktor Kongsi Bahaya Ambil Vitamin C Berlebihan, Ia Boleh Merosakkan Buah Pinggang!