Aksi Heroik Kanak-Kanak Lelaki Dalam LRT Ini Buat Netizen Terharu

Kisah di sebalik foto yang tular di media sosial ini dijamin akan dapat mengembalikan kepercayaan kita pada dunia yang kelihatan semakin kejam, bahawa masih ada anak-anak muda yang akan 'menyelamatkan' dunia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbanding Shafira, wanita yang marah apabila terpaksa memberi kerusi kepada ibu mengandung, kanak-kanak ini pula lain ceritanya.

Dia berdiri dengan sabarnya setelah memberikan kerusinya kepada seorang wanita lain yang membawa anak kecil menaiki LRT tersebut.

Menurut seorang lelaki yang menyaksikan aksi heroik kanak-kanak lelaki ini, si kecil ini berdiri di sebelah ibunya yang tertidur kepenatan.

“Meminjamkan” tangan buat kepala ibunya

Tidak sampai hati melihat kepala ibunya bersandar pada dinding kaca yang keras, anak lelaki ini meletakkan tangannya sebagai tempat sandaran.

Budak lelaki ini memberikan tangannya sebagai sandaran kepala ibunya yang tertidur keletihan. Sumber: Weibo

Gambar di atas, diambil dalam kereta api Chengdu Metro Line 2 di China, menunjukkan kanak-kanak lelaki tersebut bersandar pada pemegang tangan sementara tangannya menyokong kepala ibunya sambil si ibu tersebut tidur dengan nyenyaknya.

Seorang pegawai komuter yang turut menyaksikan kejadian yang menyejukkan hati itu turut berkata yang pada mulanya, budak lelaki tersebut duduk di sebelah ibunya, tetapi kemudian telah memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita lain yang membawa anak kecil dalam stroller.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aksi heroik membuatkan budak lelaki ini tular di media sosial

Gambar ini telah tular di media sosial Weibo dengan lebih 180,000 orang telah like gambar tersebut dan 18,000 orang telah memberikan komen.

Ramai netizen memberikan komen dan berharap untuk mendapat anak lelaki sebaik budak lelaki ini satu hari nanti.

Malah, ramai juga yang mahu mengahwinkan budak lelaki ini dengan anak perempuan mereka apabila dewasa kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Bantu saya cari ibu bapa anak lelaki ni, saya mahu menawar dan merancang supaya dia mengahwini anak perempuan saya di masa depan.”

Itu tulis seorang pengikut di media sosial.

Ibu bapa sekalian juga ada anak-anak yang penuh kasih sayang dan mempunyai rasa empati yang tinggi sebegini? Kongsikan kisah anda di ruangan komen di bawah ya!

Sumber: Asian Parent Indonesia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Didik Anak Menjadi Lelaki Sejati – Bakal Menantu Anda akan Berterima Kasih!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor