X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Cara Didik Anak Menjadi Lelaki Sejati – Bakal Menantu Anda akan Berterima Kasih!

4 min bacaan
Cara Didik Anak Menjadi Lelaki Sejati – Bakal Menantu Anda akan Berterima Kasih!Cara Didik Anak Menjadi Lelaki Sejati – Bakal Menantu Anda akan Berterima Kasih!

Semua wanita inginkan lelaki sejati yang penuh dengan sifat murni dan mulia – begitu jugalah sebaliknya. Jom pelajari cara didik anak menjadi lelaki sejati. Ia perlu dimulakan awal bagi mendapatkan hasil yang diingini – bakal menantu anda pasti akan bersyukur dan berterima kasih kepada anda nanti!

Anda mempunyai anak lelaki yang sedang membesar? Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mendidik mereka sedari awal tentang adab dan akhlak seorang lelaki sebenar. Anda ingin tahu cara didik anak menjadi lelaki sejati yang menghormati dan menghargai wanita? Kami ada caranya!

Cara didik anak menjadi lelaki sejati #1: Ajarnya Cara Mengenal Pasti dan Meluahkan Emosi

Siapa kata yang lelaki tidak perlu meluahkan emosi? Sebenarnya, setiap manusia itu perlu tahu cara-cara mengenal pasti dan meluahkan emosi dengan cara yang betul dan baik. Ini adalah supaya mereka dapat meluahkan perasaan mereka, berbanding menyimpan segalanya di dalam.

cara didik anak menjadi lelaki sejati, cara didik anak, cara didik anak lelaki

Source: Sheknows.com

Didiklah anak lelaki anda daripada hari ini supaya sentiasa menyatakan perasaan yang dirasa. Beritahu kepadanya yang merasai perasaan yang berbeza-beza itu – gembira, sayang, marah, sedih, rindu, benci – adalah lumrah. Ajarnya supaya menguruskan emosi tersebut dengan cara yang baik.

Anak lelaki yang tahu meluahkan perasaan akan pasti dapat membuatkan ibu, isteri serta ahli keluarga yang lain rasa disayangi dan dihargai. Dan bukannya hanya sekadar “faham-faham sendiri sajalah.”

Cara didik anak menjadi lelaki sejati #2: Jangan Berat Sebelah Antara Anak Lelaki dan Perempuan

Kadangkala, ada ibu bapa yang ambil mudah tentang kesalahan atau kenakalan anak lelaki. Mereka menyatakan, “biasalah, budak lelaki memang begitu.” Sifat ini hanya akan menggalakkan lagi mereka untuk membuat salah dan tidak menyedari kesilapan mereka.

Tegur dan perbetulkan setiap kesilapan anak anda – tidak kira sama ada lelaki atau perempuan. Jika mereka mengasari adik beradik atau rakan-rakan, ia adalah perbuatan yang perlu dibendung dan diperbetulkan sedari kecil. Jika tidak, dia akan membesar menjadi lelaki yang cenderung melakukan kekasaran kepada orang lain.

Cara didik anak menjadi lelaki sejati #3: Ajarinya Erti Tanggungjawab

Seorang lelaki sejati adalah lelaki yang tahu akan erti tanggungjawab. Mereka bakal menjadi ketua keluarga. Dan, bagaimanakah seorang ketua dapat memimpin ahlinya jika dia sendiri malas, cuai, ego, dan tidak bertanggungjawab?

cara didik anak menjadi lelaki sejati, cara didik anak, cara didik anak lelaki

Source: Fiddlehouse.com

Dari kecil, biarkan anak lelaki anda melakukan tugas harian, sama seperti anak perempuan. Mereka harus dilatih supaya mengemas bilik sendiri, mencuci kasut sekolah sendiri, atau membantu mengemas rumah seperti membuang sampah. Ini adalah supaya mereka membesar menjadi lelaki yang tidak berat tulang atau malas.

Mereka juga akan lebih faham tentang etika kerja serta rasa tanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya – ini semua bermula dari didikan ibu bapa sewaktu kecil!

Cara didik anak menjadi lelaki sejati #4: Didik Anak Lelaki Supaya Tahu Membuat Keputusan

Sikap ambil mudah atau “ikut sajalah” kadangkala akan membuat seorang lelaki itu akan kelihatan seolah-olah tidak mempunyai prinsip atau sifat tegas.

Jika anda mahu anak lelaki anda membesar menjadi lelaki yang sejati, maka dia perlu dilatih dari awal tentang cara untuk membuat keputusan.

Dari usia muda, latihnya supaya membuat keputusan bagi apa-apa sahaja hal, walaupun semudah memilih baju atau memilih mainan sendiri. Di samping mendidik mereka membuat keputusan, ajarinya juga untuk mengambil kira pendapat orang lain.

Ia akan menghasilkan seorang anak lelaki yang menghormati pandangan orang lain dan seterusnya membuat keputusan yang betul selepas mendapat segala input yang ada.

Cara didik anak menjadi lelaki sejati #5: Jadilah Contoh Tauladan yang Baik

Kita semua tahu anak-anak melihat perbuatan dan perangai ibu bapa serta akan mengikutinya. Jadi sebagai ibu bapa, adalah amat penting kita menjadi contoh yang baik buat mereka.

cara didik anak menjadi lelaki sejati, cara didik anak, cara didik anak lelaki

Source: Imom.com

Buat bapa sekalian, tunjukkanlah kepada anak anda bagaimana anda melayan isteri secara hormat, dengan sifat kebaikan dan penuh kasih sayang.

Ambil kira pandangan isteri dan luahkan kasih sayang di hadapan anak-anak. Anak lelaki anda akan mempelajarinya daripada anda dan membesar menjadi lelaki yang serupa. Dia akan menjadi lelaki penyayang, hormat pada wanita dan tegas dengan pendirian!

Buat para ibu, bantulah suami anda menjadi ketua keluarga yang hebat! Hormatinya dan ikutilah perintahnya. Penghormatan yang diberikan kepada kepada suami akan membuatkan dia lebih menghargai anda – percayalah.

Apabila anak anda melihat sikap anda kepada suami, si kecil anda akan berasa yang sifat suami penyayang akan menghasilkan isteri yang penyayang juga!

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Cara Didik Anak Menjadi Lelaki Sejati – Bakal Menantu Anda akan Berterima Kasih!
Kongsikan:
  • Buat Hubungan Seks 2 Kali Dalam Satu Jam Dapat Gandakan Kesuburan Lelaki!

    Buat Hubungan Seks 2 Kali Dalam Satu Jam Dapat Gandakan Kesuburan Lelaki!

  • Suami nampak tak ghairah? Ini 3 cara untuk goda dan pancing suami anda

    Suami nampak tak ghairah? Ini 3 cara untuk goda dan pancing suami anda

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Buat Hubungan Seks 2 Kali Dalam Satu Jam Dapat Gandakan Kesuburan Lelaki!

    Buat Hubungan Seks 2 Kali Dalam Satu Jam Dapat Gandakan Kesuburan Lelaki!

  • Suami nampak tak ghairah? Ini 3 cara untuk goda dan pancing suami anda

    Suami nampak tak ghairah? Ini 3 cara untuk goda dan pancing suami anda

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.