Cumbuan Ghairah & Kod Seksi, Antara 30 Aksi Yang Mampu Tarik Perhatian Suami!

Wow, hari-hari buat aksi seks yang berbeza tentu mengasyikkan, bukan? Tapi jangan buat diam-diam ya beritahu dahulu pada pasangan agar dia lebih bersedia!

Kadang kala bosan juga bila nak mencuba aksi ranjang setiap hari terutama kalau menggunakan posisi yang sama sahaja hingga hubungan tersebut dianggap tidak lagi istimewa di mata isteri mahupun suami.

Tapi, jangan risau kerana kami sediakan 30 aksi ranjang hebat yang boleh memukaukan lagi keintiman anda setiap hari.

Apa kata anda cuba aksi ranjang ini pada malam nanti?

30 Aksi ranjang hebat untuk raikan malam anda

#1. Cium seluruh tubuh

Sebelum memulakan aksi seks yang lebih menghairahkan, minta suami cium seluruh tubuh anda.

Ha..tapi tugas anda tidak berhenti setakat itu. Apa yang anda boleh buat adalah menanggalkan semua pakaian dan jangan pakai walau satu pun ya!

Barulah keghairahan suami untuk menjalar di sekitar tubuh lebih terasa nikmatnya!

#2. Bergilir tutup mata

Selain itu, aksi romantik suami isteri anda boleh cuba ialah anda juga boleh menutup mata dan memakai earplug. Dengan cara ini automatik deria yang lain akan menjadi lebih sensitif.

Malah, ia akan membuatkan anda ternanti-nanti apakah yang bakal berlaku hingga membuatkan anda gila bayang!

#3. Pakai G-String

Haish, boleh dikatakan kalau isteri menyarungkan pakaian seperti G String ini boleh membuatkan suami tidak tertahan untuk memulakan aksi seks yang seterusnya.

Kemudian, leretkan tangannya ke punggung anda supaya dia tahu kamu berada dalam keadaan yang cukup seksi dan memukau.

#4. Seks spontan

Nak nikmati cara lain anda juga boleh buat seks spontan di tangga rumah atau di bilik mandi. Pernah tak cuba?

Kalau belum, ini merupakan posisi baru yang boleh dimulakan selain beradu di atas kamar anda sahaja.

#5. Berdiri depan tv dan tanggalkan pakaian

Bila tengok suami sedang khusyuk tengok tv, apa yang anda boleh buat adalah berdiri di hadapannya kemudian tanggalkan pakaian satu persatu.

Kemudian buat aksi menggoda seperti melutut di sofa dan terus lakukan hubungan intim.

Suami anda pasti teruja dengan aksi yang mengejutkan ini. Tapi dia suka tau!

#6. Posisi atas tab mandi

Jika dalam bilik air ada tab mandi gunakan ini sebagai senjata istimewa untuk menggoda lelaki anda.

Apa yang boleh dibuat adalah duduk bersimpuh di hujung tab sementara dia berada di posisi atas.

Selepas itu ajaknya untuk bersama di ruangan tersebut.

#7. Cuba posisi isteri di atas

Aksi seterusnya adalah posisi isteri di atas dan suami pula di bawah. Bila sudah mendapat rentak yang sesuai, berhenti buat seketika dan sentuh bahagian alat sulitnya.

Pasti suami anda rasa tak tahan dan ingin mengakhirinya cepat-cepat.

#8. Tarik suami ke dalam shower

Ha…boleh dikatakan banyak drama tiru aksi menggoda macam ni.

Tarik suami ke dalam shower sambil anda hanya memakai lingerie sutera. Tapi ingat, jangan tanggal dahulu ya.

Ini kerana kain yang basah itu akan melekap ke tubuh lalu memberikan ilusi seksi yang memukau pandangan mata.

#9. Guna minyak baby

Kalau nak rasa lebih menghairahkan, anda boleh gunakan pelincir seperti minyak bayi. Kemudian sapukan ke seluruh tubuh suami kerana dia akan rasa lebih sensitif.

#10. Rakam gambar sambil pakai lingerie

Kekadang memang susah juga nak goda suami kan, tak mengapa anda boleh pakai lingerie yang paling seksi dan rakam gambar kemudian hantar kepada suami dengan pesanan Not Safe For Work.

#11. Cipta kod seksi

Caranya hantar pesanan ringkas seperti “nak makan cupcake” atau sebagainya dan dia pasti tahu anda inginkan sesuatu daripadanya. 

#12. Minta suami mengenakan pakaian

Kalau nak tahu ada sesuatu yang membuatkan lelaki kelihatan sangat seksi iaitu menyuruhnya mengenakan pakaian secara perlahan-lahan sambil anda memerhatikannya.

#13. Masak di dapur

Sambil memasak bolehlah cuba sarung pakaian kemeja T suami. Mesti dia lihat sambil tergoda. Sebab isterinya nampak sangat seksi!

#14. Cumbuan menghairahkan

Kalau suami masih lagi tengah mamai sebab baru bangun tidur. Isteri boleh berikan ciuman paling menghairahkan dan bisikan kata cinta di telinganya.

#15. Menghembus nafas pada tubuh

Selain itu, kalau suami ada di atas anda, minta dia hembuskan nafas pada tubuh anda dari atas sehingga ke bawah, ke paha dalam dan ulang dari bawah ke atas.

Dengan cara ini keinginan anda untuk bersamanya lebih terasa memuncak hingga membuatkan anda ternanti aksi yang seterusnya.

#16. Sapu minyak zaitun pada payudara

Semasa suami baring, sapukan minyak zaitun pada payudara dan perut kemudian bergesel atas tubuhnya tanda supersensual!

#17. Coklat untuk seks

Kalau anda masih tak tahu, makan sekeping kecil coklat setiap hari dapat membantu ghairah seks dengan suami. Malah ia menimbulkan perasaan puas dan lebih relaks.

#18. Ajak suami makan tengah hari

Selepas saling bertukar mesej, ajak suami berjumpa untuk makan tengah hari kemudian ajak dia check-in hotel untuk seks kilat.

#19. Buat seks depan cermin

Lakukan hubungan seks di hadapan cermin kerana ia boleh membangkitkan rasa keghairahan itu.

#20. Seks tanpa bunyi

Kadang-kadang bila balik kampung tentu malu nak melakukan hubungan seks, kan?

Tapi apa yang anda boleh buat adalah lakukan seks tanpa bunyi kerana anda terpaksa menahan diri dari melakukan seks dan ia akan menjadi  passionate!

#21. Tarik lutut ke dada

Bagi melakukan penetrasi yang lebih mendalam, tarik kedua-dua lutut ke dada dan tongkatkannya pada dada anda.

#22. Main kiub ais

Mainkan kiub ais di belakang badannya yang pastinya membuatkan anda wow!

#23. Pandang ke arah mata

Sewaktu sedang beraksi, pandang tepat ke dalam anak mata masing-masing. Kemudian lihat kesan pada setiap tindakan anda yang dapat menambah kehebatan seks.

#24. Fokus seks sambil tengok bola

Ini yang paling rare! Apa kata anda buat seks sambil tengok perlawanan bola. Agak-agak boleh fokus tak?

#25. Set jam pada waktu yang pelik

Ya, set jam pada waktu yang pelik juga boleh membuatkan si dia rasa terkejut tapi dalam masa yang sama dia pun mahu kan anda.

#26. Jadi lebih ganas

Kalau boleh cuba jadi ganas daripada biasa misalnya terkam suami dan tanggalkan pakaiannya dengan gelojoh sambil terus cium tubuh badannya.

#27. Usik bahagian intim suami

Sambil lalu di hadapan, usik di bahagian intim suami tapi pastikan muka anda selamba melakukannya.

#28. Petikan erotik

Sebelum tidur, baca satu petikan erotik dari Fifty Shades of Grey sambil minta suami pasangkan di telinga.

#29. Suruh suami beli pakaian seksi

Kalau gaji suami dah masuk, minta si dia belikan pakaian seksi yang ingin anda pakai di waktu malam. 

#30. Tanggalkan pakaian di luar bilik

Tanggalkan helaian pakaian anda dari luar bilik untuk suami jejaki sehingga dia menjumpai kamu di atas katil. Fuh… aksi ranjang yang benar-benar seksi dan menggoda!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Posisi Seks Panas Tanpa Banyak Bergerak, Sesuai Sangat Kalau Rasa Malas Tapi “Mahu”!

Baca juga: Nak Tahu Karakter Suami Sendiri? Cuba Lihat Dari 5 Posisi Intim Kegemarannya!

Baca juga: Berapa Kerap Anda Perlu Buat Seks Dengan Pasangan? Seminggu Sekali Itu Normal Ke?