Tak Tahan Selalu Kena Pukul, Budak Lelaki Ini Nekad Larikan Diri & Tidur Di Kaki Lima

Kasihannya dia, akibat tak tahan dipukul setiap hari oleh ibu bapanya budak lelaki ini berani bertindak dengan melarikan diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda tentang akta perlindungan kanak kanak yang bertujuan melindungi mereka daripada pengabaian, penderaan dan keganasan?

Hal ini kerana, baru-baru ini tular di Facebook apabila seorang kanak-kanak lelaki tidur dengan pakaian yang basah. Namun, apa yang menyedihkan adalah kisah di sebaliknya.

Meskipun kejadian ini berlaku di Kalimantan Barat, Indonesia namun tidak ada salahya untuk kita jadikan ia iktibar dan pengajaran bersama agar tidak memperlakukan anak sendiri dengan sebegitu rupa.

Kanak-kanak yang tidak diketahui namanya ini melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan selalu dianiaya oleh ibu bapa kandungnya.

Gara-gara tidak mempunyai tempat berlindung, dia nekad menumpang tidur di depan sebuah premis yang telah tutup.

Menurut sumber yang menyaksikan kejadian, kanak-kanak itu tidur nyenyak hingga tak sedar air hujan membasahi tubuhnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, selepas dikejutkan oleh orang yang mengambil gambarnya, dia memberitahu bahawa dia telah melarikan diri dari rumah kerana selalu dipukul oleh ibu dan ayahnya.

Sumber turut mengatakan, budak lelaki ini sangat baik kerana walaupun tahu tempat itu kotor tapi dia masih menanggalkan seliparnya.

Selepas kisahnya tular di Facebook, ada pihak yang datang membantu kanak-kanak tersebut.

Walaubagaimanapun, netizen berharap dia tidak dihantar kepada keluarganya semula tapi memberi saranan supaya dia dihantar kepada saudara terdekat yang boleh menjaganya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akta perlindungan kanak kanak atau Akta Kanak-Kanak 2001

Rumah Kanak-Kanak adalah institusi yang selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan di bawah Seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001.

Ia bertujuan agar dapat memberi jagaan gantian kepada kanak- kanak disamping menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.

Kategori kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting serta hendaklah diberi keutamaan.

Dibawah ini adalah kategori kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan jagaan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. 

– Didera dari aspek fizikal, emosi, penganiayaan seks oleh ibu bapa atau penjaga;• akan didera dari segi fizikal atau dicedera dari segi emosi atau dianiaya dari segi seks

– Ibubapa/penjaga kanak-kanak telah abai/ tak berupaya untuk menjalankan pengawasan & pengawalan

– Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak telah mengabaikan atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Tiada ibu bapa atau penjaga

– Telah dibuang oleh ibu bapa

– Terlibat dalam perebutan hak penjagaan

– Jalanan terlibat dengan pengemisan, membuat persembahan / menawar apa-apa untuk jualan

– Menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang seperti perjudian, loteri atau sebarang aktiviti yang mendatangkan kemudaratan kepada kebajikan kanak-kanak tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempoh perlindungan

Selama tempoh tiga tahun atau sehingga mencapai umur 18 tahun mengikut mana-mana yang lebih pendek.

Boleh dibebaskan awal dengan meminda, mengubah atau membatal perintah.

Senarai rumah kanak-kanak

Berikut ini adalah senarai rumah kanak-kanak yang terdapat di beberapa buah negeri. 

1) RKK Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang

2) RKK Sultan Abd Aziz, Kuala Kangsar, Perak

3) RKK Tengku Budriah, Cheras Kuala Lumpur

4) RKK Tengku Ampuan Fatimah Kuantan, Pahang

5) RBL Tun Abdul Aziz, Durian Daun, Melaka

6) Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Selangor

7) RKK Kota Kinabalu, Sabah

8) RKK Arau, Perlis

9) RKK Kuching, Sarawak

10) RKK Rembau, Negeri Sembilan

11) RKK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang

12) RKK Mini Kelantan

13) RKK Mini Johor

********

Kami di theAsianparent berharap kanak-kanak malang ini mendapat tempat di mana-mana rumah perlindungan di negara jiran kita supaya dapat menjalani kehidupan yang gembira seperti mana kanak-kanak yang sebaya dengannya. 

Jangan lupa share dan tag rakan-rakan anda yang lain untuk mengetahui informasi ini. Semoga bermanfaat. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Reporter, JKM

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.combayi-dipukul-tips-asuh