5 Aktiviti Menarik Anda Patut Buat Dengan Anak Cuti Sekolah Ini, Taklah Anak Bosan!

Anda tercari-cari aktiviti cuti sekolah 2018 yang menarik? Jom kita buat 5 aktiviti menarik yang kami sediakan ini! Pasti anak-anak akan terhibur gembira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila masuk bulan Disember saja, mesti ibu ayah akan sibuk mencari aktiviti cuti sekolah 2018 yang menarik. Mana tidaknya, mesti bosan kalau selama sebulan cuti ini, anak asyik terperap di rumah saja

Ha, sebab itu hari ini, theAsianparent Malaysia akan membawakan anda 5 aktiviti cuti sekolah 2018 yang menarik lagi unik ini!

Apa kata luangkan sedikit masa untuk meninjau-ninjau aktiviti cuti sekolah 2018 ini?

5 Aktiviti Cuti Sekolah 2018 Yang Cukup Menarik Untuk Anda Sekeluarga

Aktiviti cuti sekolah 2018 #1: Tonton rancangan istimewa oleh Nickelodeon

Kadang-kadang, beri anak menonton televisyen ketika cuti sekolah, apa salahnya, kan? Anak-anak pasti akan lebih gembira!

Nickelodeon baru-baru ini telah mengeluarkan pelbagai episod rancangan TV yang menarik sempena Krismas yang bakal menjelma kelak. 

Antara rancangan yang anda boleh bagi anak tengok adalah:

  1. SpongeBob SquarePants Christmas Episode (7 Dis, 4 petang)
  2. Teenage Mutant Ninja Turtle (sekarang hingga 11 Jan, setiap Jumaat 5:30 petang)

Aktiviti cuti sekolah 2018 #2: Tonton teater muzikal Les Misérables terpanjang di KL!

Jika anda peminat filem atau teater muzikal, pasti anda akan teruja untuk membawa anak-anak menonton teater muzikal Les Misérables yang terpanjang di KL ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan senang kita nak tengok teater muzikal Les Misérables, tau! Teater ini kaya dengan jalan cerita berkenaan falsafah moral, keadilan, dan hak manusia. Semuanya dilengkapi dengan lagu-lagu yang menarik.

Pasti anak anda akan terhibur jika anda bawa mereka melihat teater ini. Berikut adalah infonya:

  • Tempat: The International School @ ParkCity KL (The Multi Purpose Hall)
  • Alamat: No.1 Jalan Intisari, Desa ParkCity, 52200 Kuala Lumpur
  • Tarikh: 5 hingga 7 Disember 2018
  • Masa: 6:30pm – 8:30pm
  • Tiket: RM15 
  • Sila hubungi: +603 6280 8880

Aktiviti cuti sekolah 2018 #3: Crafity Charity Workshop dengan Disney’s Ralph Breaks the Internet: Wrech-It-Ralph 2

Masih tercari-cari aktiviti sekolah 2018 apa yang paling menarik? Pastinya acara workshop yang dianjurkan Da Vinci Creative Kids ini akan menarik perhatian anda!

Sempena pelancaran filem Disney’s Ralph Breaks the Internet, Da Vinci Creative Kids akan melancarkan charity workshop. 

Yang seronoknya tentang acara yang dianjurkan Da Vinci Creative Kids ini, anak-anak anda bukan saja boleh berhibur, menunjukkan kreativiti dan membuat kawan baru, malah mereka juga boleh beramal!

Ini adalah infonya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bila: Sepanjang November 2018 hingga Januari 2019
  • Berapa lama: 2 jam/workshop
  • Umur: Kanak-kanak berumur 5 hingga 15 tahun
  • Tempat: Centre Da Vinci di seluruh Malaysia
  • Untuk keterangan lanjut, sila layari www.dvckid.com/crafitycraft/

Aktiviti cuti sekolah 2018 #4: Big Bad Wolf

Jika anda dan anak-anak gemar membaca, jangan terlepas peluang untuk ke pesta jualan buku besar-besaran selama 24 jam ini!

Apa yang seronoknya, kali ini ibu bapa boleh memilih lambakan buku yang ada, semuanya dijual dengan harga yang murah!

Aktiviti cuti sekolah 2018 #5: Lawat Nickelodeon Playground di Sunway Velocity

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa sini yang ada anak-anak yang menggemari kartun Nickelodeon, jangan terlepas peluang untuk pergi memeriahkan suasana di Sunway Velocity 13 hingga 26 Disember ini. 

Di sana, anak-anak anda boleh bermain pelbagai permainan yang datang dari karakter Shimmer and Shine, Blaze and the Monster Machines, dan PAW Petrol. 

Ada racetrack, tower slide dan banyak lagi aktiviti menarik! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ha… apa lagi ibu ayah? Jom bawa anak-anak kita pergi berhibur dengan 5 aktiviti sekolah 2018 yang kami senaraikan di atas!

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3 kartun yang tidak akan membuatkan anda rasa bersalah membiarkan anak menontonnya

Penulis

Ayu Idris