X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda

3 min bacaan
Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda

Kalau ibu bapa masih mencari aktiviti cuti sekolah apa yang menarik untuk dibuat dengan anak-anak, kalian bolehlah cuba acara Da Vinci Crafity Charity ini!

Aktiviti cuti sekolah 2017

Anda masih tiada idea nak buat aktiviti cuti sekolah apa yang menarik semasa cuti sekolah akhir tahun ini? Jom sertai acara Da Vinci Creative Kids ini! Anak anda pasti akan menyukainya. 

Acara Da Vinci Creative Kids ini acara apa? 

Ha… untuk mana-mana ibu bapa yang berminat, acara Da Vinci Creative Kids adalah sebuah acara yang dilancarkan sempena pelancaran filem animasi Disney Pixar – iaitu COCO.

Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda

Kredit: enterprise.press

Filem tersebut bukan calang-calang filem animasi, sebaliknya, ia penuh dengan inspirasi dan pengajaran yang amat berguna untuk anak-anak anda. 

Oleh itu, Da Vinci Creative Kids akan melangsungkan acara yang terdiri daripada Bengkel Seni Lilin COCO dan Da Vinci Crafity Charity sepanjang bulan November hingga Disember di semua cawangan Da Vinci Creative Kids!

Untuk Bengkel Seni Lilin COCO, kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun berkesempatan untuk mengukir lilin dan mempamerkan karya seni itu sambil beramal. 

aktiviti cuti sekolah

Acara Da Vinci Crafity Charity atau lelongan seni pula mempamerkan karya seni yang diinspirasi dari tema COCO Disney Pixar hasil karya oleh 10 pelajar Da Vinci dari usia 10 hingga 16 tahun.

Aktiviti cuti sekolah 2 dalam 1 – berhibur dan beramal!

Yang seronoknya tentang acara Da Vinci Creative Kids ini, anak-anak anda bukan saja boleh berhibur sambil aktif menunjukkan kreativiti mereka, malah, mereka juga boleh beramal.

aktiviti cuti sekolah

Ini sebab Da Vinci Crafity Charity bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu pengabaian kanak-kanak melalui seni.

Acara ini menjemput komuniti kita menjadi kreatif sambil menyokong dan membantu bayi dan kanak-kanak yang tak berpeluang merasai kasih sayang keluarga.

Lilin yang diukir di Bengkel Seni COCO pun ada maksud yang tersendiri. 

Ia bukan saja hiasan yang biasa terdapat di rumah yang benar-benar mengubah suasana bilik tetapi ia juga mencerminkan cahaya dalam kegelapan hidup dan merupakan sinar harapan.

Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda

Pengunaan lilin dalam acara amal ini bertujuan untuk memberi sumbangan kewangan kepada Yayasan OrphanCare, sebuah pertubuhan bukan bermotifkan untung yang komited untuk membantu bayi yang kurang bernasib baik.

Aktiviti cuti sekolah yang patut disertai oleh anak anda

Pada akhir bengkel ini, RM25 (daripada yuran bengkel sebanyak RM55 seorang) dan semua hasil lelongan seni akan disalurkan kepada OrphanCare.

Ia untuk menyokong pelbagai keperluan seperti operasi ‘Baby Hatch’ untuk menyelamatkan bayi yang baru lahir, bank makanan, perbelanjaan perubatan untuk kanak-kanak yang terbiar, kempen kaunseling, sokongan pengasuh sementara, kemudahan pengambilan dan banyak lagi.

Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda

Pelancaran acara kreatif ini disempurnakan oleh kehadiran Pengarah DaVinci Creative Kids Jimmy Tan dan Pemegang Amanah Yayasan OrphanCare – Noraini Hashim.

Semua yang hadir juga dapat menonton video promosi Disney Pixar COCO!

Aktiviti kesenian sambil beramal

Menurut Pengarah DaVinci Creative Kids, Jimmy Tan – 

“Seni adalah salah satu cara kita berkomunikasi. Dari seni, kita mampu menggalakkan anak-anak untuk meneroka potensi dalam diri mereka dan melatih kemahiran motor, pemikiran kreatif malah kebolehan menyelesaikan masalah.”

Dalam usaha untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat yang memerlukan, DaVinci Creative Kids akan bekerjasama dengan Yayasan OrphanCare untuk membantu generasi akan datang. 

Pasti anda semua mahu anak-anak anda, bahkan kanak-kanak lain mendapat peluang masa depan yang lebih baik, kan?

Inilah masanya! Sertai acara Da Vinci Crafity Charity ini sambil mendidik anak-anak anda tentang kesenian dan kesusahan yang dihadapi oleh insan tak bernasib baik yang lain. 

Jika anda ingin mendaftarkan anak anda untuk acara percutian sekolah yang menarik ini, sila hubungi Susan/ Grace/ Dewei di talian 03-5637 5510 / 017-689 5738 atau emel mereka di [email protected]

Layari www.dvckid.com/crafitycraft untuk maklumat lanjut.

Jom sama-sama kita berhibur sambil beramal!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Menarik Untuk Anak Anda
Kongsikan:
  • Aktiviti menarik cuti sekolah 2017 - 4 acara minggu 25-31 Disember

    Aktiviti menarik cuti sekolah 2017 - 4 acara minggu 25-31 Disember

  • Program Cuti Sekolah Mac 2017

    Program Cuti Sekolah Mac 2017

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Aktiviti menarik cuti sekolah 2017 - 4 acara minggu 25-31 Disember

    Aktiviti menarik cuti sekolah 2017 - 4 acara minggu 25-31 Disember

  • Program Cuti Sekolah Mac 2017

    Program Cuti Sekolah Mac 2017

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.