Jangan Biar Anak Tengok TV Saja, Ibu Tetapkan Aktiviti Di Rumah Supaya Sel Otak Berkembang

Aktiviti di rumah untuk anak menjadi sesuatu yang menyeronokkan jika ibu ayah memberi galakan tanpa menghalang kebebasan si manja meneroka perkara baru

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang tidak merancang pergi kemana-mana pada musim cuti sekolah ini, pastinya anak memiliki banyak waktu terluang. Justeru apa kata ibu ayah tetapkan beberapa aktiviti di rumah yang menyeronokkan.

Bagi sesetengah keluarga, setiap anak sudah diberikan satu telefon pintar bagi membolehkan si manja duduk diam dan mudah dikawal. Namun sampai bilakah anda ingin bergantung kepada gajet semata-mata dan tahukah kesannya terhadap perkembangan mereka?

Beri anak kebebasan untuk melakukan aktiviti di rumah

Sebenarnya membiarkan anak dengan bermain gajet atau terdedah dengan skrin dalam tempoh masa yang lama boleh menghalang otak si manja berkembang. Hal ini kerana hanya mata mereka sahaja ‘berfungsi’ ketika itu dan bahagian anggota tubuh lain seakan-akan kaku di hadapan televisyen.

Berdasarkan perkongsian oleh seorang ibu, Wawa Shauqi, bahaya sebenarnya apabila ibu ayah tidak melarang anak menonton televisyen dengan jangka masa lama.

Televisyen sebenarnya memberikan ‘pakej’ lengkap bagi merosakkan kemahiran fokus anak. Bunyian yang meriah, visual laju dan warna menyerlah sudah cukup membuatkan dua deria paling penting dalam menumpukan perhatian terganggu.

Kesannya, otot mata akan mengalami keletihan kerana terpaku pada skrin televisyen berjam-jam. Macam kitalah. Kesannya sama macam duduk dalam posisi untuk tempoh lama, boleh kejung otot badan.

Berbeza dengan anak kecil, tubuh mereka menghasilkan tenaga yang banyak. Lebih-lebih lagi jika anda banyak memberikan makanan manis. Apabila tidak guna tenaga ini, ia akan kekal menjadi lemak.

Bagi sesetengah kanak-kanak, tenaga yang tidak dilepaskan ini akan membuatkan mereka dilanda rasa resah dan gelisah. Bila tidak tahu untuk meluahkan rasa tidak keruan ini, mulalah mereka mengamuk tidak tentu pasal. Anda juga yang akan pening nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waktu skrin mematikan perkembangan otak

credit to sources

Bukan tidak boleh tengok televisyen langsung, ibu ayah perlu mengehadkan masa menonton paling minima. Luaran mungkin tidak ada apa-apa, tapi kalau dapat diimbas otak anak-anak, anda juga akan rasa seram nanti!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut perkongsian pakar otak, Dr. Rizal, jika melakukan imbasan pada anak yang terlalu banyak menonton televisyen, anda boleh lihat secara jelas bahawa aktiviti otak mereka mati. Tidak berkembang langsung.

Berbeza dengan anak yang memperoleh rangsangan melalui pelbagai aktiviti. Ia terbukti berkesan menjadikan otak lebih aktif dan berkembang sangat pesat. Bayangkan sahaja kalau penggunaan gajet tidak dipantau, lagilah badan akan lemau.

Mata pun terpaku pada jarak yang amat dekat dan kesan dia berkali ganda bahaya.

Malah kajian psikologi turut membuktikan bahawa penggunaan gajet berlebihan mendedahkan si manja dengan penyakit mental seperti depresi dan anxiety.

Ia adalah kerana tidak berlaku komunikasi dua hala dan kontak mata dengan manusia. Sebenarnya tidak susah pun nak sediakan aktiviti di rumah untuk anak-anak. Apa kata libatkan sahaja mereka dengan tugas-tugas mengurus rumah yang ringan seperti:

  • Mengasingkan kain baju
  • Mencarikkan sayur
  • Mop lantai atau perabut
  • Membasuh mainan

Sebenarnya anak-anak akan rasa excited dan happy bila dia dapat membantu ibu melakukan sebarang kerja. Dia akan rasa dirinya hebat sangat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rumah bersepah tanda anak sedang berkembang

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak mengapalah jika anda merasakan kerja sedikit tergendala apabila anak sertai sekali menguruskan hal rumah. Sebenarnya cara ini amat menjimatkan masa dan kos untuk memberikan anak stimulasi.

Lagi bersepah keadaan rumah yang anak kecil lakukan, maknanya lagi hebat otak mereka berkembang. Tidak payah terlalu rajin mengemas rumah dari pagi. Nanti ibu yang penat kemas sehingga berkali-kali. Nanti petang, ajak sahaja si manja untuk sama-sama membersihkan rumah.

Maafkan dan tutuplah mata ketika anak bebas bermain di dalam rumah. Mereka sebenarnya sedang melalui proses meningkatkan kemahiran membina dan mencipta kenangan di usia kanak-kanak.

Kesimpulannya, cubalah untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan jadi contoh terbaik buat mereka.

Jika anda ingin mereka aktif melakukan sebarang aktiviti, pastikan dahulu diri sendiri tidak sibuk dengan telefon pintar atau melayari online game.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Aktiviti DIY yang boleh dilakukan sekeluarga semasa cuti hujung minggu

Baca juga: Aktiviti Menarik Untuk Anak-Anak Di Rumah Semasa Musim Hujan, Ibu Jom Cuba!

Baca juga: Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!