Jenis Aktiviti Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun, Merangsang Daya Sensori & Otak Si Manja

Aktiviti kanak-kanak 2 hingga 3 tahun boleh dilakukan di rumah. Hanya guna bajet yang kecil. Malah, boleh gunakan barangan di dalam rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu dan ayah ada anak umur 2 hingga 3 tahun, apa kata cuba rancang beberapa aktiviti kanak-kanak 2 hinggga 3 tahun ini, pasti menyeronokkan!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Senarai aktiviti kanak-kanak 2 hingga 3 tahun

Daripada mengulang-ulang tayangan cerita dan lagu kanak-kanak di televisyen atau saluran Youtube dari pagi hingga ke petang, sekali sekala lakukan aktiviti lain pula bersama-sama.

Senarai aktiviti kanak-kanak 2 hingga 3 tahun

7 aktiviti ini bukan sahaja mudah dibuat bahkan, ia mempunyai manfaatnya tersendiri bagi membantu kemahiran anak-anak. Paling penting menjimatkan kerana kebanyakan barangan untuk aktiviti ini boleh diperolehi di rumah.

1-Tanah liat buatan sendiri

Anak anda pasti menyukainya malah ia sesuai untuk sensori kanak-kanak selain selamat digunakan tanpa bahan toksik. Pembuatannya juga mudah, hanya boleh diperolehi di dapur anda sahaja.

Permainan ini seperti play dough namun tekstur adalah berbeza kerana lebih licin dan lembut. Ia juga membuatkan anak anda asyik dengan permainan ini malah sangat menyeronokkan.

Anak anda boleh bermain dengannya seperti tanah liat antaranya menggulung dan membentuk bola.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan digunakan

  • 2 cawan baking soda
  • 1 ½ cawan air
  • 1 cawan tepung jagung
  • Pewarna makanan (ikut suka)

Cara

  1. Masukkan semua bahan tersebut di dalam periuk dan gaulkan bersama. Panaskan di atas dapur serta kacau. Ketulan-ketulan kecil akan muncul, teruskan mengacau sehingga terbentuk campuran tebal.
  2. Tutup api dan keluarkan, tapi hati-hati kerana ia sangat panas. Bentukkan bulat seperti bola dan simpankan dalam beg plastik zip-lock atau bekas kedap udara.

Manfaat

Kreativiti dan imaginasi anak, kemahiran motor halus, koordinasi tangan-mata, perkembangan deria sentuhan, merasa dan memanipulasi objek serta perkembangan bahasa lisan.

2-Nombor 1 hingga 20

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara salah satu aktiviti menyeronokkan anak anda melibatkan susunan nombor bermula dari 1 hingga 20. Untuk menghasilkannya juga mudah dengan bahan yang murah didapati di rumah atau di kedai.

Kanak-kanak boleh mengangkat susunan nombor yang dibuat seperti bunga serta mengaturkannya. Melalui permainan ini, mereka boleh bermain ‘isikan nombor yang hilang’ dengan mengira dari 1 hingga 20 atau sebaliknya selain meneka nombor yang hilang.

Bahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 20 pop sticks
  • Tanah liat
  • Bekas kertas kek cawan/biskut bersaiz kecil
  • Pelekat
  • Marker pen
  • Gam

Cara

Tulis nombor pada pelekat dan letakkan di dalam bekas kertas. Jadikannya seperti bunga.

Manfaat

Meningkatkan motor halus, memanipulasi objek, koordinasi mata-tangan, pembangunan bahasa iaitu mengira dengan suara serta sebutan nombor dan membantu kiraan Matematik 1 hingga 20.

3-Cat air dengan belon

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti ini baik untuk kanak-kanak meneroka kreativiti dan imaginasi kerana mereka bebas menggunakan bahan yang ada. Ia juga membantu sensori anak menggunakan tangan dalam menghasilkan lukisan corak cat air di atas kertas.

Bahan

  • 6 belon warna merah, jingga, hijau, kuning, biru dan ungu
  • Bekas cat air
  • Kertas dan cat air warna merah, jingga, hijau, kuning, biru dan ungu

Cara

Tiupkan belum dan ikat. Letakkan belon tersebut mengikut warna cat air serta corakkan pada kertas putih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manfaat

Kreativiti dan imaginasi, sensori, membina rasa harga diri dan kepuasan, perkembangan motor halus, koordinasi mata dan tangan, pembangunan bahasa serta pengenalan warna.

4-Lukisan lampu menggunakan jari

Aktiviti ini mudah namun tetap menyeronokkan. Kanak-kanak menghasilkan corak lampu berwarna menggunakan jari dan ia boleh dijadikan sebagai kad atau sebagai bungkusan hadiah buatan sendiri.

Bahan

  • Kertas
  • Market pen
  • Cat air pelbagai warna

Manfaat

Kreativiti dan imaginasi, pembangunan motor halus, koordinasi tangan-mata, daya fokus, pengenalan warna dan meneroka sensori anak.

5-Permainan sensori beras dan ais

Aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka sains serta belajar percampuran warna. Kanak-kanak dapat melihat perubahan warna beras apabila ais yang berwarna biru dan kuning mula cair serta bercampur warna menjadi hijau.

Bahan

  • Bekas ais kiub
  • Pewarna makanan biru dan kuning
  • Air dan beras

Manfaat

Perkembangan bahasa, menggalakkan pemikiran saintifik seperti ramalan, pemerhatian, perbandingan, penaakulan, pengumpulan data dan eksperimen selain pengenalan konsep saintifil iaitu penyerapan, pepejal dan cecair.

6-Lukisan bunga api

Daripada membuang gulungan kertas tisu yang tidak digunakan, ia boleh menghasilkan aktiviti menarik untuk anak. Gulungan ini akan menghasilkan lukisan bunga api pelbagai warna.

Bahan

  • Cat air (empat warna)
  • Kertas
  • Gulungan kertas tisu

Cara

Potong gulungan kertas tersebut dengan saiz yang berbeza bagi menghasilkan lukisan bunga api pelbagai saiz.

Manfaat

Imaginasi dan kreativiti, motor halus, koordinasi tangan-mata serta pengenalan warna dan menghasilkan warna baharu.

7- Aktiviti mempelajari bentuk

Aktiviti ini memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari bentuk-bentuk asas selain menghasilkan dan meneroka bentuk dan cara membuatnya.

Bahan

  • Masking tape
  • Kad berwarna
  • Gunting
  • Blok
  • Kereta kecil mainan
  • Penutup botol

Cara

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dengan bahan-bahan tersebut misalnya, menyusun penutup botol mengikut bentuk, memasang blok mengikut bentuk atau bermain kereta pada bentuk yang dihasilkan menggunakan masking tape.

Manfaat

Bermain dengan kreativiti dan imaginasi, motor halus, menyelesaikan masalah selain pengenalan kepada bentuk.

kredit gambar: ana suhana, asyidah muslih

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Boleh Naik Angin Bila Anak Suka Bergaduh & Tidak Serasi, Ini 5 Cara Untuk Didik Mereka

Baca juga:  Info Penting Mengenai Perkembangan Bayi, Ibu Ayah Baru WAJIB Alert 5 Perkara Ini!

Baca juga:  Ayah Mesti Kerap Bermain Dengan Anak Untuk Elak Anak Hiperaktif! – Kajian