Bersepah Rumah Anak Buat, Lagi Hebat Otak Berkembang, Biarkan Mereka Asah Bakat & Kemahiran

Selain bermain gadjet dan menonton televisyen, sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik yang boleh ibu bapa sarankan kepada anak-anak sekaligus membantu perkembangan minda dan otaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susulan dengan wabak coronavirus, kerajaan telah melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga semua sekolah, tadika dan taska diarah untuk tidak beroperasi. Jadi, sebaagi ibu bapa anda harus bijak memberi aktiviti masa lapang yang menarik kepada anak-anak sepanjang mereka berada di rumah.

Hal ini kerana, biasanya anak-anak lebih suka menonton televisyen dan bermain gajet sahaja setiap masa, sampai kadang-kadang tak berganjak dari tempat duduk mereka.

Tapi takkan kita sebagai ibu bapa nak lihat sahaja perlakuan anak sedemikian tanpa mengisi aktiviti masa lapang yang menarik?

Keburukan gadjet dan tv

Sekiranya anda terlepas pandang situasi ini, adalah lebih baik anda cepat-cepat menukar semula rutin harian anak dengan aktiviti lain yang menarik. Jangan cakap tak ada idea, sebab macam-macam aktiviti boleh buat dengan hanya duduk di rumah.

Bukan apa, tengok televisyen dan main gadjet tak henti-henti bukan mampu merangsang otak pun tapi boleh timbul gejala lain yang tak elok di kemudian hari contohnya merosakkan mata, terdedah dengan bahan yang tak
bagus, menganggu waktu tidur dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti masa lapang untuk anak-anak

Lantas disebabkan itu, seorang ibu terpanggil untuk berkongsi ilmu keibubapaan dengan pembaca yang lain.

Di harap dengan perkongsian Wawa Shauqi ini dapat dijadikan panduan untuk kita semua.

Kalau nak diikutkan, bahaya biar anak tengok televisyen terlalu lama kerana ada ibu bapa yang biarkan anak tengok tv sampai berjam-jam.

Ini kerana, bila banyak terdedah dengan menghadap skrin sahaja, fokus anak kepada pelajaran akan merosot.

Paling terkesan hal ini adalah cikgu-cikgu di sekolah sebabnya anak murid sudah mula menunjukkan kesukaran untuk memberikan tumpuan semasa dalam kelas dan ketika cikgu mengajar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

TV Boleh musnahkan kemahiran anak

Lebih-lebih lagi, televisyen ini dalam diam-diam sebenarnya mempunyai pakej lengkap untuk merosakkan kemahiran dan fokus anak-anak terhadap aktiviti masa lapang.

Ya, memang bunyinya meriah dengan visual yang laju dan warna yang indah tapi itu sudah cukup membuatkan dua deria paling penting terganggu untuk memberikan fokus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, dengan menonton tv dan bermain gadjet, otot mata akan berasa letih kerana terpaku lama-lama dengan skrin berwarna itu.

Bila seronok dan khusyuk sangat tonton tv, posisi duduk mereka pun tak bergerak-gerak sampai naik lenguh dan kejung otot kaki.

Sedangkan kanak-kanak ini menghasilkan tenaga yang banyak terutama kalau yang jenis suka makanan manis, jadi bila tak guna tenaga itu terus berkumpul jadi lemak seterusnya menyebabkan penyakit lain pula nanti.

Lebih memburukkan keadaan apabila anak-anak yang tenaganya tidak digunakan boleh menyebabkan mereka resah dan gelisah.

Bila tak dapat ekspresikan keresahan mereka, mulalah tunjuk sikap mengamuk tak tentu pasal. Boleh pening mak ayah kat rumah nak layan!

Bayangkan, baru beberapa hari asyik tonton tv, kemudian bila diberi aktiviti fokus mereka nampak merosot sangat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apapun, bukan kata langsung tak boleh tengok tv tapi ibu bapa harus mainkan peranan dengan hadkan masa dan bila dibolehkan menonton tv ini.

Boleh nampak aktiviti otak mati dan tak berkembang!

Kredit: Husna Hadzarami

Menurut Dr Rizal, anak yang terlalu banyak menonton tv, kita boleh lihat aktiviti otaknya mati dan tak berkembang langsung!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi berbeza dengan anak yang ada stimulasi dari pelbagai aktiviti yang menarik, otak mereka sangat aktif dan berkembang pesat.

Itu baru tv! tapi kalau gadjet seperti telefon pintar dan tab, mata mereka lebih terpaku pada jarak yang amat dekat dan memberi kesan yang berganda serta berbahaya.

Apatah lagi, kajian turut membuktikan pendedahan terhadap gadjet yang melampau boleh memudahkan manusia mendapat penyakit mental seperti anxiety dan tekanan perasaan.

Ini berlaku gara-gara tiada komunikasi dua hala dan kontak mata dengan manusia yang lain.

Aktiviti masa lapang yang menarik buat anak di rumah

Bukan kata kena buat aktiviti yang hebat-hebat pun tapi apa kata suruh anak buat salah satu dari pengisian di bawah

  • Mengasingkan kain dalam bakul pakaian
  • Mencarikkan sayur dan membantu ibu memasak di dapur
  • Mengemop lantai supaya bersih bersinar
  • Mengelap perabot usang di dalam rumah
  • Membasuh alat mainan sesudah bermain agar terhindar bakteria

Perlu tahu bahawa, anak-anak akan rasa gembira bila dapat membantu ibu bapanya di rumah. Bahkan mereka rasa diri macam HERO, superman dan lain- lain.

Biarlah kerja tergendala sedikit bila anak tolong, asalkan ada interaksi dan stimulasi untuk perkembangan mereka.

Bahkan, lagi bersepah rumah makanya otak anak hebat dan berkembang baik. Usah terlalu pulun nak rumah kemas sentiasa dari pagi sampai malam.

Silap-silap ibu boleh pengsan kena kemas berulang kali. Jadi biar chill lihat anak seronok bermain ya!

Semoga bermanfaat!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Wawa Shauqi 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

8 Aktiviti Belajar Best Yang Anda Patut Cuba Dengan Anak-Anak