Sebenarnya ramai ibu ayah di luar sana tidak mengetahui bahawa aktiviti mewarna atau melukis sangat membantu proses perkembangan si manja. Biarpun nampak simple, ia cukup memberikan keseronokan dan merangsang deria anak agar menjadi bijak.
Siapa sahaja bergelar ibu bapa pastinya akan mencuba berikan yang terbaik buat anak-anak. Dalam membesarkan mereka, mungkin ada sesetengah perkara perlu diberikan kebebasan seperti meneroka persekitaran, bermain atau membuat rumah bersepah.
Aktiviti mewarna menggunakan jari dan tangan
Pegawai perubatan, Redza Zainol telah berkongsikan bahawa ibu ayah perlu risau sekiranya memiliki anak yang takut badan basah kena air, takut pegang ais, geli bermain pasir, tidak boleh makan makanan lembik atau mudah terjatuh dan cedera di rumah.
Masalah ini boleh jadi tanda-tanda bahawa si manja mungkin mengalami masalah sensori sentuhan. Sebenarnya ramai tidak tahu bahawa deria sentuhan ini adalah asas bagi anak menguasai kemahiran motor halus seperti menulis dan menggunakan tangan dengan baik.
Justeru, bagi mengelakkan si manja berdepan masalah ini adalah melalui aktiviti mewarna menggunakan jari dan tangan atau dipanggil sebagai Finger Painting.
Ia memberikan manfaat bagi merangsang deria si manja dan boleh juga ibu ayah memperkenalkan jenis dan nama-nama warna pada mereka. Kebiasannya, usia 3 tahun selalunya sudah tahu 2 warna. Manakala usia 4 tahun tahu 3 jenis warna dan umur 5 tahun perlu tahun paling sedikit 4 jenis warna.
Tips aktiviti mewarna dengan jari (finger painting ) dan rumah kekal bersih
Tidak dinafikan bagi ibu-ibu, anda mungkin kerap kali risau apabila anak mula ‘aktif’ dan tidak suka keadaan rumah kotor atau bersepah. Dalam hal ini, usahlah terlalu tegas sehingga membataskan pergerakan si manja kerana tempoh kanak-kanak ini penting dalam proses perkembangan mereka.
Jika sesuatu aktiviti dilakukan dengan perancangan yang baik, anda mungkin dapat menyelamatkan keadaan dan memastikan rumah dalam keadaan bersih. Ini caranya:
#1. Menyediakan pakaian khas
Sebelum memulakan aktiviti bermain warna ini, ibu ayah dinasihatkan untuk memakaikan anak dengan apron comel atau sekiranya tiada, anda boleh sahaja berikan mereka sarung T-shirt yang sudah lusuh.
#2. Buat aktiviti di luar rumah
Apa yang penting, ibu ayah perlu lakukan aktiviti ini bukan di dalam rumah. Sekiranya ada beranda atau porch, manfaatkan ruang ini untuk bonding bersama keluarga.
Hal ini adalah untuk memudahkan kerja anda mengemas nanti, tidaklah perlu memakan masa yang begitu lama.
#2. Menggunakan alas kertas atau kain
Sebelum memulakan aktiviti, pastikan anda meletakkan alas kain lebar atau menggunakan kepingan surat khabar yang banyak. Apabila sudah habis bermain, bolehlah terus buang surat khabar tersebut.
#3. Letak cat dalam mangkuk besar
Sekiranya anda pakai pallet, sekejap sahaja ia boleh terbalik dan menyebabkan lantai atau meja menjadi kotor. Namun kalau pakai mangkuk, anak boleh terus celup tangan mereka.
Bukan itu sahaja, ibu ayah perlu meletakkan setiap satu warna dalam mangkuk besar yang berasingan.
#4. Pastikan mood gembira dan teruja
Sekiranya anak mula menunjukkan rasa bosan atau tidak gembira, bersedialah dengan situasi bersepah yang berganda. Boleh jadi juga adegan budak kecil baling mangkuk cat.
Dalam hal ini, ibu ayah perlu berlapang dada sebab ia dianggap sebagai messy play. Jadi memang akan membuatkan sedikit bersepah ya!
#5. Tampal double tape pada kertas
Tips terakhir untuk menjadikan aktiviti ini lebih bermakna adalah dengan menampal double tape yang tulis nama anak pada kertas lukisan.
Selepas aktiviti selesai dan kertas mula kering, anda boleh mencabut tape berkenaan dan akan terpampang nama anak pada lukisan berkenaan.
Kelebihan aktiviti mewarna ini sebenarnya berkesan merangsang kreativiti si manja. Hal ini adalah kerana mereka akan berfikir dan membuat pilihan tentang kombinasi warna yang boleh digunakan agar ia memberikan hasil seperti diinginkan. Anak kecil turut akan kekal berimaginasi dan belajar bersabar bagi menyiapkan projek mewarnanya.
Sumber: Redza Zainol
Kredit foto: Ana suhana
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comgenetik-manusia