Hari cuti hujung minggu amat dinanti-nantikan ramai memandangkan waktu inilah anda dapat meluangkan masa bersama anak-anak sama ada di rumah ataupun pusat beli-belah. Bagi yang tidak bercadang untuk keluar, sebenarnya ada beberapa aktiviti pada hujung minggu yang menarik boleh dilakukan bersama si manja anda.
Untuk mengambil hati anak-anak tidak semestinya barangan mainan mahal, cukuplah ibu ayah luangkan sedikit masa untuk ada bersama mereka.
Cadangan aktiviti pada hujung minggu yang menarik
#1. Basuh kenderaan bersama-sama
Anda mungkin mempunyai motosikal ataupun kenderaan. Justeru jadikan dua hari cuti hujung minggu anda lebih produktif.
Libatkan anak-anak dengan aktiviti membersihkan kenderaan. Mereka pastinya berasa amat seronok dapat bermain buih sabun dan air dengan bebas.
#2. Cabut rumput di halaman rumah
Mencabut rumput dan bersihkan halaman rumah juga menjadi aktiviti pada hujung minggu yang menarik untuk dilakukan bersama anak-anak. Ibu ayah boleh buat pertandingan siapa yang mencabut rumput paling banyak, dialah yang akan menang hadiah.
Kesannya, anak akan lebih bersungguh-sungguh dan bekerjasama ketika membersihkan kawasan rumah.
#3. Baca dan bercerita
Anak yang sedang membesar amat memerlukan perhatian ibu ayah. Justeru ajak mereka baca apa sahaja buku dan kongsikan cerita ataupun pengalaman yang pernah anda lalui.
Selain itu jadikan aktiviti membaca menjadi lebih seronok dengan melakonkan semula apa yang anda baca. Caranya berdiri di hadapan anak-anak dan gunakan inotasi suara pelbagai bagi menjadikan suasana lebih melucukan.
#4. Mencuba masakan baharu dalam keluarga
Buat carian di internet dan kenal pasti secara rawak mana-mana resepi yang anda ingin mencubanya. Sediakan bahan-bahan lebih awal bagi memudahkan proses memasak nanti.
Biasanya anak kecil amat sukakan pizza, kek, biskut ataupun donut. Libatkan anak dan seisi keluarga untuk menghasilkan hidangan yang comel dan sedap bersama-sama.
#5. Menonton televisyen
Emosi kanak-kanak adalah seperti kita juga. Adakalanya mereka memberontak jika tidak memperoleh apa yang diingini. Dengan menonton siaran televisyen yang berlatarkan keceriaan seperti animasi kartun-kartun comel, muzik dan warna menarik di skrin terbukti mampu membuatkan jiwa mereka lebih tenang.
Pengalaman baharu Cartoon Network menjadi salah satu aktiviti pada hujung minggu
Sejak 8 Januari lalu, anda dan seisi keluarga berpeluang menikmati tayangan perdana siri We Baby Bears di Astro Cartoon Network (Channel 615). Anda boleh menyaksikan episod baharu yang akan ditayangkan setiap minggu pada pukul 10.30 pagi.
Rancangan televisyen yang baharu ini dipertingkatkan kualiti dari segi rona, muzik dan rekaan. Ia sesuai untuk kanak-kanak lelaki ataupun perempuan.
Dengan naratif mengujakan dan karakter-karakter penuh warna di Cartoon Network, ‘Redraw Your World’ memberikan galakan terhadap kanak-kanak untuk berani menjadi diri mereka sendiri dan yakin dengan kemampuan mereka dalam menghasilkan perubahan besar dalam hidup.
Anda dan anak-anak pastinya terhibur kerana ia menampilkan lagu K-Pop yang diberi nafas baharu berjudul “The Bha Bha Song (We Baby Bears Theme)” dendangan asal kumpulan, TRI.BE.
Sekitar bulan Februari nanti, anda berpeluang menyambut kedatangan ‘Redraw Your World’ dengan stesen coretan pop timbul yang hebat dan siri video ‘Craft Your World’ yang dikuasakan oleh rakan kongsi rasmi kempen berkenaan, Crayola di Sunway Pyramid.
Untuk lebih informasi dan apa yang boleh dijangkakan, nantikan kemaskini laman sesawang dan platform media sosial Cartoon Network Asia dan Crayola dari semasa ke semasa!
Anak-anak dijemput mengekspresikan diri dan membiarkan imaginasi bebas dengan melukis atau coretkan visi mereka tentang dunia yang mereka mahu diami.
Untuk lebih pengalaman mengujakan di media sosial, ikuti @cartoonnetworkasia dan kongsi semua momen-momen Redraw Your World dengan tanda pagar, #RedrawYourWorld dan #CartoonNetwork.
Beberapa siri rancangan baharu lebih menarik disediakan untuk anda seisi keluarga
Siri We Baby Bear berkenaan boleh ditonton di saluran Boomerang (Astro Ch 619), HBO (Astro Ch 411), HBO Family (Astro Ch 414), Oh!K (Astro Ch 394) dan secara penstriman di HBO GO. Tonton sorotan ringkas di sini: https://youtu.be/N9VwYMGKOhU.
Rancangan We Baby Bears mengisahkan sebuah ‘spin-off’ rancangan kegemaran Cartoon Network, We Bare Bears.
Siri baharu ini menceritakan tentang pengembaran Grizz, Panda dan Ice Bear – pada masa mereka yang lebih muda usianya-dalam kotak ajaib ke pelbagai dunia baharu yang hebat untuk mencari satu-satunya tempat yang boleh mereka duduki buat selamanya.
Sepanjang perjalanan, mereka bertemu kawan baru dan pelajari banyak perkara baharu tentang kehidupan dan erti kekeluargaan.
Bukan itu sahaja, ada beberapa rancangan baharu lain yang menarik bakal dilancarkan tahun 2022 ini iaitu:
- Jellystone! (Tayangan pada Sabtu, 22 Januari jam 6 petang)
- Tom and Jerry in New York (bermula 15 Januari, 10 pagi)
- Harry Potter and The Order of the Phoenix dan Harry Potter and The Half Blood Prince (ditayangkan pada 8 dan 22 Januari pukul 8 malam)
Kredit foto: blog cikjatshop, ceriteraibu
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Baca juga: Aktiviti DIY Yang Boleh Dilakukan Sekeluarga Semasa Cuti Hujung Minggu
Baca juga: Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain- Ini Tips Ajar Anak Bantu Orang Susah Sejak Kecil