13 Aktiviti Menarik Untuk Anak Dua Tahun, Baik Untuk Rangsang Minda & Sentuhan Si Manja

Aktiviti untuk anak 2 tahun ada pelbagai yang boleh ibu lakukan dari rumah sahaja. Ia penuh keseronokan dan dapat kembangkan minda si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada ibu bapa yang mengalami kesukaran mencari aktiviti untuk anak 2 tahun. Tahukah anda, mendidik anak melalui aktiviti dan permainan adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran motor dan melatih badan serta minda mereka. 

Ia juga cara terbaik untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan kanak-kanak, terutama apabila mereka masih belajar bercakap dan meluahkan perasaan mereka.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, ibu ini kongsikan aktiviti untuk anak 2 tahun yang bukan sahaja dapat melatih kemahiran motor tetapi juga mempersiapkan anak melangkah ke alam persekolahan.

Aktiviti yang dikongsikan sememangnya menarik dan tidak memerlukan bajet yang besar.

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Aktiviti untuk anak 2 tahun yang menarik dan menyeronokkan

Aktiviti untuk anak 2 tahun yang menarik dan menyeronokkan

  • Kinetic Sand

Kinetic Sand atau pasir kinetik ini membantu dalam menyokong perkembangan fizikal seperti kemahiran motor halus. Aktiviti ini juga boleh menyokong perkembangan sosial dan emosi.

Ini kerana bagi kanak-kanak, tekstur pasir kinetik ini boleh membantu mereka untuk lebih tenang dan relaks.

Sebelum memulakan aktiviti ini, pastikan anda buat lapik seperti yang dikongsikan di laman Facebook ibu ini kerana ia boleh buat satu rumah bersepah dan berpasir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Aktiviti suai padan (Sorting Colors)

Aktiviti seperti menyusun objek, memadankan bentuk, warna dan gambar dapat membantu membina persepsi visual dan kemahiran berfikir.

Kanak-kanak secara amnya boleh menyusun mengikut warna sebelum mereka boleh mengenal pasti nama warna tersebut.

Belajar untuk memadankan objek dapat membantu daya kemahiran ingatan anak. Seperti yang dikongsikan, ada beberapa aktiviti suai padan yang menarik boleh dicuba seperti sorting color, colorful tower, dan colorful beads.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih menarik, anda tidak perlu berbelanja banyak, hanya perlu gunakan bahan yang ada di rumah seperti getah bewarna, batang aiskrim (diwarnakan), klip kertas (diwarnakan), tissue roll, tanah liat serta manik berwarna.

  • Memancing getah

Aktiviti memancing getah ini dapat membantu menggalakkan kemahiran motor halus, memperbaiki kordinasi tangan serta mata dan kemahiran sensori lain.

Ia juga aktiviti yang terbaik untuk melatih kemahiran matematikal serta logik anak. Apa yang anda perlukan ialah satu mangkuk besar berisi air dan letakkan getah di dalam mangkuk berisi air. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sediakan satu lagi mangkuk kosong. Tunjukkan cara memancing getah pada anak. Ajar anak anda tentang kuantiti.

Sebagai contoh, anda pancing dua keping getah dalam satu masa, beritahu anak kuantiti yang dipancing agar mereka boleh pancing bilangan yang sama.

  • Melukis

Melukis ini sebenarnya ada banyak kebaikan untuk anak anda. Ia membantu meningkatkan kemahiran motor serta meningkatkan tumpuan dan kesabaran. Selain itu, ia turut mengajar anak anda mengenal warna dengan cara yang menyeronokkan dan praktikal.

Bukan itu sahaja, ia juga adalah cara untuk anak anda menyampaikan emosi serta menyerlahkan daya kreativiti mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk buat aktiviti melukis di rumah, anda boleh sediakan alas untuk elakkan cat warna terkena lantai, kertas lukisan, berus lukisan atau gunakan alatan lain seperti yang dikongsikan di laman Facebook tersebut.

Antaranya, bola kapas, gunakan kaki anak, tisu gulung (untuk dibuat sebagai tekapan, boleh dipotong dalam pelbagai bentuk) atau anda boleh cuba aktiviti melukis di atas ais. Sesuatu yang lain dari yang lain.

  • Susun pelekat ( sticker in line)

Mudah sahaja untuk buat aktiviti ini. Apa yang anda perlukan ialah kertas yang dilukis garisan zigzag dan pelekat berbentuk bulat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang perlu anak anda lakukan ialah melekatkan pelekat bulat mengikut garisan yang telah dilukis. Aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai satu pertandingan dengan adik-beradik lain.

Selain itu, ia dapat membantu menggalakkan kemahiran motor halus, meningkatkan kordinasi mata, tangan dan daya fokus serta menguatkan otot jari mereka.

  • Menconteng

Tidak perlu guna bahan yang susah. Gunakan apa sahaja yang ada di rumah anda. Seperti yang dikongsikan di laman Facebook Sazna Najihah.

Di perkongsiannya itu, apa yang perlu dilakukan adalah terbalikkan meja, gunakan kertas pembalut lutsinar dan balutkannya di keliling kaki meja. Dah siap, anak boleh menconteng.

Sama seperti melukis, aktiviti ini juga dapat membantu untuk menyampaikan emosi serta menyerlahkan daya kreativiti mereka.

Ini juga kesempatan yang sesuai untuk mengajar anak anda menulis sebagai persiapan mereka ke alam persekolahan nanti.

  • Bermain dengan imaginasi (Pretend play)

Pretend play ini adalah aktiviti yang banyak menggunakan imaginasi. Melalui aktiviti ini, anak anda boleh menggunakan daya imaginasi mereka untuk menjadi apa sahaja yang mereka mahukan.

Aktiviti ini dapat menggalakkan imaginasi serta kreativiti anak, menyokong perkembangan sosial dan emosi, meningkatkan kemahiran bahasa serta komunikasi, menggalakkan daya pemikiran, pembelajaran, dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah.

Ia juga membantu mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak apabila ibu bapa turut bersama bermain dengan anak.

  • Memasak

Aktiviti memasak boleh membantu anak anda untuk belajar dan mempraktikkan beberapa konsep asas matematik dan kemahiran bahasa. Makan makanan yang dimasak bersama dapat membantu anak membina keyakinan diri serta asas untuk tabiat pemakanan sihat.

Jika anda tidak yakin untuk memasak bersama dengan anak, anda boleh cuba dengan aktiviti yang mudah seperti menghias kek menggunakan krim mentega, pasti mereka akan rasa sangat seronok.

  • Permainan cairkan ais

Permainan ini mungkin nampak senang, tetapi bagi kanak-kanak berusia dua tahun, ia mungkin agak mencabar untuk mereka.

Cara permainan ini adalah anda bekukan mainan kegemaran mereka, sama ada kereta mainan atau pompom. Ada dua cara yang boleh digunakan untuk bermain permainan mereka. Sama ada menggunakan tukul untuk memecahkan ais atau menggunakan penitis yang berisi air suam untuk cairkan ais.

Aktiviti ini dapat menggalakkan kemahiran motor halus. Ia juga dapat mengajar anak tentang deria sentuhan (panas dan sejuk)

  • Cacing berwarna

Cara untuk membuatnya:

  1. Lipat tisu pada empat bahagian dan guntingkan (guna tisu dapur)
  2. Warnakan dengan pen penanda satu sisi tisu tersebut.
  3. Gulung tisu yang diwarna dengan lidi.
  4. Kemudian, tarik keluar lidi tersebut dan lukis mata dan mulut cacing.
  5. Akhir sekali, gunakan penitis dan picitkan pada semua cacing.

Lihat bagaimana cacing itu bergerak dan bertukar warna. Aktiviti ini sesuai untuk menggalakkan kemahiran motor halus serta mengajar anak untuk mengenal warna.

  • Huruf ajaib

Aktiviti ini lebih kurang sama dengan cacing berwarna tadi. Apa yang anda perlukan untuk aktiviti ini ialah:

  1. Lipatkan tisu pada dua bahagian. Untuk huruf kecil, tulis di bahagian belakang lipatan.
  2. Gunakan penitis dan picitkan pada huruf tersebut.

Dan, sama seperti aktiviti sebelum ini, ia dapat menggalakkan kemahiran motor halus dan anda boleh gunakan kesempatan ini untuk mengajar anak mengenal huruf.

  • Huruf Jeli

Cara untuk buat huruf jeli:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan jeli/ agar-agar.
  2. Kacau sampai larut. Bila sudah agak sejuk, tuang ke dalam bekas bersama huruf yang sudah disusun di dalam mangkuk.
  3. Boleh gunakan penyepit untuk mengambil huruf di dalam jeli.

Aktiviti ini juga dapat membantu menggalakkan kemahiran motor halus anak anda dan jika anda menggunakan huruf seperti dalam perkongsian Facebook ini, anda mengajar anak untuk mengenal huruf.

Selain huruf, anda boleh gunakan nombor atau bentuk.

  • Teka-teki

Mainan teka-teki atau jigsaw puzzle adalah mainan kegemaran pendidik dan ibu bapa. Permainan teka-teki mungkin kelihatan mudah tetapi ia adalah alat pembelajaran hebat yang dapat mengajar kanak-kanak banyak kemahiran hidup.

Antaranya, memberikan tumpuan , mengenal bentuk, menggalakkan kemahiran motor halus, meningkatkan kordinasi mata dan tangan, mengenal nombor dan huruf serta kemahiran menyelesaikan masalah.

Jika anda tiada permainan teka-teki di rumah, anda boleh buatnya sendiri seperti yang dikongsikan. Hanya gunakan bahan yang sedia ada di rumah seperti batang aiskrim dan tisu gulung.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan Agar Lebih Bijak & Cerdas, Jom Cuba Ayah & Ibu.

Baca juga: 10 Jenis Aktiviti Motor Halus Yang Bagus Untuk Anak, Bantu Si Manja Jadi Lebih Pintar

Baca juga: Jenis Aktiviti Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun, Merangsang Daya Sensori Dan Otak Si Manja

Penulis

Nur Sofea