Aktiviti untuk kanak kanak boleh dimulakan seawal usia bagi membolehkan mereka berkembang selari dengan usia. Anak berusia 4-6 tahun mempunyai fikiran dan daya imaginasi yang semakin kuat dari hari ke hari.
Sebab itulah ibu ayah akan perasan anak tidak berhenti tanya macam-macam soalan kerana mereka mula belajar memahami lebih banyak tentang dunia di sekeliling.
Pada usia ini bukanlah satu keperluan lagi memberi penekanan untuk anak 4 tahun fokus belajar membaca mahupun mengira semata-mata.
Aktiviti untuk kanak kanak 4 tahun
Sebaliknya, pada usia begini banyak aktiviti kanak kanak yang boleh kita buat bersama anak terlebih dahulu bagi menimbulkan rasa ingin belajar pada diri mereka.
Bila dah bersedia, barulah anak minat belajar dan dapat fokus lebih lama. Menurut perkongsian seorang ibu, Hanis Athirah Rusli ada beberapa jenis aktiviti untuk kanak kanak 4 tahun yang boleh anda lakukan di rumah.
InsyaAllah kesemua aktiviti kanak kanak ini akan dapat merangsang minda, memupuk kreativiti dan menyerlahkan potensi anak-anak dalam pelbagai cabang.
Dan ibu bapa perlu bersabar selain ‘sporting’ melayani ragam anak-anak 4 tahun ini. Biarkan anak anda bermain dan berseronok – sememangnya itulah ‘kerja’ seorang kanak-kanak. Selamat mencuba!
#1. Aktiviti melibatkan rangsangan lima deria
Sensory Play bukan aktiviti kanak kanak yang bermain kotoran atau benda menggelikan semata-mata. Tetapi, inilah ia amat bermanfaat untuk anak kerana melibatkan banyak deria dan rangsangan.
Sebagai contoh permainan kanak kanak:
1. Main kinetic sand
2. Main playdoh
3. Main pasir pantai
4. Main tepung
5. Main bedak
6. Main ais
7. Main lumpur
8. Main pijak rumput
9. Main biji kacang
10. Main air
#2. Aktiviti melibatkan koordinasi mata dan tangan
Permainan kanak kanak melibatkan motor halus ini sangat membantu si manja untuk kesediaan menulis mereka. Selain itu, aktiviti sebegini juga dapat tingkatkan attention span anak-anak.
Contoh:
1. Picit matchstick berwarna dia atas karton telur.
2. Asingkan objek kecil seperti pom pom mengikut warna menggunakan pengepit.
3. Bermain batu Seremban
4. Bermain congkak guna guli
5. Lakukan aktiviti mengait ( lacing)
#3. Aktiviti melibatkan pengecaman nombor dan asas matematik
Kemahiran pra-nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan sebelum memperkenalkan anak dengan konsep nombor.
Contoh aktiviti untuk kanak kanak 4 tahun adalah:
1. Pengkelasan Warna, Saiz, Bentuk dan Jenis
2. Susun objek ikut turutan mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan.
3. Perbandingan kuantiti iaitu banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang.
#4. Aktiviti menggalakkan si manja meneroka
Masa usia 4 tahun inilah otak anak makin berkembang dan kita mesti rangsang otak mereka supaya dapat berkembang dari semasa ke semasa.
Permainan kanak kanak yang disyorkan adalah buat simple eksperimen dekat rumah, tak perlu mahal-mahal. Boleh guna sahaja barang yang ada.
Contohnya:
1. Eksperimen batang celery berwarna
2. Eksperimen susu berwarna ajaib
3. Eskperimen bertemakan virus Covid 19
4. Eksperimen tindak balas cuka dengan cengkerang
#5. Aktiviti membantu mendekatkan hati dan diri kepada Pencipta
Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang untuk diteladani. Perkenalkan anak dengan pencipta mereka iaitu Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Didik anak mengikut acuan Islam dan sunnah Nabi Muhammad. Perkukuhkan aqidah, pemikiran yang salim buat anak-anak.
Contoh:
1. memperdengarkan anak-anak alunan Al Quran
2. ajar mereka zikir dan selawat
3. amalkan doa dalam kehidupan seharian
Dan Anis juga pernah share kurikulum Pendidikan Agama Islam yang meliputi subjek ini
🌸Al-Quran
🌸Aqidah
🌸Ibadah
🌸Sirah
🌸Akhlak
🌸Jawi
#6. Aktiviti menggalakkan anak bercakap
Permainan kanak kanak pretend play juga dikenali sebagai imaginative play. Jadi anak berlakon dan berimaginasi dengan apa yang mereka jadi.
Selain itu, masa pretend play anak juga secara tak langsung berinteraksi untuk lebih menghayati watak yang mereka lakukan. Ni Anis kongsikan Afraz sebelum bermain jadi Zoo Keeper dan Ahza sebagai doktor. Banyak lagi yang mereka main seperti:
1. Mainan kanak kanak: masak-masak
2. Main panjat dan kejar seperti polis dan askar
3. Main gunting rambut
#7. Aktiviti melatih anak menjadi kreatif
Dengan buat kraf, anak-anak diberi peluang untuk menyelesaikan masalah secara alami (experiential), membuat keputusan sendiri serta pendekatan yang pelbagai. Masa ini juga mempunyai kebebasan untuk berimaginasi. Mereka tahu bagaimana nak selsesaikan masalah.
Contohnya, gam tak lekat, perlu guna gam mana satu. Nak tambah apa lagi supaya nampak lebih cantik? Jadi anak akan berfikir sendiri sambil mencari idea baru untuk menjadikan kraf mereka cantik dan menarik.
#8. Aktiviti melatih kekuatan otak si manja
Aktiviti untuk kanak kanak 4 tahun ini dapat mengalakkan kekuatan otot, keseimbangan dan sokongan tubuh.
Kemahiran motor kasar ini melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan,lengan, kaki,atau keseluruhan badan yang membolehkan berfungsi sepenuhnya.
Contoh Aktiviti
1. Berlari
2. Melompat
3. Mainan kanak-kanak: Berguling
4. Memanjat
5. Berjalan
6. Bersenam
#9. Aktiviti menarik minat membaca
Anak 4 tahun lebih tertarik kepada gambar dari melihat perkataan yang banyak. Bukan itu sahaja, buku yang disediakan pula hendaklah mengikut minat mereka.
Paling penting, semasa usia ini kita sebagai ibu ayah perlu banyak membaca bersama anak.
Contoh:
1. Read Aloud Activity
2. Bedtime Story
3. Pilih buku di perpustakaan
4. Pilih buku secara online.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 Jenis Aktiviti Hujung Minggu Yang Menarik Untuk Anak, Bantu Kuatkan Bonding Keluarga
Baca juga: 13 Aktiviti Menarik Untuk Anak Dua Tahun, Baik Untuk Rangsang Minda & Sentuhan Si Manja
Baca juga: 10 Jenis Aktiviti Motor Halus Yang Bagus Untuk Anak, Bantu Si Manja Jadi Lebih Pintar