Terdapat pelbagai jenis alergi yang manusia alami, dan salah satunya adalah alahan sejuk. Ya, ada sesetengah orang memang mengalami alergi ini apabila cuaca menjadi terlalu sejuk maka timbullah ruam sejuk.
Samalah seperti ekzema atau ruam panas, di mana ia terjadi apabila cuaca panas. Naiklah ruam sejuk, kemerahan dan kulit kering apabila cuaca menjadi panas dan badan berpeluh.
Jadi alahan ini terjadi apabila cuaca terlalu sejuk, atau suhu bilik menjadi sejuk akibat penghawa dingin. Akan muncul bintik-bintik dan kemerahan. Tapi adakah merbahaya?
Ada alergi yang berbahaya dan ada yang tidak. Ia akan hilang selepas beberapa jam atau beberapa hari.
Apakah alahan sejuk atau ruam sejuk?
Tahukah anda tentang satu keadaan kulit di mana apabila ia terdedah kepada kesejukkan, naik bintik pelik pada kulitnya? Keadaan ini dipanggil sebagai alahan pada sejuk atau alah sejuk.
Seorang warganegara Filipina, Asne Marohombsar baru-baru ini berkongsi tentang alergi sejuknya yang dikenali sebagai cold urticaria untuk kita lebih memahami keadaan penyakit ini.
Alergi ini akan muncul apabila terdedah kepada kesejukan. TIdak kiralah sama ada suasana sejuk, air sejuk atau makanan seperti ais krim.
Asne berkongsi lagi yang penghidap alahan pada sejuk ini mempunyai kesan yang berbagai-bagai. Ada reaksi kecil, namun tidak terkecuali yang lebih kritikal.
Kritikal di sini sehingga boleh mendapat tekanan darah rendah, pengsan atau kejutan sekiranya berenang di dalam air sejuk!
Kesan alergi berbeza
Asne juga berkongsi kesukaran yang dihadapinya untuk berada di tempat sejuk akibat kesan alahan pada sejuk itu. Dia sedih kerana tidak dapat melawat negara sejuk seperti Korea (kerana dia meminati K-pop) disebabkan keadaannya.
Berikut adalah beberapa gambar menunjukkan reaksi alahan pada sejuk yang dialami oleh dirinya.
Apa yang anda perlu tahu tentang alahan pada sejuk atau cold urticaria ini?
Alahan pada sejuk atau cold urticaria boleh disalah erti sebagai alergi lain. Ini kerana simptomnya hampir sama dengan alergi lain.
Kebanyakkan kesan alahan pada sejuk ialah gegata, kulit kemerahan, gatal-gatal dan bagi yang lebih teruk, kejutan anafilaktik, bengkak tekak dan lidah hingga sukar bernafas.
Berikut antara reaksi yang biasa bagi penghidap alahan pada sejuk atau cold urticaria:
- gegata, kemerahan dan kegatalan pada kulit yang terkena sejuk
- bengkak tangan apabila memegang objek sejuk
- bibir bengkak apabila meminum atau memakan benda sejuk
Bagi keadaan lebih serius:
- kejutan anafilaktik (anaphylactic shock) atau satu badan bertindak balas dengan kesejukan. bengkak mulut dan tekak terutamanya jika makan atau minum benda sejuk.
- Pengsan, kadar degupan jantung terlalu laju, tangan dan kaki bengkak, serta bahagian torso.
Buat masa ini, belum ada penawat untuk alahan pada sejuk atau cold urticaria. Namun bagi sesetengah orang, ia akan hilang selepas beberapa minggu, bulan atau lebih lama.
Cara mudah untuk menguji sama ada anda mempunyai alergi ini atau tidak, letakkan kiub ais ke atas kulit selama lima minit. Bagi yang mempunyai alergi ini, kulit akan menjadi mereah, gatal dan bengkak.
Bagi sesetengah kes, cold urticaria mungkin juga berkait rapat dengan masalah sistem imun. JUga kanser, jadi lebih baik periksa dengan doktor.
Bagaimana alahan pada sejuk boleh dirawat?
Nasib baik keadaan ini mudah ditangani. Walaupun tiada ubat, namun boleh di kawal dan simptom boleh dikurangkan melalui preskripsi ubat.
Berikut adalah beberapa cara untuk menangani kesan alergi ini:
- Elak terdedah kepada kesejukan.
- ntihistamin yang boleh membantu dengan kesan yang tidak terlalu teruk.
- Omalizumab (Xolair) merupakan sejenis dadah ubat yang biasa digunakan untuk orang asma. Namun boleh juga digunakan untuk merawat cold urticaria.
Tetapi adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memilih apa-apa tindakan. Semak sekiranya ia biasa atau serius.
Lebih -lebih lagi jika ia melibatkan anak kecil anda yang belum pandai memberitahu anda apa mereka rasa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore, Mayo Clinic, facebook Asne Marohombsar
Baca juga: Kematian Kanak-Kanak Ini Ingatkan Kita Tentang Bahanya Alergi Makanan