Tiada Tolak Ansur & Sering Ambil Mudah, Ini 5 TANDA Pasangan Anda Belum Matang

Alam perkahwinan pastinya indah sekiranya pasangan anda memiliki sikap matang dan bertanggungjawab. Namun tidak semua dapat merasainya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alam perkahwinan tidak selalunya indah. Terutamanya jika pasangan anda masih lagi belum matang dalam tindakan dan permikiran sehingga boleh menyebabkan hubungan menjadi renggang. Usia sebenarnya tidak mencerminkan akal fikiran. Hanya pengalaman mendewasakan seseorang.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Alam perkahwinan dan 5 ciri pasangan anda belum matang
  • Mengendali pasangan tidak matang

Alam perkahwinan dan 5 ciri pasangan anda belum matang

Setiap pasangan yang melayari bahtera perkahwinan pasti ada turun dan naiknya. Namun, jika anda ingin mengetahui sama ada pasangan anda masih belum matang dalam tindak tanduknya, jom semak 5 ciri-ciri yang ada pasangan yang belum matang.

#1. Tidak mengotakan janji mereka

Bila berjanji tidak pasti. Inilah tanda pasangan anda tidak matang kerana mereka yang matang hanya akan berjanji apabila mereka dapat memberi kepastian bahawa mereka akan menunaikan janji tersebut. 

#2. Selalu buat anda rasa bersalah

Pasangan yang tidak matang akan selalu membuatkan anda rasa bersalah walaupun kesalahan itu adalah pada bahu mereka sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Inilah contoh gaslighting. Hati-hati ya kerana ciri ini menunjukkan bahawa pasangan anda pandai memanipulasi fikiran dan tindakan anda. 

#3. Sentiasa ingin menang dalam setiap perbalahan

Pasangan anda asyik nak menang sahaja? Perlu diingatkan bahawa apa yang penting dalam setiap perbalahan adalah mencari titik persamaan bukan asyik nak menangkan diri sendiri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Tidak ada arah tuju

Agar sukar jika anda mempunyai pasangan yang tidak tahu apa yang mahu dia lakukan atau inginkan dalam hidup dan tidak ada arah tuju. Anda tidak dapat menentukan seratus peratus hidup pasangan anda. Ciri ini jelas menunjukkan bahawa pasangan anda tidak mempunyai cita-cita dan tidak serius tentang arah tuju kehidupan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Tidak pernah belajar daripada kesilapan

Tanda seseorang itu matang adalah melihat kesilapan sebagai salah satu cara untuk memajukan diri. Tetapi tidak bagi pasangan yang tidak matang kerana mereka hanya tahu meminta maaf dan akan melakukan kesilapan yang sama berulang kali. 

Mengendali pasangan tidak matang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda mempunyai pasangan yang tidak matang dalam perhubungan, semestinya alam perkahwinan yang dilalui bersama perlu banyak tolak ansur.

Jangan terlalu ikutkan emosi bersama. Cari titik persamaan dan bantulah pasangan dengan sentiasa berkomunikasi mengenai setiap masalah atau konflik yang dihadapi. 

Pasangan anda mungkin tidak matang tetapi anda boleh bersama-sama dengan pasangan untuk cuba berkomunikasi dengan lebih baik. Yang penting, layan pasangan anda seperti mereka yang sudah matang. Jangan dimanjakan. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 5 Fasa Sukar Dalam Perkahwinan, Lalui Dengan Penuh Sabar, Barulah Tercipta Kebahagiaan

Baca juga: Konflik Dalam Perkahwinan Itu Biasa, Anda Hanya Perlu Bijak ‘Tackle’ Pasangan

Baca juga: Betulkan niat dalam perkahwinan dulu, barulah rumah tangga bertambah berkat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman