Malang Tidak Berbau, Gusi Anak Fad Bocey Tertusuk Alat Kawalan Jauh Kereta Permainan

Kereta permainan yang disediakan bersama alat kawalan jauh memang menjadi kesukaan kanak-kanak. Namun, ibu ayah perlu berhati-hati agar perkara ini tidak berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak yang aktif menerokai dunia pastinya tidak akan terlepas dengan risiko kecederaan. Begitulah perkara yang berlaku kepada anak kembar lelaki Fad Bocey apabila bahagian gusi tertusuk besi alat kawalan jauh (remote control) kereta permainannya.

Menurut perkongsian isteri kepada pelawak populor ini, Nur Syahirah Abdul Rahman, dia memanjatkan rasa bersyukur kerana anaknya selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan besi daripada gusinya kira-kira jam 2.15 pagi beberapa hari yang lalu.

Tersalah gigit alat kawalan jauh

Kejadian telah berlaku kepada salah seorang anak kembar lelakinya, Favian Adrazin Zayyan yang berusia 5 tahun kerana tabiatnya yang suka menggigit barang permainan.

"Habit suka gigit barang mainan, kali ini dia tersilap gigit remote control kereta. Alhamdulillah semuanya dah selamat,''

''Pukul 1.30 pagi masuk bilik pembedahan, dibius penuh sebab dia dalam keadaan kesakitan dan agak sukar untuk keluarkan besi berkenaan," ujarnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, Fad dalam satu temu bual bersama sebuah portal berita memberitahu, dia mendapat tahu berita cemas yang menimpa anak kesayangan ini setelah dihubungi bapa mertuanya kira-kira jam 10.30 malam tadi.

"Saya berada di majlis tahlil Allahyarham Abam dan abah beritahu Zayyan bersama kembarnya, Favian Adrazin Hayyan bermain dalam bilik mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Punca kejadian ini boleh berlaku tidak diketahui. Mungkin mereka berebut alat kawalan jauh berkenaan,'' kata Fad.

Tambahnya lagi sebaik tiba di rumah, mereka terus bergegas membawa Zayyan ke sebuah pusat perubatan swasta di Setia Alam dan doktor melakukan pembedahan kecil.

''Pembedahan hanya mengambil masa kira-kira 45 minit. Saya bersyukur dia sudah stabil dan dibenarkan keluar hospital," katanya.

Fad dan Nur Syahirah Abdul Rahman mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Amirah Mishall.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Panduan memilih permainan yang selamat

#1. Mengikut usia

Sebelum mendapatkan alat permainan, ibu ayah perlu memilih mainan yang sesuai dengan usia kanak-kanak. Untuk bayi misalnya, berikan permainan yang berwarna-warni dan mengeluarkan bunyi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anak-anak yang berusia tiga tahun ke atas pula, anda boleh belikan mereka sebuah basikal, bola atau raket badminton.

Pilihlah alat permainan anak-anak anda sebaiknya. Jika rajin dan ingin jimat, anda boleh bina atau mencipta sendiri permainan untuk mereka.

Ingat, momen kanak-kanak paling indah adalah anda turut serta bermain dengan mereka. 

#2. Tidak mendatangkan risiko bahaya

Ibu ayah perlu teliti ketika memberikan anak-anak bermain dengan alat permainan, hal yang paling membimbangkan adalah ketika anda meninggalkan mereka bermain bersendirian.

Bukan itu sahaja, kebanyakan ibu ayah membelikan permainan mengikut citarasa anak-anak dan harga yang mampu dimiliki sehingga mengabaikan faktor keselamatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda disarankan memilih permainan yang berkualiti untuk anak-anak iaitu lebih tahan lasak dan lama. Anak-anak terpijak pun susah nak pecah.

#3. Baik untuk minda

credit to sources

Ibu ayah perlu menggalakkan anak-anak menggunakan naluri ingin tahu terhadap persekitaran melalui permainan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waktu bermain memberi kegembiraan dan memotivasikan anak agar mereka minat belajar cara berkawan, mengawal kemarahan, berkongsi barang dan sebagainya.

#4. Bukan tujuan memeranjatkan

Alat permaianan yang bertujuan memeranjatkan orang lain seperti ular, lipan dan sebagainya juga tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak.

Hal ini kerana anda hanya memberikan kenangan hitam kepada mereka sehingga sering dilanda ketakutan dan enggan bermain sendirian.

#5. Baik untuk jasmani

Rasullullah S.A.W menyarankan umatnya cara untuk menguatkan jasmani anak-anak melalui hadis Baginda,

‘Segala sesuatu yang berkaitan dengan zikir, maka itu adalah senda gurau belaka kecuali empat perkara; perjalanan seseorang antara dua tujuan (memanah), latihan menunggang kuda, bersenda gurau dengan keluarga dan belajar berenang’ - Riwayat al-Tabarani

Antara 4 perkara yang disebutkan dalam hadis di atas, anda boleh berusaha untuk melatih anak-anak berenang dan menunggang kuda.

Sumber: mStar, Sinar Harian, Keluarga Hebat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: