X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bersendirian Di Rumah, Berapa Umur Sesuai Untuk Tinggal Anak? Apa Panduan Berpantang Sendiri?

4 min bacaan
Bersendirian Di Rumah, Berapa Umur Sesuai Untuk Tinggal Anak? Apa Panduan Berpantang Sendiri?

Tinggalkan anak sendirian di rumah dan berpantang sendiri juga adalah dua situasi yang boleh mengundang bahaya. Berikut tips yang boleh dijadikan panduan untuk anda.

Ramai ibu bapa yang terpaksa meninggalkan anak bersendirian dalam rumah kerana perlu menguruskan beberapa hal tertentu, terutama bila tiada pengasuh atau ahli kelurga yang boleh menjaganya.

Namun begitu, memikirkan anak bersendirian dalam rumah tentunya membuatkan hati kita rasa cemas dan bimbang. Jadi, apakah yang harus dipertimbangkan jika terpaksa tinggalkan anak di rumah? 

Berapakah umur yang sesuai untuk tinggalkan anak bersendirian dalam rumah? 

bersendirian dalam rumah, bersendirian di rumah, biarkan anak bersendirian di rumah, anak bersendirian, anak berseorangan di rumah, anak berseorangan, anak seorang diri, anak berseorang diri di rumah, membiarkan anak bersendirian, bersendirian di dalam rumah, berpantang sendiri, tips berpantang sendiri, cara berpantang sendiri, berpantang

Meninggalkan anak bersendirian dalam rumah sebenarnya mempunyai banyak risiko seperti merosakkan perabot rumah, bermain dengan alatan tajam, kemungkinan berlakunya kebocoran gas dan mungkin berlakunya kes rompakan. 

Dikutip dari laman Kids Health, meninggalkan anak di bawah usia 10 tahun bersendirian dalam rumah bukanlah sesuatu tindakan yang tepat. Pada usia ini, mereka belum tahu menjaga keselamatan dirinya sendiri dengan baik, kerana mereka masih memerlukan pengawasan daripada orang dewasa untuk menjaganya. 

Apa yang pasti, ibu bapa boleh mempercayai anak menjaga rumah mulai umur mereka di sekolah menengah tapi sebaiknya tidak terlalu lama. 

Sekitar umur 16 tahun pula, mereka sudah tahu mengerjakan pekerjaan rumah dengan sendiri, jadi pada masa ini kepercayaan ibu bapa terhadapnya lebih tinggi. 

Tanggungjawab anak ketika bersendirian dalam rumah

bersendirian dalam rumah, bersendirian di rumah, biarkan anak bersendirian di rumah, anak bersendirian, anak berseorangan di rumah, anak berseorangan, anak seorang diri, anak berseorang diri di rumah, membiarkan anak bersendirian, bersendirian di dalam rumah, berpantang sendiri, tips berpantang sendiri, cara berpantang sendiri, berpantang

Ketika meninggalkan anak bersendirian dalam rumah, maksudnya anda telah memberikan tanggungjawab besar pada anak untuk menjaga keselamatan dirinya dan keamanan rumah. 

Perkara yang perlu diberitahu pada anak sebelum tinggal bersendirian

  • Cara kunci dan buka pintu. 
  • Cara menyalakan dan mematikan lampu rumah.
  • Meninggalkan buku nota yang terkandung semua nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.
  • Ingatkan pada anak untuk tidak membenarkan orang yang tak dikenali untuk masuk ke dalam rumah. 
  • Ingatkan anak untuk menjaga kebersihan rumah semasa ketiadaan anda.
  • Berikan wang saku, makanan dan tempat letak kunci yang selamat.

******

Situasi tinggal bersendirian ini juga berlaku pada wanita yang memilih untuk berpantang sendiri di rumah tanpa bantuan keluarga.

Ini beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan apabila anda bercadang untuk berpantang sendiri iaitu: 

Tips berpantang sendiri di rumah 

bersendirian dalam rumah, bersendirian di rumah, biarkan anak bersendirian di rumah, anak bersendirian, anak berseorangan di rumah, anak berseorangan, anak seorang diri, anak berseorang diri di rumah, membiarkan anak bersendirian, bersendirian di dalam rumah, berpantang sendiri, tips berpantang sendiri, cara berpantang sendiri, berpantang

  • Bangun awal supaya dapat selesaikan perkara penting di waktu pagi. Selepas bangun terus mandi dengan mandian herba dan berstokin lepas mandi. 
  • Memakai bekung moden supaya lebih mudah dan senang digunakan. 
  • Ambil sarapan ringkas yang mudah disediakan supaya kenyang sampai tengah hari.
  • Biarkan rumah bersepah dan jangan kemas jika anda tidak mampu membuatnya tunggu sampai suami pulang atau minta anak yang lebih besar untuk kemas.
  • Sebaiknya cari tukang urut sebelum bersalin dan berikan bayi minum susu secukupnya sebelum anda mula berurut. 
  • Mandikan bayi antara jam 10 hingga 11 pagi. Mandikan secara berdiri atau duduk atas bangku kecil dan elak dari mencangkung.  
  • Sebelum mandikan bayi siapkan segala peralatan si kecil itu bagi mengelak anda kelam kabut selepas memandikannya. 
  • Selepas mandi susukan si kecil itu supaya dia kenyang dan tidur lena sekaligus memudahkan kerja rumah anda yang tertangguh. 
  • Masak makanan tengah hari yang banyak supaya boleh terus di makan di waktu malam. Jadi dapatlah elak masak dua kali sehari. Kalau ada bajet lebih, pesan makanan berpantang yang boleh terus dihantar ke rumah. 
  • Minta suami untuk basuhkan kain atau hantar saja ke dobi sehingga anda pulih dari tempoh berpantang. 
  • Pastikan anda simpan nombor telefon penting seperti polis, hospital dan klinik berdekatan. Ia penting supaya jika berlaku sebarang kecemasan anda tahu siapa yang perlu dihubungi.

Walau bagaimanapun, pastikan anda sudah bersedia menghadapi tempoh berpantang secara sendirian ini dan elakkan sebarang tekanan.

Jika rasa letih, tidak berdaya atau kesunyian mintalah sesiapa untuk menemani anda supaya menjadi teman berbual ketika di rumah.

Apapun raikan kelahiran si kecil dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur serta membesarkannya dengan penuh kasih sayang. 

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hello Sehat, Harian Metro

Baca juga: 

Anak Saya Akan Balik Sendiri Dari Sekolah Hari Ini, Adakah Dia Akan Selamat?

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Bersendirian Di Rumah, Berapa Umur Sesuai Untuk Tinggal Anak? Apa Panduan Berpantang Sendiri?
Kongsikan:
  • Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

    Menu Berpantang Selepas Bersalin, Resepi Lauk Pantang (44 Hari)

  • Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

    Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah, Ibu Elakkan 7 Jenis Ini Ketika Berpantang!

  • Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

    Bertangas Selepas Bersalin, Manfaat Dan Cara Melakukannya Dengan Betul

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham