Pada masa kini, terdapat banyak kaedah pencegahan kehamilan yang boleh digunakan untuk merancang keluarga. Contohnya beli sahaja kondom di kedai, aau buat temujanji dengan doktor untuk mendapatkan suntikan, IUCD dan pil yang berkesan.
Namun pernahkah anda terfikir jenis kawalan kelahiran yang digunakan sebelum teknologi berkembang maju?
Kaedah Pencegahan Kehamilan Terawal
Kaedah paling awal digunakan dikenali sebagai coitus interruptus. Caranya adalah dengan mengeluarkan zakar semasa orgasm berlaku agar sperma tidak keluar dalam vagina.
Menurut Buzzfeed, terdapat 13 cara elak hamil yang digunakan pada waktu dahulu, yang digunakan oleh masyarakat seluruh dunia. Walau bagaimanapun, kemungkinan besar kaedah-kaedah ini sering digunapakai oleh golongan pelacur, bukannya bagi pasangan yang telah bernikah.
Ini merupakan senarai 13 kaedah pencegahan kehamilan pada zaman dahulu:
#1 Kotoran Buaya
Pada tahun 1850 sebelum Masihi, wanita-wanita di Mesir menggunakan kotoran buaya sebagai alat pencegah kehamilan. Walaupun ia kedengaran kotor dan tidak pasti berkesan, namun sebenarnya ia merupakan kaedah yang popular pada waktu itu.
Kotoran tersebut akan dimasukkan ke dalam mulut rahim untuk menghalang sperma masuk. Biasanya ia dicampur dengan madu sebagai anti bakteria dan membantu kotoran buaya lebih menempel di mulut rahim.
#2 Madu
Ini mungkin kedengaran pelik, namun wanita Mesir kuno guna madu untuk mencegah hamil!
Alat kontrasepsi kuno ini dibuat dengan campuran madu dan daun akasia, yang kemudian dimasukkan ke dalam vagina sebagai pembunuh sperma. Cara lain adalah dengan menggulung alat ini, dan dimasukkan ke mulut rahim.
#3 Memasukkan Batu Dalam Vagina
Alat kontrasepsi kuno yang satu ini berbentuk objek yang terbuat dari batu atau perunggu. Alat ini dimasukkan ke dalam vagina untuk menghalangi sperma masuk, atau membunuh sperma sebelum masuk ke dalam rahim.
Rupanya mirip dengan diafragma atau cervical cap yang digunakan pada masa sekarang. Wanita yang menggunakan kaedah ini disarankan mencelupnya ke minyak peppermint sebelum dimasukkan ke dalam vagina.
Menariknya, ia dikatakan sangat efektif, namun agak menyakitkan apabila digunakan oleh kaum wanita.
#4 Merkuri Cair
Pada zaman China Kuno, para pelacur diarahkan untuk minum cairan merkuri atau makan tablet merkuri selepas berhubungan intim bagi mencegah hamil! Aduh tak boleh bayangkan kaedah yang satu ini…
Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak bertahan lama kerana membahayakan kesihatan. Bukan sahaja ia tidak dibuktikan berkesan, malah ia juga boleh menyebabkan kematian.
#5 Mencangkung
Seorang ahli kandungan di zaman Romawi Kuno bernama Soranus, menganggap bahawa pencegahan kehamilan merupakan tanggungjawab perempuan. Jadi perempuan perlu menahan nafas semasa lelaki sedang berejakulasi dan segera bangun setelah selesai berhubungan.
Seterusnya mencangkung dan bersin berulang kali, dan mencuci vagina serta merta.
#6 Pundi Kencing Haiwan
Sekitar tahun 700 Sebelum Masihi, orang-orang Romawi Kuno menggunakan pundi kencing dari kambing, domba dan haiwan lainnya untuk membungkus penis semasa berhubungan seks.
Kaedah ini dikembangkan sebagai cara untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh hubungan seksual, juga sebagai cara untuk melindungi perempuan. Ia menjadi sangat efektif mencegah kehamilan sehingga masih digunakan hingga zaman abad pertengahan.
#7 Sapu Minyak Cemara dan Kemenyan Pada Vagina
Pada abad ke-4 Yunani Kuno, kaedah kontrasepsi yang digunakan ialah minyak semula jadi cemara dan kemenyan. Minyak ini disapukan ke vagina, atau dimasukkan ke mulut rahim di dalam vagina untuk mencegah kehamilan.
#8 Topi Sutera Untuk Zakar
Orang China menggunakan kelebihan mereka dalam bidang sutera dan kertas untuk membuat selubung kondom kuno ini yang kemudian dibasahi minyak dengan tujuan membunuh sperma.
Kondom ini dipakai di kepala penis selama berhubungan seksual, untuk menampung sperma, dan mencegahnya masuk ke dalam rahim.
#9 Cengkerang Penyu
Ini merupakan kaedah cegah hamil di negara Jepun pada abad ke-13. Alat berupa cengkerang ini dijadikan selubung zakar untuk mencegah kemasukan sperma dalam rahim.
Namun, untunglah kaedah ini tidak lagi digunakan kerana jika tidak pasti para wanita akan menderita!
#10 Kondom Linen Dengan Pita
Pada akhir abad ke-14, seorang ahli anatomi berbangsa Itali bernama Gabriele Fallopio menemukan bentuk kondom awal yang disebut fallopian tubes. Alat kontrasepsi kuno ini diciptakan untuk mencegah penyebaran penyakit sifilis yang sedang merajalela di Eropa.
Kondom kuno ini terbuat linen yang dipakai untuk menyelubungi penis, dan diikat dengan pita agar tidak terlepas.
#11 Cuci Vagina Dengan Cuka
Pada sekitar abad ke-16 di Eropah, para wanita yang bekerja sebagai pelacur disarankan untuk mencuci alat kelamin mereka dengan cuka. Asid dalam cuka ini dipercayai boleh membunuh sperma.
#12 Lemon
Potongan lemon yang telah diperah dimasukkan ke dalam vagina sebelum berhubungan intim. Kulit lemon dianggap boleh mencegah sperma masuk ke dalam uterus melalui serviks, dan cairan asid dari lemon akan membunuh sperma.
#13 Usus Haiwan
Kondom kuno ini digunakan pada masa renaisans di Eropah, dengan tujuan untuk mengurangkan penyebaran penyakit kelamin, dan mencegah lahirnya anak tidak sah pada keluarga kerajaan.
Dalam kaedah ini, usus ikan atau domba digunakan sebagai pembungkus untuk menampung sperma. Malah dikatakan ini merupakan kaedah cegah hamil yang memicu perkembangan kondom modern menggunakan lateks di abad ke-21. Bahkan, masih ada beberapa orang di masa sekarang yang menggunakan kulit domba sebagai kondom yang bebas lateks!
Wah, unik betul kaedah yang digunakan ya? Beruntunglah kita yang hidup di zaman modern, dimana alat mencegah kehamilan sudah semakin canggih dan lebih efektif.
Jom download aplikasi theAsianparent!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Ingin Rancang Kehamilan Anda? Banding Pilihan Harga Perancang Keluarga Di Sini!