Alat Penyusuan Wajib Ada Dekat Dengan Ibu, Lagi-Lagi Yang Balik Beraya Jauh Kali Ini
Alat penyusuan memang penting untuk ibu-ibu lagi-lagi di musim raya. Pastikan ibu sentiasa bawa alat berikut untuk bantu penyusuan.
Alat penyusuan sangat-sangat boleh membantu ibu untuk sentiasa bersedia dengan sebarang perkara atau keadaan yang tidak dijangka. Lagi-lagi dengan musim perayaan seperti Hari Raya ini. Boleh tak menang tangan ibu dibuatnya demi nak menyambut raya. Kadang sampai lupa pam kan?
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Alat penyusuan yang ibu boleh bawa ke kampung
- Risiko bila mak menyusu sewaktu raya
Dalam kesibukan ibu dan dengan kemeriahan raya yang bakal berlangsung, tidak dinafikan bahawa ada kemungkinan bahawa susu ibu juga meriah tidak seperti kebiasaan. Adalah lebih baik sekiranya ibu-ibu terutamanya bagi yang bakal kembali berkerja untuk membuat persiapan untuk penyusuan agar memudahkan ibu-ibu nanti.
Alat penyusuan ibu boleh bawa ke kampung
#1. Pam susu
Peralatan ini wajib ada untuk memudahkan ibu-ibu untuk pam susu dengan mudah.
#2. Cooler bag/Cooler box
Kalau peti ais dah tak cukup dengan lauk raya dan macam-macam lagi, ini jawapannya! Malah, ia bantu untuk susu anda tahan jauh lebih lama.
#3. Ice pack
Ice pack sangat memudahkan untuk anda mudah menyejukkan susu botol dan ianya sejenis pek yang boleh dibekukan berkali-kali.
#4. Storage bottle atau beg
Bawa botol storage lebih lagi bagus untuk bantu ibu menyimpan stok susu yang telah diperah di rumah. Jangan lupa labelkan tarikh dan kuantiti susu yang anda simpan.
#5. Baju menyusu atau nursing cover
Sememangnya, inilah baju atau pelindung penyelamat yang dapat membantu ibu untuk menyusukan bayi dengan mudah tanpa terlihat mana-mana anggota badan yang terdedah.
Risiko bila ibu menyusu semasa raya
Memang wujud macam-macam isu untuk ibu yang menyusu sewaktu raya ini. Terutamanya kepada ibu yang terlalu makan yang sedap-sedap sehingga bengkak susu. Ada juga yang terlupa untuk perah susu kerana terlalu seronok beraya.
Ada ibu tertinggal pam kerana sibuk persiapan raya dan ada juga bayi yang tidak mahu menyusu.
Apa anda boleh lakukan?
- Gunakan alat penyusuan dan perah susu sekiranya ada keperluan.
- Jangan memberi alasan penat beraya. Teruskan beri susu kepada bayi seperti biasa.
- Sentiasa keluarkan susu pada waktu yang sepatutnya sekiranya bayi anda menolak minum susu.
Itu sahaja perkongsian kami pada kali ini! Sekiranya ibu-ibu pulang ke kampung beraya, kami nasihatkan agar berhati-hati di jalan raya dan semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Ini Cara Lekapan Penyusuan Yang Betul, Barulah Bayi Kenyang & Berat Badannya Bertambah!
Baca Juga: Ibu Cari Baju Tidur Hamil Dengan Akses Untuk Penyusuan? Ini Antara Yang Selesa & Terbaik
Baca Juga:Penyusuan Susu Ibu Tak Sepatutnya Menyakitkan, Jika Sakit, Semak Semula Cara Perlekapan!