X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ingat Tak Lagi 5 Tradisi Hari Raya Ini? Bila Teringat Balik, Pasti Menggamit Memori!

4 min bacaan
Ingat Tak Lagi 5 Tradisi Hari Raya Ini? Bila Teringat Balik, Pasti Menggamit Memori!Ingat Tak Lagi 5 Tradisi Hari Raya Ini? Bila Teringat Balik, Pasti Menggamit Memori!

Tradisi lebaran setiap tahun pastinya ada perubahan, namun masih ada yang dikekalkan. Bagaimana dengan sambutan lebaran anda kali ini?

Ingat lagi tak pada tradisi lebaran masa kecil dahulu? Pastinya kita sering bercerita pada anak-anak tentang kemeriahan hari raya pada zaman kanak-kanak, malah kalau boleh kita mahu anak-anak merasai yang sama seperti kita jua.

Hari raya merupakan salah satu perayaan yang paling dinantikan khususnya buat yang beragama Islam. Saban tahun, pelbagai perubahan yang berlaku mengenai sambutannya tanpa kita sedari.

Tradisi Hari Raya Berubah Mengikut Peredaran Zaman

tradisi lebaran, tradisi hari raya, hari raya, hari raya aidlfitri, hari raya 2019, kemeriahan hari raya, suasana hari raya, pengumuman raya, budaya kunjung mengunjung, budaya hari raya, budaya lebaran, hari raya di malaysia

sumber: the sun daily

Semakin kita meningkat dewasa, kemeriahan Aidilfitri sudah pasti tidak sama lagi berbanding zaman kanak-kanak.

Iyalah, raya kali ini pastinya kita pula yang menyediakan baju raya, persiapan, perhiasan dan macam-macam lagi untuk menggembirakan anak-anak.

Walaupun anak-anak kita kelihatan gembira pada hari raya, si ibu bapa pula asyik terkenang zaman kanak-kanak mereka yang berbeza sekali pada musim perayaaan tersebut.

Malah ada juga di kalangan kita yang ingin mengekalkan tradisi dengan bersungguh-sungguh hanya kerana inginkan feel yang sama semasa waktu kecil dahulu. Hihi.

Tradisi Lebaran Yang Makin Dilupakan

Ingat lagi tak suasana hari raya anda semasa zaman kanak-kanak? Ini beberapa tradisi lebaran yang tidak lagi ada atau makin dilupakan.

#1 Kad Raya

tradisi lebaran, tradisi hari raya, hari raya, hari raya aidlfitri, hari raya 2019, kemeriahan hari raya, suasana hari raya, pengumuman raya, budaya kunjung mengunjung, budaya hari raya, budaya lebaran, hari raya di malaysia

sumber: kwiknews

Dulu-dulu, kad raya ini antara perkara wajib setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri! Kad raya ada dijual di merata-rata dengan pelbagai rekabentuk yang menarik, siap ada yang mengeluarkan muzik bila kad itu dibuka.

Tetapi kini hanya e-kad sebagai pengganti. Tidak ada lagi kad-kad raya yang digantung pada dinding rumah buat penyeri.

#2 Pasang Pelita

Tradisi ini masih diamalkan oleh sesetengah orang, walaupun pelita kini lebih moden dan tidak menggunakan minyak tanah lagi.

Suasana rumah menjelang raya sebenarnya kelihatan sangat cantik dan meriah apabila pelita dipacakkan di sekeliling rumah, malah waktu malam juga nampak berseri-seri!

#3 Main Bunga Api dan Mercun

Ha, ini salah satu aktiviti kegemaran bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga. Yang menariknya, hampir kesemua jiran tetangga akan keluar rumah pada waktu malam untuk bermain bunga api dan mercun bersama-sama sampai berasap keliling rumah!

Tetapi sejak banyak kes kecederaan yang mengakibatkan main mercun, kegiatan bermain mercun sudah tidak dibenarkan lagi. Hanya beberapa mercun dan bunga api sahaja yang masih boleh dimainkan.

#4 Tunggu Pengumuman Raya Depan TV

Sejak ada gajet, makin ramai yang hanya menunggu pengumuman hari raya melalui media sosial sahaja. Tetapi apa yang pasti, perasaan melihat pengumuman raya di televisyen bersama keluarga sememangnya berbeza, tambahan lagi apabila kita semua bersorak sekiranya esok confirm raya!

#5 Gotong Royong Menyiapkan Juadah Raya

tradisi lebaran, tradisi hari raya, hari raya, hari raya aidlfitri, hari raya 2019, kemeriahan hari raya, suasana hari raya, pengumuman raya, budaya kunjung mengunjung, budaya hari raya, budaya lebaran, hari raya di malaysia

sumber: kwiknews

Tradisi hari raya ini masih ada yang melakukannya, terutamanya bila membalut ketupat dan mengisi kuih dalam balang. Tetapi lemang dan dodol pula, ramai yang suka beli di gerai tepi jalan sahaja, bukan lagi buat sendiri.

Tradisi Lebaran Yang Masih Terjaga

Bagaimana pula dengan tradisi lebaran yang masih lagi diamalkan? Jom tengok senarai ini!

#1 Balik Kampung

tradisi lebaran, tradisi hari raya, hari raya, hari raya aidlfitri, hari raya 2019, kemeriahan hari raya, suasana hari raya, pengumuman raya, budaya kunjung mengunjung, budaya hari raya, budaya lebaran, hari raya di malaysia

sumber: NST

Menjelang raya, pasti ramai yang isi borang cuti sampai seminggu lamanya! Anak-anak muda yang belajar dan bekerja di kota pasti akan pulang untuk menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.

Yang menariknya, walaupun keadaan lalu lintas setiap tahun sesak, tetapi semangat untuk pulang beraya tetap tidak pudar bagi kebanyakkan orang.

Bagi yang bekeluarga pula, ada yang pulang ke 2 kampung walaupun jarak antara keduanya memakan masa yang lama!

#2 Takbir Raya

Walaupun takbir raya kini sering disiarkan di radio dan televisyen, namun laungan takbir raya masih lagi bergema setiap kali pagi raya.

Suasana raya pasti terasa apabila takbir bergema sambil sanak saudara sibuk menyiapkan diri untuk pergi ke surau dan masjid bagi menunaikan solat.

#3 Ziarah Kubur

Walaupun pada hari lebaran, pastinya ahli keluarga yang telah meninggal dunia masih lagi diingati. Inilah masanya untuk menziarah pusara ahli keluarga bersama-sama seisi keluarga dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Stories Rakan Kongsi
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!

#4 Duit Raya

tradisi lebaran, tradisi hari raya, hari raya, hari raya aidlfitri, hari raya 2019, kemeriahan hari raya, suasana hari raya, pengumuman raya, budaya kunjung mengunjung, budaya hari raya, budaya lebaran, hari raya di malaysia

sumber: rojakdaily

Duit raya sebenarnya bukanlah satu kemestian, tetapi ia memberikan rasa seronok bagi kanak-kanak kerana mereka seolah-olah mendapat saguhati apabila beraya.

Namun harus diingatkan ya, kalau mahu duit raya, perlulah beraya dengan ikhlas!

#5 Kunjung Mengunjungi

Apabila ramai sahabat dan sanak saudara pulang ke kampung, pastinya ini masa yang terbaik untuk bertemu dan merapatkan silaturrahim. Malah, masih ada yang beraya beramai-ramai dengan melakukan konvoi!

Walaupun letih seharian beraya, namun tradisi lebaran yang satu ini memang menyeronokkan!

Wah, bagaimana dengan sambutan lebaran anda pula kali ini? Jom kongsi bersama kami di ruangan komen!

Kuih raya apa yang saya boleh makan masa raya?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.com5-soalan-cepumas-raya/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Perayaan & cuti sekolah
  • /
  • Ingat Tak Lagi 5 Tradisi Hari Raya Ini? Bila Teringat Balik, Pasti Menggamit Memori!
Kongsikan:
  • 10 Tradisi Ibu Menyusu Di Seluruh Dunia Yang Unik & Menghiburkan

    10 Tradisi Ibu Menyusu Di Seluruh Dunia Yang Unik & Menghiburkan

  • Program Cuti Sekolah Mac 2017

    Program Cuti Sekolah Mac 2017

  • Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

    Bapa Tinggal Anak 11 Tahun Keseorangan Selama 5 Hari Untuk Bercuti, Alasan Nak Anak Berdikari!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.