Alicia Keys Tanpa Mekap Berasa Bebas Dan Berkuasa

Selepas tempoh refleksi, dia membuat keputusan untuk berhenti memakai mekap - pilihan yang beliau membuat kerana beliau rasa “berkuasa dan bebas.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imej baru Alicia Keys; seorang ahli musik dan selebriti telah membuat kemunculan karpet merah tanpa mekap langsung. Pada tahun ini, Keys memang dikenali untuk menghadiri majlis tanpa solekan dan mengerakkan kempen hashtag #NoMakeUp di media social sebagai expresi dirinya. Namun beliau menjelaskan bahawa, walaupun tampil tanpa solekan, ia tidak bermakna beliau menentang solekan.

Katanya, ini semua merupakan pilihan peribadinya. Beliau telah menghadiri “Democratic National Convention” di BET Awards tampa mekap, muka depan Grazia, Vanity Fair dan Ebony tampa mekap, serta semua bahan-bahan promosi untuk The Voice . Beliau telah membuat keputusan untuk menjadi inspirasi kepada orang lain untuk berani #NoMakeUp.

Dengan kulitnya yang sempurna (dia tidak berkata dia akan berhenti dengan penjagaan kulit, hanya barangan mekap sahaja) wajahnya yang terdedah masih menonjol dan menawan dan persembahannya di MTV Video Music Awards memang menyayat hati.

Beliau mengulas “Kerana saya tidak mahu menutup lagi. Bukan muka saya, bukan fikiran saya, bukan jiwa saya, bukan fikiran saya, bukan impian saya, bukan perjuangan saya, bukan perkembangan emosi saya." dalam surat ke Lena Dunham’s Lenny Letter.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas tempoh refleksi, dia membuat keputusan untuk berhenti memakai mekap - pilihan yang beliau membuat kerana beliau rasa “berkuasa dan bebas.” Di dalam suratnya, dia bercakap tentang tekanan untuk kanak-kanak perempuan dari usia muda untuk mematuhi tahap kecantikan dari masyarakat. Beliau juga menulis tentang bagaimana dia sentiasa cuba untuk menukar penampilan ketika dia masih muda, untuk menyesuaikan diri dengan industri muzik yang amat menekanan kecantikan luaran.

Walaupun beliau tidak memakai mekap, beliau masih beraksi dengan hebat. Keys mengambil peluang untuk membaca sebuah puisi sempena mengingati Martin Luther King Jr, yang memberikan ucapan "I Have A Dream" 53 tahun yang lalu, hari ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau kemudiannya menyanyi lagu, cara acappella, tampa penari back-up, tiada nyanyian mengerakkan bibir dan tiada sebarang gangguan.

Untuk usaha beliau, beliau menerima tepukan gemuruh, di auditorium Madison Square Gardens dan di media sosial. Ini adalah bukti bahawa gabungan mesej yang kuat dan bakat yang tidak boleh dinafikan akan lebih menarik dari pakainan seksi bila-bila hari.

Gambar dari NY Mag dan Greatist

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh