Bahayakah Suami Suka Membantu & Mengutamakan Orang Lain? Kenali Ciri Altruisme Ini!

Altruisme adalah kecenderungan mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Namun jika keterlaluan boleh mendatangkan kesan tidak baik dalam hubungan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lumrah kehidupan rumah tangga adalah untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kelemahan suami mungkin diganti dengan kelebihan yang ada pada isteri. Namun bagaimana pula jika anda menyedari pasangan mempunyai sikap terlalu mengutamakan orang lain iaitu altruisme? Sebenarnya altruisme adalah sikap terpuji kerana seseorang memiliki hati yang tulus dan ikhlas terhadap orang sekeliling.

Ia wujud bukan disebabkan oleh paksaan, kesetiaan ataupun alasan tertentu. Malah, hadir secara semulajadi kerana rasa empati melihat kesusahan orang lain, sikap suka membantu dan prihatin.

Altruisme adalah nilai baik dalam diri manusia

Bagi mengenal pasti seseorang memiliki sikap altruism ini, ada beberapa ciri yang boleh anda perhatikan iaitu:

  • Sanggup membantu orang lain meskipun ia memberikan risiko bahaya kepada diri sendiri
  • Memiliki sikap peduli yang tinggi terhadap kesejahteraan orang lain
  • Rela memberikan sesuatu, misalnya makanan walaupun diri sendiri kekurangan
  • Melakukan setiap kebaikan tanpa mengharapkan balasan

Altruisme adalah sikap yang terbahagi kepada beberapa jenis

#1. Altruisme murni

Ia juga dikenali sebagai altruisme moral iaitu melakukan sesuatu atau memberikan pertolongan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Walau pun kebaikan yang dilakukan tersebut boleh membahayakan diri sendiri.

Jenis altruism ini secara umumnya wujud dari nilai-nilai moral yang dilalui sepanjang kehidupan. Kemudiannya, ia menghasilkan tindakan secara spontan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Altruisme genetik

Jenis altruism ini berkaitan dengan hubungan kekeluargaan yang rapat. Sebarang tindakan dilakukan disebabkan oleh perasaan sayang atau dengan alasan membantu darah daging sendiri.

Misalnya, seorang kakak sanggup bekerja lebih masa dan berkorban waktu rehat bagi membiayai yuran pengajian adiknya atau ibu ayah membanting tulang agar cita-cita anaknya tercapai.

#3. Altruisme timbal balik

Meskipun altruisme wujud secara automatik, namun sebenarnya ada juga jenis altruism yang berdasarkan hubungan timbal balik iaitu memberi dan menerima. Maksudnya, seseorang melakukan kebaikan terhadap orang lain kerana dia menyedari bahawa suatu hari nanti orang tersebut akan membalas kebaikannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai contoh, anda membantu rakan yang dalam kesusahan ketika ini kerana menyedari apabila nanti menghadapi kesulitan kemudian hari, mereka juga tidak akan berkira untuk menghulurkan bantuan kepada anda.

Altruisme adalah kelebihan yang dimiliki oleh seseorang

Altruisme adalah sikap baik dan boleh membawa manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan, perilaku altruism ini mampu meningkatkan kesihatan dari segi fizikal dan juga mental.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Misalnya, anda boleh melihat mereka yang suka membabitkan diri dengan aktiviti sukarelawan memiliki tubuh yang sihat kerana meluangkan masa untuk bersosial bersama masyarakat setempat dan anggota badan lebih aktif berbuat kebaikan.

Bukan itu sahaja hasil penelitian turut membuktikan bahawa umumnya manusia akan mengalami peningkatan rasa bahagia dan syukur setelah melakukan kebaikan terhadap orang sekeliling. Menghulurkan bantuan kepada orang lain juga membantu menurunkan rasa stres.

Dengan kesihatan fizikal dan mental yang terjaga, individu dengan sikap altruism ini dikatakan dapat hidup lebih lama. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa altruisme yang dilakukan secara berlebihan dapat membahayakan kesihatan serta keselamatan diri sendiri.

Misalnya, anda membuat keputusan untuk sedekahkan bungkusan makanan tengah hari kepada orang lain kerana berpendapat mereka lebih memerlukan. Namun padahal anda sendiri masih belum makan apa-apa sejak semalam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam anda bersimpati terhadap nasib orang lain, ini secara tidak langsung boleh membuatkan anda kelaparan sehingga berisiko untuk jatuh sakit.

Tidak dinafikan altruisme adalah sifat terpuji yang hanya dimiliki oleh segelintir manusia sahaja di dunia ini. Namun ingatlah untuk mengambil berat terhadap diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain.

Bila anda adalah seorang altruis yang keterlaluan sehingga rasa begitu menderita apabila orang sekeliling susah, cubalah untuk mendapatkan nasihat dari pakar psikologi mengenai masalah yang dihadapi ini. 

Sumber: Alodokter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Lebihkan Kawan Daripada Isteri? Hati-Hati, Boleh Tutup Pintu Rezeki Kalau Isteri Terasa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan