Gadis Youtube Beli Vellfire Pada Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Pula Dituduh Tumpang Senang

Heboh di media ketika ini megenai Alyssa Dezek berusia baru 12 tahun mampu membeli Vellfire dianggar berharga RM360,000 menggunakan pendapatan dari Youtube.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Youtube adalah platform perkongsian video yang paling popular di dunia ketika ini. Ada selebriti youtube menjana pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan hanya dengan berkongsi video di Youtube contohnya gadis cilik ini, Alyssa Dezek.

Heboh di media ketika ini megenai Alyssa Dezek yang berusia baru 12 tahun mampu membeli kereta mewah jenis Vellfire dianggar berharga RM360,000 menggunakan pendapatan dari Youtube.

Tidak kira peringkat umur pendapatan yang dijana kumpulan ini mampu membuatkan mereka dilimpahi kemewahan. Bukan saja diri sendiri malah keluarga.

Alyssa Dezek beli kereta dianggar RM360,000 pada usia 12 tahun

Kredit foto : Instagram Alyssa Dezek

Alyssa menerusi laman Instagramnya baru-baru ini mendedahkan berjaya membeli kereta pertamanya iaitu sebuah Toyota Vellfire berwarna hitam. 

Bagaimanapun, hantaran itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen malah ada yang menganggap tindakan itu tidak tepat kerana wang yang ada sepatutnya digunakan untuk pelaburan masa depan malah ada yang mendakwa ibu bapanya mempergunakan gadis itu untuk hidup mewah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi tidak kurang juga yang berbangga dengan pencapaian Alyssa dan menganggap ia sebagai pendorong untuk jadi lebih berjaya.

Ibu bapa dituduh ambil kesempatan

Menurut mStar, ibu kepada Alyssa, Suzanne Dezek tampil menjawab persoalan itu dan mendedahkan bahawa beliau dan suaminya tidak pernah mengambil kesempatan atas pendapatan anaknya.

Beliau turut memaklumkan, bapa Alyssa juga seorang Ketua Jurutera Kapal, jadi dia sememangnya mampu untuk memiliki kereta berkenaan tanpa perlu bergantung kepada anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibunya menjelaskan dia menghormati kehendak Alyssa untuk membeli kenderaan berkenaan untuk memudahkan penggambaran dan perjalanan jauh untuk keselesaan gadis itu. 

Bila anda boleh mula ajar anak uruskan duit?

Menurut Kobliner, kanak-kanak seawal umur 3 tahun mampu fahamkan konsep kewangan yang mudah seperti menyimpan dan berbelanja. Para pengkaji di University of Cambridge, yang ditauliahkan oleh Money Advice Service di United Kingdom.

Laporan ini dedahkan yang tabiat kewangan anak-anak boleh dibentuk seawal umur 7 tahun dan hakikatnya, ibu bapa memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak tentang cara uruskan duit dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Umur 3 hingga 5 tahun 

Kredit foto: The Indian Express

Anak-anak dalam lingkungan umur ini perlu belajar. Kalau nak sesuatu, mereka kena bersabar dan kumpul duit terlebih dulu.

Buat 3 balang yang dilabel simpanan dan perbelanjaan. Apabila bagi duit pada anak-anak, bahagikan duit itu sama rata dalam setiap balang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarkan mereka gunakan duit dalam balang berlabel perbelanjaan untuk beli barangan yang kecil, seperti gula-gula atau pelekat (stickers) manakala simpanan pula digunakan untuk di bank. 

Ajar anak-anak tetapkan satu matlamat yang mereka nak capai. Contohnya, membeli mainan yang mereka suka. Jangan ingat mereka kecil, mereka tak boleh faham ya. 

#2. Umur 6 hingga 10 tahun

Terangkan kepentingan pilihan dalam berbelanja. Pada peringkat umur ni, penting untuk kita jelaskan dekat anak-anak yang duit boleh habis dan kepentingan untuk buat keputusan yang bijak.

Sebab bila kita belanjakan duit yang kita ada, kita tak ada duit lebih untuk dibelanjakan. Sewaktu peringkat umur ini, wajib pantau aktiviti mereka seperti simpanan, perbelanjaan, perkongsian, dan juga goal-setting mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Umur 11 hingga 13 tahun

Perkongsian tentang faedah kompaun. Pada peringkat umur ini, boleh mula ajar anak untuk tetapkan matlamat jangka masa panjang pula. Kenalkan pada mereka konsep faedah kompaun, dan bila mereka akan dapat kelebihan ini melalui simpanan yang dibuat.

Contohnya, 

“Kalau simpan RM100 setiap tahun bermula dari umur 14, akan dapat RM23,000 bila berumur 65. Tapi kalau mula menyimpan bermula umur 35, akan ada RM7,000 bila berumur 65 tahun nanti.”

#4. Umur 14 hingga 18 tahun

Ambil tahu kos pembelajaran untuk sekolah dan universiti. Bila anak-anak dah semakin membesar, wajib untuk mereka ambil tahu tentang kos ini. Ini supaya mereka dapat bersedia dalam bab kewangan bagi melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat tinggi nanti.

#5. Umur 18 tahun ke atas

Terangkan pada mereka jika tak mampu, usah terjerat. Hanya gunakan kad kredit kalau mampu bayar secara penuh setiap bulan. Antara strategi yang boleh kita ajar anak-anak adalah membuat simpanan kecemasan, sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan (paling baik, buat simpanan kecemasan untuk tempoh 6 hingga 9 bulan).

Sumber: mStar, gilahartanah,thestar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

6 Tips Untuk Pastikan Youtube Selamat Buat Si Manja

Penulis

Lala Annuar