Senarai Amalan Bulan Puasa Yang Penuh Ganjaran Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah

Amalan bulan puasa paling utama adalah menjaga tingkah laku, percakapan serta menunaikan solat lima waktu. Namun ada juga beberapa amalan sunnah yang lain!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa buat seluruh umat Islam. Kehadirannya hanya setahun sekali dan sentiasa dinantikan kerana penuh keberkatan. Namun tahukah anda apakah amalan bulan puasa yang memberikan banyak ganjaran pahala?

Sebenarnya berpuasa tidak hanya menahan lapar dan dahaga. Pada tempoh inilah memberi peluang untuk anda bertaubat serta berebut untuk mengejarkan ibadah.

Amalan puasa yang penuh ganjaran di bulan Ramadhan

credit to sources

#1. Amalan puasa dengan bangun sahur

Meskipun agak kurang berselera untuk sahur pada awal pagi, ramai sebenarnya tidak sedar bahawa puasa seharian mereka tidak akan lengkap. Hal ini kerana ia amat digalakkan dan sunnah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud ''Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.'' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Said al-Khudri meriwayatkan daripada Nabi S.A.W yang bermaksud, ''Semua sahur adalah berkat. Sebab itu, jangan kalian tinggalkan meskipun salah seorang daripada kalian hanya minum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya memberikan selawat untuk orang-orang yang bersahur.'' (Hadis riwayat Ahmad).

#2. Perbanyakkan sedekah dan memberi makan orang berbuka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling dermawan. Baginda menjadi semakin pemurah ketika berada di bulan Ramadhan. (HR. Al-Bukhari No. 4711 dan Muslim No.2307).

''Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu'' (HR Nasa'i dan Tirmidzi)

#3. Mengerjakan solat tarawih

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Solat tarawih adalah salah satu amalan bulan puasa. Ia dilakukan bermula selepas solat Isya' dan berakhir dengan masuk waktu subuh. Biasanya umat Islam akan sekalikan bersama solat sunat ratibah Isya' dan solat witir.

''Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.'' - Hadis Riwayat Muslim: 759

#4. Menyegerakan waktu berbuka

Ia adalah amalan bulan puasa yang amat mudah untuk dilakukan. Sentiasa segerakan waktu berbuka walaupun anda sibuk menghidang juadah buat keluarga atau masih bekerja.

Seperti sabda Rasulullah dalam sebuah hadis:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.'' (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah akan berbuka puasa dengan beberapa biji kurma muda (ruthb atau kurma basah) sebelum menunaikan solat Maghrib. Jika tiada kurma muda, Baginda akan berbuka dengan beberapa biji kurma matang iaitu tamr atau kurma kering. Jika tiada juga, maka Baginda akan berbuka dahulu dengan beberapa teguk air.

#5. Mengejar malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Allah telah menjanjikan terdapat 1 malam yang begitu bermakna kerana pada malam tersebutlah Allah menurunkan al-quran.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malam itu adalah malam penuh dengan keberkatan seperti firman Allah:

''Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.''- Surah ad-Dukhon, ayat 3

''Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardhukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam Lailatulqadar sebaik 1000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu''- Sabda Rasulullah S.A.W

Justeru, anda disarankan untuk melipat gandakan amal ibadah 1/3 malam dengan berzikir, membaca al-quran, bersedekah dan sebagainya kerana amalan tersebut akan dilipatgandakan ganjarannya lebih baik dari 1000 bulan.

Kesimpulannya, tidak susah untuk mendapat ganjaran pahala dan keberkatan melalui beberapa amalan bulan puasa. Ibu ayah yang memiliki anak kecil juga disarankan untuk mengajar mereka tentang kelebihan bulan Ramadhan dan contoh amalan-amalan yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalkan sekecil-kecil sunnah kerana ia tetap akan mendapat kebaikan di sisi Allah seperti sabda Baginda:

''Barang siapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan orang-orang yang mencintaiku kelak akan masuk syurga bersama-sama aku,''

Sumber: Tripfez

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Usah Beria Paksa Anak Berpuasa, Ibu Ayah Perlu Ajar Mereka Jaga Solat Terlebih Dahulu