Memilih Keperluan Bayi Bakal Lahir, Ikutkan Hati Semua Nak Beli - Tips Jimat & Lengkap

Membesarkan anak-anak bukanlah tugasan yang begitu mudah. Ibu ayah perlu mengutamakan amalan kebersihan diri bagi menjamin kesihatan dan bebas penyakit.

Amalan kebersihan diri bagi bayi yang  baru lahir perlu diberikan perhatian agar mereka dijauhkan dari serangan pelbagai jenis penyakit.

Pastinya kehadiran cahaya mata buat kali pertama membuatkan anda dan pasangan menikmati pelbagai pengalaman yang membahagiakan kerana sama-sama berusaha untuk membesarkan mereka dalam suasana yang penuh ceria.

Justeru, situasi yang sering anda hadapi adalah kekeliruan dalam menyediakan segala keperluan anak-anak agar memudahkan urusan menjaga mereka pada setiap hari.

Jadi bagi mengelakkan anda tertinggal keperluan tersebut, apa kata anda dapatkan sahaja terus dari sini tidaklah membuang masa untuk berulang kali keluar ke mana-mana kedai dengan mendukung anak kecil nanti, kan?

Kenapa Amalan Kebersihan Diri Bayi Amat Penting?

Bayi dan kanak-kanak di bawah usia lima tahun adalah lebih berisiko pada jangkitan kerana sistem imun tubuh mereka adalah masih tidak terhasil dengan sepenuhnya.

Mereka juga akan mendapat batuk refleks yang lemah dan otot dada yang membuatkan mereka pada risiko jangkitan paru-paru.

Ia adalah penting ketika beberapa bulan terawal kehidupan mereka untuk anda sebagai ibu ayah mengamalkan amalan kebersihan diri yang baik untuk melindungi bayi daripada terdedahnya kepada kuman dan bakteria. 

Bayi tidak dapat elak terdedah kepada mikro-organisma di dalam persekitaran mereka. Dalam persekitaran ini juga, akan ada sedikit kuman termasuk organisma yang perlu dikenali sebagai sebahagian flora usus normal, di atas kulit mereka dan sebagainya. 

Pendedahan kepada sebilangan kecil mikrob secara berkala juga penting untuk menguatkan sistem imun mereka.

Kebersihan perlu fokus kepada melindungi bayi daripada terdedah kepada “dos jangkitan" akan organisma merbahaya yang mana sistem imun mereka tidak dapat berhadapan dengan.

Amalan Kebersihan Diri: Jangkitan dan Bagaimana Bayi Boleh Berjangkit?

  • Cirit birit. Bayi mendapat sakit perut jika bakteria memasuki perut mereka. Ini boleh berlaku jika makanan atau minuman mereka mengandungi organisma merbahaya, atau jika mereka memasukkan jari mereka yang mana dipenuhi bakteria ke dalam mulut mereka.
  • Selesema, demam dan influenza. Bayi boleh mendapat jangkitan pernafasan jika bakteria saluran pernafasan (ini biasanya virus) dihela. Kuman ini menyebabkan jangkitan dengan memasuki tisu hidung atau paru-paru. Virus demam juga boleh menjangkiti menerusi konjunktiva mata. Ini bermakna yang jangkitan boleh berlaku dengan menggosok mata atau memasukkan jari yang terdedah pada kuman ke dalam hidung.
  • Jangkitan kulit boleh berlaku jika bakteria terdedah masuk ke dalam luka atau kulit melecet. Ruam kulit termasuklah ruam lampin juga adalah lebih mudah untuk dijangkiti.
  • Jangkitan mata – bayi adalah biasanya mudah untuk mendapat jangkitan mata. Ini boleh disebabkan oleh habit menggosok mata dengan tangan yang tidak bersih atau kain muka yang kotor.

7 Keperluan Bayi Baru Lahir Demi Menjamin Amalan Kebersihan Diri Anak

Item Amalan Kebersihan Diri Terbaik Item

Pemotong Kuku Terbaik Dan Selamat Untuk Bayi

Lunavie Baby Electric Nail Trimmer

Minyak Penjagaan Kulit Bayi Terbaik Yang Melembap Semula Jadi

Pigeon Baby Oil Sakura (200ml)

Sabun Mandi (Kepala ke kaki) Terbaik Untuk Bayi

Pureen Baby Head to Toe Wash 750ml

Puting Bayi Terbaik Untuk Kegunaan Harian

Tommee Tippee: Closer To Nature Any Time Orthodontic Soother

Tisu Basah Terbaik Untuk Bayi Bebas Pewangi, Alkohol dan Paraben

Pureen Baby Wipes Fragrance Free (100’s x 2)

Krim Ruam Terbaik Untuk Bayi

Drapolene Cream 55g

Kain Lampin Cuci Pakai Terbaik Untuk Bayi

Anakku Baby Napkin 10 pcs Kain Lampin Bayi

Lunavie Baby Electric Nail Trimmer

Pemotong Kuku Terbaik Dan Selamat Untuk Bayi

Merupakan alatan memotong kuku bayi yang ringan dan mudah. Ia membolehkan anda memotong kuku bayi dengan cepat, mudah dan selamat. Lunavie Baby Electric Nail Trimmer juga membenarkan anda untuk menggilap kuku kaki dan tangannya apabila ia berfungsi dalam cara pengisaran elektrik, bukannya dengan cara pemotong tradisional.

Ia hadir dengan tiga pad berkusyen dan tiga alat pemfailan, setiap satu direka untuk peringkat pertumbuhan bayi anda yang berbeza. Tidak menyakiti bayi anda, biarpun anda secara tidak sengaja tersentuh kulitnya dengan permukaannya. 

Apa yang kami suka?

  • Selamat digunakan. Ia tidak akan menyebabkan sebarang kecelakaan pada kutikula bayi
  • Motor yang senyap, membolehkan anda memotong dan polish kuku bayi dengan senyap
  • Rekaan 6 dalam 1, hadir dengan 6 kepala kisaran yang berbeza
  • Direka dengan lampu LED depan
  • 4 kelajuan (laju/perlahan) dan paten boleh pusing (arah jam/lawan jam)

Pigeon Baby Oil Sakura (200ml)

Minyak Penjagaan Kulit Bayi Terbaik Yang Melembap Semula Jadi

Rangkaian produk penjagaan kulit Pigeon terkini mengandungi ekstrak sakura dan bahan-bahan yang sama dengan vernix menawarkan pelembapan semula jadi. Ia membolehkan kulit bayi untuk tidak kering dan kurang berkerak. 

Ia memastikan kuli bayi kekal licin dan gebu serta memberikan kulit yang semula jadi, sihat berseri, merupakan solusi terbaik untuk mengekalkan kesihatan semula jadi kulit bayi dan pada masa yang sama melindungi kulit bayi daripada kerengsaan.

Apa yang kami suka?

  • Memastikan kulit bayi sentiasa licin, gebu dan memberikan seri semula jadi
  • Solusi terbaik untuk memastikan kesihatan kulit semula jadi dan melindungi kulit dari kerengsaan
  • Diperkaya dengan ekstrak semula jadi Sakura untuk memberikan khasiat ekstra dan melicin kulit bayi sensitif
  • Bebas daripada bahan kimia yang merbahaya seperti Paraben, Sulfat dan ejen pewarna
  • pH seimbang
  • Hypoalergenik
  • Terbukti selamat untuk kulit sensitif

Pureen Baby Head to Toe Wash 750ml

Sabun Mandi (Kepala ke kaki) Terbaik Untuk Bayi

Diformulasi khas untuk mencuci dengan mudah keseluruhan tubuh bayi, dari kepala hingga kaki. Ia dihasilkan dengan formula “tear-free" yang lembut pada mata dan kulit. Jadi jangan bimbang jika ia termasuk ke mata bayi kerana formulanya yang tidak memedihkan mata. 

Diperkaya dengan Pro-Vitamin B5 dan Vitamin E untuk menjaga rambut, kulit kepala dan kulit bayi yang halus. Cukup ringan untuk digunakan setiap hari. Ia meninggalkan rambut bayi kekal lembut dan berkilat, dengan aroma yang segar dan bersih. 

Ia juga sesuai untuk orang dewasa. Yang penting produk ini mendapat pensijilan halal daripada JAKIM. 

Apa yang kami suka?

  • Tidak memedihkan mata
  • Kegunaan menyeluruh dari kepala ke kaki
  • Diperkaya Pro-Vitamin B5 dan Vitamin E
  • Halal dari JAKIM
  • Juga ideal untuk orang dewasa
  • Boleh digunakan setiap hari

Tommee Tippee: Closer To Nature Any Time Orthodontic Soother

Puting Bayi Terbaik Untuk Kegunaan Harian

Bayi boleh jadi sangat rapat dengan soother kegemaran mereka. Ia hadir dengan baglet yang disukai bayi, jadi anda boleh menukar stail shield yang berbeza stail di dalam koleksinya tanpa membuat sebarang keliruan kepada si comel. 

Baglet bentuk simetri ortodontik pada soother ini telah direka untuk memperbaiki keseimbangan, menjadikan ia mudah untuk bayi pegang di dalam mulutnya sementara menyokong tumbesaran oral semula jadi.

Bentuk seakan puting pada soother adalah lebih seakan puting botol untuk nikmat yang lebih familiar untuk bayi.

Apa yang kami suka?

  • Glow in the dark
  • Puting dengan stail pelindung tradisional bercirikan rekaan yang bersahaja, ideal untuk bayi baru lahir
  • Untuk kegunaan harian
  • Puting boleh diterbalikkan, menjadikan ia mudah untuk bayi memasukkan puting ke dalam mulut dengan betul
  • Bebas BPA
  • Hadir dengan penutup kebersihan

Pureen Baby Wipes Fragrance Free (100’s x 2)

Tisu Basah Terbaik Untuk Bayi Bebas Pewangi, Alkohol dan Paraben

Tisu basah jenama Pureen ini adalah bebas pewangi, yang mana menjadikan ia selamat untuk kegunaan pada kulit bayi. Malah ia juga bebas dari alkohol dan paraben. Tisu basah sememangnya satu item yang mesti ada dalam setiap beg para ibu yang mempunyai anak kecil kerana ia sangat berguna dalam mencuci punggung bayi, apatah lagi ketika keluar berjalan.

Apa yang kami suka?

  • Bebas pewangi
  • Diperbuat dari material kapas yang lembut dan tebal
  • Hypoalergenik 
  • Diuji oleh para dermatologi
  • Bebas alkohol dan paraben
  • Diperkaya dengan Aloe Vera dan Vitamin E yang melembap kulit dengan sempurna

Drapolene Cream 55g

Krim Ruam Terbaik Untuk Bayi

Diformulasikan khas untuk merawat ruam pada bayi dan kanak-kanak. Umum tahu yang bayi mempunyai kulit yang sensitif serta memerluka penjagaan yang lebih. Bahagian lampin adalah yang selalunya mudah untuk mendapat ruam dan malah mudah untuk mendapat ketidakselesaan dan kesakitan dari masa ke masa. 

Ia berikutan keradangan pada kulit disebabkan pemecahan kimia air kencing melalui kuman pemisah air kencing. Pada mulanya, kulit akan menjadi bertompok kemerahan dan lembap, kemudian menjadi tebal dan berkedut, selepas itu terkopek pada penghujungnya. Jangkitan komplikasi lain mungkin akan terjadi jika kulit lembut tidak dirawat.

Drapolene mengandungi dua bahan antiseptik yang terbaik, yang mana membunuh bakteria pemisah air kencing. Drapolene merawat dan mencegah jangkitan sementara ia melicin dan memberikan kelegaan ke atas kulit bayi yang lembut. 

Apa yang kami suka?

  • Berkesan untuk merawat dan mencegah Nappy Rash
  • Memberikan kelegaan untuk kesan luka dan terbakar kecil
  • Antiseptik yang hebat, yang mana membunuh kuman pemecah urin
  • Melicin dan melegakan kulit bayi yang halus

Anakku Baby Napkin 10 pcs Kain Lampin Bayi

Kain Lampin Cuci Pakai Terbaik Untuk Bayi

Napkin bayi Anakku merupakan satu jenama yang mempunyai sudut pandang daripada seorang ibu. Ia memahami apa yang para ibu perlukan. Ia menilai keperluan kedua-dua untuk ibu dan bayi dengan produk yang menawarkan keselesaan dan kemudahan.

Napkin dari Anakku dihasilkan daripada kapas 100 peratus yang mana ia sangat lembut dan selamat untuk digunakan pada bayi. 

Apa yang kami suka?

  • Napkin putih yang boleh dicuci pakai
  • Diperbuat daripada kapas 100 peratus
  • Lembut, selesa dan tahan lasak

Perbandingan Harga

Produk Kandungan (unit) Harga (RM) Harga (RM/unit)

Lunavie Baby Electric Nail Trimmer

1 33.50 33.50

Pigeon Baby Oil Sakura

200 ml 10.90 0.05

Pureen Baby Head to Toe Wash

750 ml 17.99 0.02

Tommee Tippee: Closer To Nature Any Time Orthodontic Soother

2 unit 27.92 13.96

Pureen Baby Wipes Fragrance Free

200 helai 11.48 0.06

Drapolene Cream

55 gram 20.60  

Anakku Baby Napkin

10 helai

43.90 4.39

Tips Amalan Kebersihan Diri Untuk Bayi Baru Lahir

Amalan kebersihan diri untuk bayi baru lahir termasuklah mandi, penjagaan kulitnya, dan penukaran lampin, yang mana penting untuk kesihatan bayi anda dan keselesaan yang berpanjangan.

Berikut adalah antara amalan kebersihan diri yang baik untuk diamalkan apabila anda menimang cahaya mata.

  • Sebelum mula

Adaptasi satu habit untuk sentiasa mencuci tangan anda dan hanya menggunakan produk yang direka khas untuk kulit bayi yang halus.

  • Mata

Basahkan sebiji bebola kapas atau pad kain kasa dengan cecair saline dan dengan lembut lap kelopak mata bayi dan bahagian tepi matanya. Gunakan bebola kapas yang lain untuk mencuci sebelah mata lagi.

  • Telinga

Cipta satu tiub kecil dengan menggulung sekeping kapas di antara jari anda dan hanya cuci bahagian luar telinga bayi untuk mengelak kejadian palam lilin. Elak guna putik kapas, yang mana boleh merengsa dan malah merosakkan telinga bayi.

  • Hidung

Lakukan perkara yang sama seperti telinga; lembapkan tiub kapas kecil dengan cecair saline, kemudian dengan lembut masukkannya ke dalam salah satu liang hidungnya. Gunakan bebola kapas yang lain untuk mencuci liang hidung yang sebelah lagi.

  • Wajah

Cuci wajah bayi sekerap yang perlu sewaktu siang hari dan jangan lupa untuk mencuci bahagian belakang telinga, di mana kotoran selalunya terhasil di situ. Anda boleh gunakan tisu basah, atau lembapkan sebiji bebola kapas dengan pencuci susu, kemudian bilas dengan air.

  • Rambut

Sentiasa sikat rambut bayi, gunakan berus sikat yang lembut yang direka khas untuk bayi.

  • Kuku

Tunggu sekurang-kurangnya sebulan sebelum memotong kuku bayi untuk kali pertama. Sehingga ketika itu, mereka masih lagi dalam keadaan mudah cela dan rapuh. Selepas sebulan, sentiasa potong kuku mereka pastikan ia pendek menggunakan sepasang gunting dengan kepala berbentuk bulat.

Pilih satu masa di mana bayi dalam keadaan tenang, pegang tangan mereka atau kaki mereka dengan tetap dan bercakap dengannya selembutnya jadi mereka akan kekal tenang sewaktu proses tersebut.

Berhati-hati agar tidak memotong kuku mereka terlalu pendek untuk mengelakkan sebarang jangkitan di sekitar hujung kukunya.

  • Tukar lampin

Cuci punggung bayi anda dengan berhati-hati setiap kali anda menukar lampinnya, terutama sekali pada bahagian lipatan kulit di mana lembapan boleh menyebabkan iritasi.

Anda boleh gunakan tisu basah yang khas untuk bayi, pencuci tanpa perlu bilas atau losyen pencuci. Dengan lembut keringkan kulit bayi anda sebelum mengenakan lampin baru pada mereka.

Jangan lupa untuk menyapu krim ruam lampin setiap kali sesi menukar lampin untuk mencegah ketidakselesaan ruam kulit.

  • Tali pusat

Selepas melahirkan, anda perlu menjaga tali pusat bayi anda sehingga ia jatuh sendiri di dalam masa satu minggu ke 10 hari. Untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan, bersihkannya setiap hari dengan kain kasa bersteril yang dilembapkan dengan cecair antiseptik.

Kemudian dengan berhati-hati mengeringkannya dengan pad yang bersih.

  • Tangan

Sentiasa bawa tisu basah bayi dengan anda untuk membersihkan tangan bayi anda apabila anda keluar berjalan bersamanya, apabila menikmati snek atau di dalam kereta.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

Baca juga: Sementara Kena Duduk Rumah Semula Ketika PKP Ni, Jom Jaga Kebersihan Diri & Sanitasi Rumah!

Baca juga: Kulit Bayi Baru Lahir Sangat Sensitif, Elakkan Kerap Mandikan Anak Menggunakan Sabun

Penulis

Farhana Fuad