Usah Risau Soal Rezeki, Amalkan 10 Amalan Murah Rezeki Yang Tidak Disangka-sangka

Jika soal rezeki yang menjadi kerisauan, tanamkan sifat kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT dengan mengamalkan 10 amalan murah rezeki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap orang pasti diuji dengan soal rezeki. Jangan pelik dengan orang sekeliling kita yang selalu murah rezekinya dan urusannya sentiasa lancar walaupun hidupnya sederhana. Apakah rahsia amalan murah rezeki untuk menjadi sepertinya?

Daripada cemburu melihat kesenangan orang lain, tanya diri adakah usaha kita sehebat usaha dan doa mereka? Di setiap harta yang Allah berikan, sebenarnya ada hak orang lain didalamnya.

Selain ikhlas dalam memberi, terdapat 10 amalan murah rezeki yang dikongsikan untuk mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Jom kita sama-sama amalkan!

10 amalan murah rezeki yang mudah untuk diamalkan

1. DHUHA

Jika kita selalu buat 2 rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD

Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL-QURAN

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bangun pagi jangan buka telefon atau rancang nak buat apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR

Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM

Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH

Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. SOLAT AWAL WAKTU

Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH

Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mintalah sepenuhnya hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari:

● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:

1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila semua amalan telah dibuat, lihatlah segalanya akan berubah. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mudahnya Menjemput Rezeki, Ini 5 Doa Murah Rezeki Berniaga Untuk Mendapatkan Keberkatan, Selain Bisnes Berjaya

Baca juga: Suami Isteri Amalkan Ini Sebelum Tidur Untuk Rezeki Tanpa Diduga!

Baca juga: Kalau Terjaga Di Tengah Malam, Amalkan Zikir & Doa Sepertiga Malam Yang Diajarkan Oleh Rasulullah SAW

Penulis

Noorhidayah