Adakah Ambil Gambar Ketika Beri Susu Badan Satu Trend Baru?

Ada trend terbaru di mana ibu akan ambil gambar ketika beri susu badan. Ia dipanggil sebagai "brelfie". Apa pandangan anda tentang trend terbaru ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trend Tangkap Gambar Terbaru

Semua orang tahu "selfie" atau swafoto adalah teknik mengambil gambar sendiri. Manakala "wefie" pula adalah mengambil gambar kumpulan.

Tapi pernahkan anda mendengar trend bergambar terbaru yang dikenali sebagai "brelfie"? 

Ha... brace yourself! Ini trend keibubapaan terbaru di mana ibu menyusu akan mengambil gambar mereka dan bayi ketika memberi susu badan!

Trend bergambar ini telah menyerang internet sejak dua menjak ini dengan ramai ibu-ibu menyusu di seluruh dunia berkongsi gambar mereka secara online!

Kaitan

Selebriti terkenal Amerika Syarikat juga buat, okay! Antara selebriti yang tak melepaskan peluang adalah Gwen Stefani, Pink, Miranda Kerr, Gisele Bündchen dan Jamie King.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka semua pernah mengepos gambar brelfies dalam akaun media sosial.

Kredit gambar: Instagram & Twitter

Adakah Trend Ini Hanya Inginkan Perhatian Semata-Mata?

Mungkin ada sebab lain yang mendorong ibu-ibu menyusu di luar sana menangkap gambar mereka sedang memberi susu badan dan memuatnaiknya ke laman sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, ramai juga individu yang tak setuju dengan trend terkenal ini.

Mereka menganggap brelfies satu cara untuk "mendapatkan perhatian" dan membuat pameran percuma.

Angela Epstein, seorang wartawan mengulas dalam sebuah temu bual talkshow - ibu yang melakukan tindakan ini sebenarnya ingin menunjukkan pada dunia yang mereka boleh "memberi susu badan".

Beliau juga menambah - trend ini hanyalah pameran percuma semata-mata.

Menurut beliau, momen intim tersebut seharusnya hanya dikongsi antara seorang ibu dan anaknya saja. Ia bukan untuk tontonan di Internet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala Alyssa Milano, pelakon kecil Charmed pula membela trend ini!

Beliau pernah "dihukum" kerana memuatnaik gambar memberi susu badan pada anak perempuannya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Milano, beliau membidas hukuman yang dijatuhkan masyarakat dan menyoal "apa salahnya seorang ibu berbangga dia boleh memberi susu badan pada si manjanya?"

Brelfie vs Bayi Minum Susu Dari Botol

Perdebatan mula tercetus apabila ada ibu-ibu yang memberi anak mereka minum susu dari botol berasa "bersalah" setelah melihat tindakan ibu yang memberi susu badan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka menganggap mereka telah dimalukan kerana tidak berupaya untuk memberi susu badan pada si manja mereka.

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) memang menggalakkan bayi baru lahir minum susu badan sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan atau lebih untuk kesihatan menyeluruh.

Namun, masih ada ibu yang tak berupaya dan tak berkemampuan untuk menepati saranan tersebut. Semuanya mungkin kerana mereka tidak mahu, tidak terdaya atau mempunyai masalah kesihatan lain.

Clare Byam-Cook, penulis buku What To Expect When You're Breastfeeding... And What If You Can't menjelaskan hampir 50% wanita berputus asa untuk memberi susu badan pada si manja mereka.

Ibu-ibu yang memuatnaik gambar mereka memberi susu badan memegang satu prinsip penting: mereka ingin menormalkan etika beri susu badan, kerana memberi susu badan di tempat awam masih satu topik taboo.

Di Malaysia sendiri, ramai ibu menyusu badan menerima tindasan dan tak boleh memberi susu badan di tempat awam tanpa dihukum dan dihina. Sudahlah kemudahan juga tiada!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa pandangan anda?

Mungkin di negara Asia, mengambil gambar ketika memberi susu badan masih belum hit kerana norma kesopanan yang kita amalkan.

Yelah, nak beri susu badan pun kita akan cover dengan nursing cover, kan? Inikan pula nak tangkap gambar. 

Tapi adakah anda cukup berani untuk ambil brelfie? Apa pandangan anda tentang isu ini? Kongsikan dengan kami!

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Singapura.

Baca juga:

Penulis

Ayu Idris