Ibu Ini Kongsi Teknik Ajar Anak Membaca & Menulis Sekaligus, Usia 5 Tahun Dah Boleh Baca & Tulis!

Anak 5 tahun sudah pandai baca dan tulis? Kali ini kami kongsikan teknik yang diajar ibu hebat ini kepada anak istimewanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih elok mula awal, jadi sebarang intervensi boleh dibuat jika anak lambat tangkap membaca. Seperti ibu ini, dia sudah mula ajar membaca kepada anak 5 tahun.

Menurt Fatin Zalikha yang berkongsi teknik mengajar anaknya membaca dan menulis sekaligus, anaknya berjaya menguasai teknik itu dalam masa hanya tiga bulan.

Jadi, mungkin ibu bapa lain di luar sana yang masih struggle ajar anak boleh cuba teknik yang dikongsikan ini. Mungkin ia bermanfaat unuk anak anda dan dapat membantu mereka membaca dan seterusnya menulis.

Anak 5 tahun boleh baca& tulis sekaligus dengan teknik ini

Anaknya yang disahkan menghidap autism pada akhir tahun lalu kini sudah boleh membaca dan menulis. Dia tidak menjadikan anaknya yang menghidap autism sebagai penghalang untuk mengajar anak itu membaca dan menulis.

Berikut perkongsian belia:

Cara saya ajar anak membaca.
Membaca dan menulis sekali. Lepas baca, buat latihan menulis pula.
Cara ini berkesan untuk bantu anak saya membaca.

Jadi ibu bapa di luar sana bolehlah cuba untuk ajar anak anda membaca dengan cara ini. Ia nampaknya lebih praktikal kerana selain membaca anak juga mesti pandai menulis.

Selain membaca, beliau juga banyak membuat aktiviti yang membuatkan motor skill anak menjadi kuat seperti 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan anak 5 tahun

Jadi anak anda dah lima tahun? Apa sepatutnya yang dia sudah boleh lakukan. Kami kongsikan kali ini apa yang patut anak anda sudah boleh buat.

#1. Pertumbuhan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia anak 5 tahun, ia menampakkan proses mereka kehilangan lemak kerana semakin membesar. Mereka juga akan alami pertumbuhan ketinggian dan mungkin ada kenaikan berat badan sedikit.

#2. Corak tidur

Kanak-kanak pada usia ini biasanya akan tidur pada jam 7 malam atau 9 malam hingga 6 hingga 8 pagi keesokan harinya. Selepas mencecah usia tiga tahun kanak-kanak masih memerlukan tidur yang banyak tetapi tidaklah seperti ketika bayi.

Kanak-kanak berusia lima tahun pula semakin kurang tidurnya. Malah ada juga yang sudah tidak lagi mahu tidur petang seperti sebelum ini. 

#3. Interaksi sosial

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia ini anak akan mula belajar berkawan dan mempunyai hubungan interaksi dengan guru yang bukan keluarga terdekat. Mereka juga akan berkembang sebagai ibu yang lebih berdikari. 

Banyak pencapaian sosial dan emosi dapat anda lihat pada usia ini. Jadi pada usia ini persahabatan semakin penting pada kanak-kanak. Pada usia ini mereka mula tertarik dengan personaliti kawan-kawan tertentu dan mula rapat.

#4. Kongnitif

Pada usia 5 tahun, anak sudah sepatutnya tahu betul atau salah. Mereka akan memahami konsep peraturan yang membantu mereka memahami sedikit sebanyak tentang menjadi dewasa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada usia ini, mereka dapat mengekspresikan diri mereka dengan lebih tinggi. Daripada segi bahasa pula, sudah pasti bahasa mereka akan lebih berkembang kerana sudah banyak yang mereka tahu.

Mereka juga sudah boleh mengira pada usia ini dan mula mengembangkan kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran fizikal juga berkembang pesat dan ketika bermain anak-anak ini sudah berkembang corak permainannya yang mana dia mungkin akan cuba bercakap seorang diri dan sebagainya.

#5. Emosi

Pada usia ini, ada yang boleh mengaur emosi dengan baik. Tetapi mereka juga adalah versi kanak-kanak pertengahan yang mereka kadang kala akan bertindak seperti anak kecil dan sebaliknya.

Tips untuk ibu bapa yang ada anak 5 tahun

  • Beri anak anda lebih masa untuk bermain di luar.
  • Galakkan anak anda untuk menyarung pakaian tanpa sebarang bantuan
  • Ajar anak anda cara yang betul untuk memberus gigi dan mencuba bawah pengawasan anda.
  • Hadkan masa menonton skrin ke sejam atau kurang dan galakkan lebih banyak aktiviti fizikal.
  • Bawa anak anda mencuba peralatan baru di taman permainan.
  • Guna permainan untuk membantu perkembangan kemahiran fizikal anak anda.
  • Masukkan anak anda ke dalam kelas berenang, kalau belum.
  • Pastikan anak anda mendapat tidur yang cukup, 8-10 jam setiap malam.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Fatin Zalikha

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Get Ready, Ini Perkembangan Anak Umur 6 Tahun, Ibu Ayah Kena Alert!

Baca juga: Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 7 Bulan, Lagak Mereka Macam Orang Dewasa Kini!

Baca juga: Nak Tahu Apa Lagi Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 9 Bulan? Mereka Suka Nyanyi & Berkawan!

 

Penulis

Lala Annuar