Wah, excited rasanya bila anak sudah berumur 4 tahun 9 bulan. Masa ini, ibu boleh nampak mereka mula mengambil inisiatif dan sentiasa ingin mencuba benda baru. Tentunya dengan perkembangan yang sangat positif itu membuatkan ibu ayah gembira dan teruja untuk mengetahui apa lagi perkembangan anak umur 4 tahun 9 bulan ini, bukan?
Jadi, di sini, kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu tahu tentang tumbesaran anak 4 tahun 9 bulan. Semuanya bermula dari perkembangan fizikal hingga nutrisi dan kesihatannya. Mari ibu, kita lihat bersama!
Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 9 Bulan: Perkembangan Fizikal
- Berjalan dalam satu garisan yang lurus tanpa bantuan orang lain.
- Boleh mengerakkan alat mainan sambil mengelak daripada sebarang halangan.
- Membaling bola ke atas dan menentukan jarak serta arah tuju.
- Lari dalam satu bulatan dengan sendiri.
- Melukis objek yang spesifik dan menggenggam pen menggunakan tiga jari.
- Menambah kelajuan berlari dengan mengerakkan lengan
- Lari, berhenti dan mengelak halangan
- Melompat lebih tinggi daripada objek setinggi 12 ke 15 cm dan mendarat dengan kedua-dua kaki
Tips Untuk Ibu Bapa
- Sediakan persekitaran yang selamat untuk anak anda
- Beri masa kepada anak anda untuk berlatih dan memperbaiki kemahiran motor mereka
- Kenal kan mereka kepada pelbagai bentuk dan saiz, galakkan mereka melukis. Berlatih membuat bentuk dengan plastisin.
- Ajak mereka berlatih menulis dengan pensil atau kapur. Tunjukkan cara menggenggam pensil dengan dua jari.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagal berjalan dalam satu garisan, berdiri atas satu kaki dan melompat
- Mengalami kesukaran memegang pen dan tak pandai melukis atau mengenal pasti sebarang bentuk
Tumbesaran Anak 4 Tahun 9 Bulan: Kognitif
- Membaca buku atau cerita pendek yang mudah
- Faham dan mengikut arahan yang berkait dengan rutin harian mereka
- Kenal pasti perkataan yang hampir sama
- Menamakan 18 ke 20 huruf
- Faham konsep “paling tinggi”, “paling besar”, “lebih” dan “sama:
- Kira sampai 20
- Mengikut arahan yang terdiri daripada dua atau tiga langkah, dalam kumpulan atau secara individu
- Pandai bercerita
Tips Untuk Ibu Bapa
- Jangan mengarah anak untuk berhenti mereka cerita.
- Biasakan diri memberi arahan yang mudah setiap pagi supaya anak anda boleh memahami rutin harian
- Berlatih mengira objek, orang, perkataan dan huruf-huruf.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagal mengikut arahan yang mudah dan hanya terdiri daripada dua langkah.
- Tak boleh mengira sampai lima
- Mengalami kesukaran menyusun ayat, walaupun pendek
Perkembangan Sosial dan Emosi
- Ingin turut serta sebarang aktiviti berkumpulan
- Suka berkawan dengan ramai kanak-kanak dan sentiasa teruja
- Kerap berbual dengan rakan-rakan imaginasi
- Mencuba untuk membuat ibu bapa gembira atau bangga dengan pencapaian mereka
- Mula berfikir tentang diri sendiri dan mungkin akan mengadu tentang kanak-kanak lain
- Memberi arahan kepada kanak-kanak lain
Tips Untuk Ibu Bapa
- Ellakkan memarahi atau menaikkan suara dengan mereka.
- Jangan menghalang anak anda daripada bermain dalam dunia imaginasi mereka
- Galakkan anak anda bermain di luar dalam kumpulan dengan kanak-kanak lain. Jika anda lihat anak anda kuat mengarah rakan-rakan mereka, ajar mereka untuk meminta pertolongan daripada rakan-rakan dengan sopan.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Mengalami kesukaran menyusun ayat yang mudah dan berkomunikasi dengan orang lain
- Menunjukkan perangai yang “tak semengah” dengan anda dan rakan-rakan mereka, kerap tantrum atau memarahi orang lain
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
- Menyusun ayat yang penuh dan kompleks
- Menjawab soalan yang mudah. Contoh: “Awak lapar?” “Awak sejuk?”
- Menghafal dan menyanyikan semula lagu yang sering didengar
- Menggunakan kata penghubung
- Mengenal pasti orang lain, haiwan, dan objek yang tidak ada dalam penglihatan
- Mengubah tona atau struktur ayat untuk setiap audiens
- Menjawab soalan kepada “siapa?” “kenapa?” “bila?” dan “bagaimana?”
Tips Untuk Ibu Bapa
- Berbual dengan mereka seperti berbual dengan orang dewasa lain.
- Galakkan anak anda menjawab dengan ayat yang penuh dan menjawab soalan orang lain yang tidak dikenali (bila anda ada)
- Minta anak anda mengulang nama adik-beradik mereka, ibu bapa, alamat rumah dan nombor telefon
- Berlatih menyusun ayat yang betul dengan anak anda dan menyanyi bersama-sama
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Mengalami kesukaran menyusun ayat dan mungkin tergagap.
- Tidak tahu bagaimana menukar tona suara atau struktur ayat untuk setiap audiens
Perkembangan Anak 4 Tahun 9 Bulan: Perkembangan Nutrisi
- Ketinggian normal mereka adalah antara 104 cm – 115 cm dan berat normal mereka adalah antara 18 kg – 19 kg.
- Anak anda sekarang perlukan lebih kurang 1,700 kcal setiap hari, tidur yang cukup dan keperluan nutrisi yang cukup.
Nutrisi penting:
- 1,000 miligram kalsium dan 3,000 IU vitamin D
- 10 miligram zat besi
- Tidak melebihi 650 miligram vitamin C
Vaksin dan Penyakit
Anak anda wajib mendapat vaksin seperti berikut:
- Tetanus
- Diphtheria
- Whooping cough (pertussis) (DTaP) (Dos kelima)
- Polio (IPV) (Dos keempat)
- Measles, mumps, and rubella (MMR) (Dos kedua)
- Chickenpox (varicella) (Dos kedua)
- Influenza (Flu) (Setiap tahun)
Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema, flu dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Terlalu pendek atau kurus
- Kerap jatuh sakit
- Mempunyai kesan lebam di tubuh badan
Semoga memberi manfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Deepshikha Punj. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-umur-4-tahun-2-bulan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!