Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah

Anak aktif bermain dan meneroka dunia di sekeliling membolehkan mereka belajar pelbagai perkara baharu. Ibu ayah perlu mulakan seawal usia si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu ayah memiliki cara yang tersendiri dalam proses membesarkan anak-anak. Memandangkan situasi pandemik kini semakin membimbangkan dan kita semua perlu berada di rumah, adalah penting untuk anda memastikan anak aktif melakukan pelbagai aktiviti.

Seperti orang dewasa, anak kecil juga perlu sentiasa cergas bagi merangsang perkembangan fizikal dan mental agar seiring dengan usia mereka. Justeru ibu ayahlah yang perlu memainkan peranan supaya si manja tidak hanya menghabiskan masa dengan telefon pintar.

Galakkan Anak Aktif Dengan Aktiviti Fizikal Selama 60 Minit Sehari

Tidak dapat dinafikan, kebanyakan ibu ayah mengambil langkah mudah dalam mengawal tingkah laku si manja ketika di rumah dengan memberikan bayi ‘melayan’ kandungan video di telefon pintar.

Memang tidak salah namun adalah lebih baik anda menetapkan tempoh 60 minit sehari untuk anak aktif dengan aktiviti fizikal kerana ia amat menyeronokkan dan bermanfaat untuk perkembangan mereka. Antaranya:

#1. Menunggang basikal

Ketika anak memasuki usia 2 tahun, biasanya mereka sudah mula berani mencuba sesuatu yang baru. Ibu ayah boleh mempertimbangkan untuk membeli basikal dengan tiga roda bagi meningkatkan fungsi otot tubuh si manja dan menggalakkan keupayaan mengimbangi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, anak kecil anda juga akan belajar untuk mengayuh dengan betul supaya basikal bergerak dan mengawal pergerakan badan.

#2. Mendekati alam sekitar

Anak aktif sememangnya tidak boleh duduk diam. Jika anda perasan, kebanyakan bayi mudah tantrum apabila terpaksa menghabiskan banyak masa dengan duduk di dalam rumah. 

Justeru ibu ayah boleh cuba bawa mereka mengenali alam sekitar seperti menyentuh daun, bunga, rumput serta pasir bagi merangsang daya penglihatan dan sentuhan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Bermain bola

Bermain bola adalah aktiviti yang paling mudah untuk dilakukan. Biasanya anak lelaki yang gemar menendang bola dapat membuatkan mereka menjadi lebih fokus, menggerakkan anggota tubuh dengan kelajuan maksimum dan melatih sifat berani.

#4. Bermain buih sabun

Bermain buih sabun ini bukan sekadar untuk suka-suka. Tetapi sebenarnya ada manfaat tersendiri pada si manja. Ketika memegang peniup buih dan tekan picu pistol buah, ia memerlukan kekuatan otot jari dan tangan. Ini secara tidak langsung mampu menguatkan motor halus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, ia turut dianggap sebagai satu latihan sensori yang bagus untuk anak-anak kerana tekstur buih sabun yang licin, basah dan melekit.

Kelebihan Aktiviti Fizikal Terhadap Perkembangan Si Manja

Foto: iStock

#1. Menggalakkan pembinaan tulang dan otot

Apabila anak aktif didedahkan dengan pelbagai aktiviti fizikal sejak kecil, mereka berupaya untuk memiliki tulang dan otot yang lebih kuat. Tempoh 60 minit sehari adalah mencukupi untuk anak berjalan, berlari, memanjat atau melompat bagi menyihatkan tubuh mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kajian yang dilakukan, jika anak mengambil zat mencukupi setiap hari namun tidak melakukan aktiviti fizikal, kalsium dan vitamin D tidak dapat diserap oleh tubuh dengan baik.

#2. Membantu anak tidur dengan lebih nyenyak

Bayi yang sedang membesar memiliki tenaga yang banyak. Justeru gunakan sepenuhnya tenaga ini untuk aktiviti fizikal pada waktu siang sehingga mereka berasa letih.

Teknik ini diakui amat mudah oleh ibu bapa. Kebiasaannya, anak akan melelapkan mata dengan sendiri setelah kenyang minum susu.

#3. Membentuk keyakinan diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau bermain telefon pintar kebanyakannya cenderung berasa malu dan takut apabila berdepan dengan orang sekeliling.

Namun perkara ini jarang berlaku pada anak yang aktif. Mereka biasanya mudah diajak ‘bergaul’ dengan tetamu yang hadir ke rumah, malah akan baik-baik sahaja jika ibu ayah jauh dari pandangan. 

Tip Untuk Mendorong Anak Menjadi Aktif 

#1. Melakukan aktiviti fizikal bersama

Ibu ayah adalah insan yang paling dekat anak-anak. Untuk memastikan aktiviti fizikal si manja lebih menyeronokkan, anda hendaklah lakukan bersama mereka sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari.

Galakkan anak kecil bermain bebas, biarkan mereka memilih aktiviti yang ingin dilakukan. Ini secara tidak langsung membuatkan si manja lebih gembira.

#2. Hadkan waktu menonton dan bermain gajet

Dengan cara ini, bayi atau anak kecil anda akan mencari aktiviti lain yang boleh dilakukan di dalam rumah.

Pendedahan terhadap gajet yang berlebihan boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan minda, penglihatan dan sistem saraf si manja.

#3. Pemilihan jenama lampin seluar yang terbaik buat si manja

Tahukah anda aktiviti lasak dan aktif ini dapat dilakukan dengan baik melalui penggunaan lampin seluar terbaik?

Pemakaian lampin adalah amat penting buat bayi dan kanak-kanak. Justeru, Drypers Drypantz BAHARU direka khas untuk setiap peringkat tumbesaran bayi dengan ciri-ciri yang memastian keserasian, kekeringan serta melindungi kulit bayi dari kerengsaan. 

Berikut adalah ciri-ciri istimewa Drypers Drypantz BAHARU

 

  • 6 AbsorbDRY Layers™: Daya penyerapan yang kuat supaya kulit bayi kekal kering sehingga 10 jam.
  • (BARU) Penunjuk Kebasahan: Masa untuk menukar lampin baru apabila penunjuk kuning bertukar menjadi biru. Ini membantu ibu bapa agar tidak lagi risau bila waktu tepat untuk menukar lampin. 
  • (BARU) Pro-Skin™ pH Balanced Layer: Melindungi bayi dari kerengsaan kulit dengan menyediakan permukaan yang kurang berasid, untuk kulit bayi yang lebih sihat.
  • (BARU) Eco Green: Drypers Drypantz adalah produk biobased yang diperakui USDA, ia mengandungi 28% bahan bio yang boleh diperbaharui, terbiodegradasi dan berasaskan tumbuhan. Paling penting, Drypers adalah jenama lampin bayi pertama di Asia yang diperakui oleh USDA!
  • Padanan khas pada bayi yang berbaring (LayDownFIT), merangkak (CrawlFIT™) atau yang aktif bergerak (MoveFIT) untuk mengelakkan kebocoran.
  • Pita Mudah Buang: Membolehkan pembuangan lampin semudah 1, 2, 3 – hanya perlu koyakkan sisi lampin, gulung dan lekat pita. 

Drypers Drypantz yang BAHARU ini boleh didapati dalam saiz S, M, L, XL dan XXL, maksudnya bayi anda boleh mula menggunakan lampin seluar yang senang ini dari 4kg! 

Di samping itu, anda juga boleh melindungi alam persekitaran dengan penggunaan Drypers Drypantz baharu.

Pelbagai ganjaran menanti anda di Drypers Baby Club!

 

Daftarkan diri sebagai ahli Drypers Baby Club hari ini untuk mendapatkan sampel percuma Drypers Drypantz BAHARU yang merupakan pemegang anugerah Lampin Seluar Bayi Terbaik buat si manja kesayangan anda yang makin aktif. Selain itu, anda berpeluang mendapat petua keibubapaan yang bermanfaat dan pelbagai faedah lain yang menarik. Selamat menjalani perjalanan keibubapaan dengan Drypers Baby Club sekarang!

Untuk pembelian dalam talian, anda boleh layari VindaMall, Lazada atau Shopee untuk penghantaran depan pintu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!

Baca juga: Sel otak anak sedang berhubung kalau dia aktif melompat, memanjat — ibu kena banyak sabar…

Baca juga:  Ibu Bapa Harus Sokong Anak Untuk Aktif Dalam Sukan Demi 7 Kelebihan Ini!