Anak Ada Alahan Terhadap Kekacang - Benarkah Ia Boleh Mengancam Nyawa?

Aduh, anak anda ada alahan kekacang? Macammana nak buat ini? Ketahui semua perkara mengenai alahan kekacang dan bagaimana anda boleh membantu anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak alahan kekacang ataupun alergi kekacang adalah satu perkara yang biasa berlaku dalam kalangan bayi bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Untuk bayi, alahan kekacang ini boleh menyebabkan kesan yang lebih serius yang mana ianya boleh mengancam nyawa.

Tidak dinafikan ada di antara ibu bapa yang takut untuk memberikan kekacang kepada bayi. Asal dengar sahaja perkataan kekacang terus ibu bapa takut dan terus memeriksa kandungan makanan yang mereka berikan kepada bayi. 

Ini kerana hakikatnya kita tidak akan tahu sama ada anak kita mempunyai alahan terhadap apa jua makanan kalau anak kita tidak mencubanya. Jadi mungkin ramai ibu bapa yang mengambil pendekatan untuk tidak berikan langsung kekacang kepada anak sebagai satu cara untuk play safe. Tak mahu ambil risiko katanya. 

Bagi ibu bapa yang tidak mengetahui mengenai alahan kekacang, mari kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan alahan kekacang.

Apakah alahan kekacang?

Kredit: Pexels

Menurut Myhealth.gov, alahan kekacang adalah tindak balas badan (orang yang ada alahan kekacang) yang keterlaluan kepada kekacang tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, apabila seseorang yang mempunyai alahan termakan kekacang, badan akan memberi tindak balas kepada kekacang yang dilihat sebagai unsur bahaya kepada badan. 

Setiap orang mempunyai reaksi alahan yang berbeza. Ianya antara anak anda misalnya mempunyai reaksi yang ringan atau teruk. 

Bagaimana alahan kekacang boleh berlaku?

Kredit: Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pendedahan secara terus seperti memakan produk yang mengandungi kekacang atau sentuhan kekacang pada kulit yang mencetuskan alahan.
  • Menyedut nafas semburan yang mengandungi elemen kekacang. Walaubagaimanapun, alahan disebabkan punca ini adalah paling jarang berlaku. 

“Bayi saya termakan kacang, patut tak saya risau?”

Kredit: Unsplash

Sekiranya anak anda tidak menunjukkan tanda atau gejala seperti dibawah, anda tidak perlu risau. Anda harus mengetahui terlebih dahulu apakah reaksi yang dialami oleh anak anda sekiranya ada. Malah, ibu bapa juga perlu perhatikan jika terdapat gejala yang serupa pada anak setelah memakan kacang. Apa yang penting, jangan panik terlebih dahulu sekiranya anda tidak pasti. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Reaksi alahan kepada kekacang ataupun terhadap makanan lain terdapat dalam dua jenis iaitu; biasa dan teruk. 

Gejala anak anda mengalami alahan kekacang seperti alahan biasa adalah:

  • Muntah atau loya
  • Pening kepala

Gejala yang teruk adalah disebabkan oleh serangan anafilaksis iaitu serangan secara tiba-tiba yang membahayakan dan boleh membawa maut. Berikut adalah gejala reaksi teruk.

  • Mata berair
  • Kelopak mata bergerak-gerak
  • Tekak sempit
  • Cirit-birit
  • Kulit mula berbintat dan kemerahan
  • Reaksi kulit seperti pembengkakan
  • Sakit perut
  • Nafas mengeluarkan bunyi
  • Kulit pucat
  • Degupan jantung cepat
  • Bibir, muka dan lidah yang bengkak

Perhatian kepada ibu bapa. Sekiranya anak anda mengalami salah satu atau lebih daripada gejala diatas, bawa anak anda berjumpa dengan doktor!

Gejala ringan yang dialami oleh anak boleh diubati dengan kadar segera apabila anda berjumpa dengan doktor. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara nak elak anak daripada terkena alahan kekacang

Kredit: Very Well Family

  • Sekiranya si ibu mempunyai sejarah alahan kekacang, sila elak mengambil sebarang bentuk kekacang sewaktu hamil.
  • Elak daripada beri anak sebarang produk berasaskan kekacang sehinggalah anak membesar ataupun sehingga umur anak 3 tahun ke atas (bagi keluarga yang mempunyai sejarah alahan)
  • Breastfeed atau beri susu badan

Anak mempunyai sejarah alahan kekacang, apa ibu bapa patut buat?

  • Periksa semua makanan dan teliti label makanan sekiranya anda membeli makanan di luar untuk pastikan makanan tidak mempunyai unsur kekacang.
  • Jangan dan elak daripada terberi apa-apa makanan yang mempunyai kacang.
  • Berikan anak peralatan makanan sendiri dan jangan kongsi dengan orang lain.
  • Sentiasa peka dan tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan.
  • Bawa sekali EpiPen atau Suntikan Epinephrine untuk menyuntik anak anda. EpiPen adalah sejenis suntikan untuk menghentikan serangan anafilaksis.

Alahan-alahan lain

Selain kekacang, terdapat jenis makanan lain yang boleh mengakibatkan alahan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Antaranya alahan makanan yang lain ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Telur,
  • Susu,
  • Kacang tanah,
  • Walnut,
  • Gandum
  • Ikan
  • Kerang

Nasihat buat ibu bapa

  • Sentiasa mengawasi anak anda dan permakanan mereka. 
  • Perhatikan gejala alahan sekiranya anak anda mempunyai alahan.
  • Rujuk doktor dan pakar pediatrik sekiranya anda tidak pasti mengenai keadaan alahan anak anda.
  • Sentiasa cari ilmu dan membaca buku-buku berkaitan untuk mempersiapkan diri anda sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
  • Kekal tenang dan terus buat tindakan sekiranya anak anda menunjukkan gejala-gejala alahan. 

Sumber: Jiwasihat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: “Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

Penulis

Nina Osman