Cekap Ketika Di Dapur, Anak Dara Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Dipuji Rajin & Pandai Memasak

Anak Aliff Syukri, Qadejah El Zahra yang semakin dewasa dipuji ramai apabila dia dilihat rajin di dapur dan pandai memasak untuk keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak perempuan membawa keistimewaan yang tersendiri dalam keluarga. Hal ini kerana mereka lebih pandai dalam bab mengurus rumah dan membantu menjaga adik-adik. Begitu juga dengan anak Aliff Syukri, pengasas Dherbs yang kini semakin dewasa.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Qadejah El Zahra atau digelar sebagai Ces berusia 13 tahun menjadi ‘pembantu’ kepada ibunya ketika di dapur.

Anak Aliff Syukri dipuji cantik dan pandai memasak

Umum mengetahui, anak kedua kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida Rashid sememangnya minat memasak.

Terbaru, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Shahida di laman Instagram yang memaparkan anak perempuannya itu sedang memasak makanan laut di dapur.

Menerusi hantaran tersebut, Shahida memberitahu bahawa keadaan dirinya sekarang sudah sarat hamil dan akan bergilir-gilir masak bersama dengan Ces.

Tambahnya lagi, Ces mula membantunya memasak dan dia hanya perlu memberitahu sahaja juadah yang diinginkan dan serta resipi.

“Gigih tak anak dara kita masak! Sekarang ni senang je kita tinggal order dan hantar link resipi. Kadang-kadang dah sarat-sarat ni nak masak pun tak larat. Gilir-gilirlah dengan Ces,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji skil dan kepintaran Ces yang bijak memasak.

“Tengok gaya cara kacau tumisan dalam kuali, Ces memang tak kekok. Alhamdulillah, suka tengok anak-anak perempuan lincah dekat dapur.

“Baik sangat walaupun ayah kaya raya, anak-anak semua sederhana pandai buat kerja rumah dan masak. Tahniah Datuk dan Datin kerana berjaya didik mereka.

“Suka tengok didikan Datin untuk Dijah, the only first daughter. Nampak di situ duduk istana mewah pun tak kekok pegang sudip siap sediakan menu macam-macam. Adorable sangat, dahlah cantik lemah lembut. Ee nanti baby keluar, dia je babysitter.”

Bukan itu sahaja, Dato Aliff Syukri juga tidak ketinggalan berkongsi momen yang sama. Beliau meminta anaknya yang baru berusia 13 tahun itu menyediakan nasi goreng ikan masin istimewa sebagai menu sarapan pagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Masakan special resepi anak abah @qadejahelzahra,” tulisnya.

@aliffsyukriterlajaklaris Masakan special resepi anak abah @qadejahelzahra ❤️❤️❤️ #fyp #fypage ♬ original sound – Terlajaklaris

Melihat kecekapan Qadejah memasak, kebanyakan warganet meluahkan rasa teruja dan kagum melihat gelagat puteri kesayangan Aliff itu yang tidak kekok di dapur.

Lebih menarik lagi, Qadejah turut berkongsi resepi nasi gorengnya dalam Bahasa Inggeris.

Minat dalam perniagaan

Seiring dengan pertambahan usia, Qadejah Elzahra atau Ces yang kini semakin menginjak dewasa dikatakan bakal mewarisi perniagaan ibu dan ayahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ces kerap mempromosikan rumah penginapan di Janda Baik serta jenama tudung milik ibunya. Penampilan yang sopan dan lemah lembut membuatkan ramai teruja melihat kelancaran percakapannya di dalam video ataupun live media sosial.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan tidak sangka sekejap sahaja Qadejah sudah besar serta menyamakan wajah gadis itu mirip seperti ibunya, Datin Seri Nur Shahida.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Qadejah serta meluahkan rasa tergugat melihatkan kanak-kanak ini sudah semakin dewasa.

Tips ajar anak minat memasak

1. Pastikan anak-anak faham apa itu bahaya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila berada di dapur, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya seperti minyak panas, terpecik dan sebagainya. Sentiasa awasi anak anda.

2. Tahu keupayaan anak

Untuk peralatan tajam seperti pisau, ibu bapa lebih tahu keupayaan anak-anak. Mulakan dengan pisau plastik terlebih dahulu. Jika anak sudah pandai mengawal baru bertukar ke pisau yang lebih ‘advance’.

3. Perkenalkan anak dengan bahan-bahan di dapur

Selain itu dapat kenal nama bahan-bahan dan sayur-sayuran yang digunakan. Aktiviti memasak ini juga adalah kemahiran yang dapat membantu anak-anak di masa hadapan mereka (survival skills).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Telah Meninggal Dunia, Kanak-Kanak Ini Sudah Pandai Memasak & Jaga Adik-Adiknya

Baca juga:  Baru Umur 11 Tahun Dah Boleh Harap, Anak Lelaki Dipuji Pandai Jaga Adik & Memasak

Baca juga:  Cara Buat Bawang Kisar Tahan Lama & Tidak Berkulat, Bantu Cepatkan Proses Memasak