TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Baru Umur 11 Tahun Dah Boleh Harap, Anak Lelaki Dipuji Pandai Jaga Adik & Memasak

1 Mar, 2022
Baru Umur 11 Tahun Dah Boleh Harap, Anak Lelaki Dipuji Pandai Jaga Adik & Memasak

Didik anak lelaki tolong jaga adik-adik dan buat kerja rumah sedikit sebanyak mengurangkan rasa penat ibu dengan tugasan seharian.

Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak, apatah lagi bagi ibu yang diberikan rezeki kelahiran dekat. Namun jika anda didik anak lelaki untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab sejak kecil, tentu sekali tugasan seharian menjadi lebih ringan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Didik anak lelaki menjadi rajin dan bertanggungjawab sejak kecil
  • Didik anak lelaki dan perempuan berdikari ketika usia 5 tahun
  • Anak saling membantu antara satu sama lain

Menguruskan bayi baru lahir dan dalam masa sama perlu berkongsi kasih sayang dengan anak yang lain kadang-kala membuatkan ibu berasa agak penat dan hilang tumpuan.

Didik anak lelaki menjadi rajin dan bertanggungjawab sejak kecil

Apabila bergelar seorang suri rumah, segala urusan rumah tangga dan anak-anak pastinya berada di atas bahu anda. Memiliki anak yang rajin serta bertanggungjawab menjadi idaman setiap ibu ayah.

Kebanyakan kanak-kanak pada hari ini dilihat banyak menghabiskan masa di skrin telefon sehingga tidak mengendahkan apabila ibu ayah memanggil atau meminta tolong mereka.

didik anak lelaki jaga adik

Namun situasi ini tidak dirasai oleh anak lelaki kepada Siti Fauziah Masnan, 35 dan Haniffa Jhonasrol, 36 kerana dia mampu melakukan pelbagai kerja rumah seperti memasak biarpun baru berusia lapan tahun

Sebuah video yang berjaya memperoleh lebih 2 juta tontonan di TikTok menunjukkan anak sulungnya, Hafiy Altamis Haniffa, 11, langsung tidak kekok menguruskan adiknya yang baru berusia 44 hari.

Tidak cukup dengan itu, dia juga menguruskan segala keperluan pantang ibunya termasuklah memasak makanan pantang.

Didik anak lelaki dan perempuan berdikari ketika usia 5 tahun

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai cara didikan terhadap anaknya itu, Fauziah berkata dia terpaksa mengajar anak-anak berdikari sejak mereka berusia 5 tahun lagi.

”Awal-awal lagi saya beritahu sebab saya ajar mereka buat kerja rumah adalah kerana ingin mereka belajar hidup berdikari.”

”Sebab kami tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar, jadi perlu belajar berdikari. Kemana pun dia pergi, sebagai anak sulung dia boleh jaga adik-adiknya. Itu matlamat saya.” jelasnya.

cara didik anak lelaki

Tambahnya lagi, dia didik anak lelaki dan perempuan dengan sangat tegas serta garang. Anak-anak juga tidak berani untuk mengada-ngada apabila dengan ibunya.

”Hafiy ni saya panggil abang. Sejak dari usia 7 tahun lagi saya sudah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.”

”Bila masuk umur 8 tahun saya ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah mahir bila bab masak. Kalau saya sibuk, memang dialah yang akan masak untuk adik-adiknya di rumah,” kata ibu kepada lima orang anak itu.

Sepanjang tempoh berpantang bulan lalu, dia mengatakan bahawa anak sulungnya yang paling banyak membantu, di samping anak kedua yang berusia lapan tahun.

”Saya bersalin secara pembedahan. Berpantang sendiri di rumah, jadi pergerakan amat terbatas. Minggu pertama ibu mentua adalah datang ke rumah, tapi waktu tu suami dah mula sibuk bekerja.” kongsinya.

Anak saling membantu antara satu sama lain

Memandangkan cuti sekolah, suaminya ada berpesan kepada anak-anak supaya tidak buat Mommy mereka tertekan dan kena sama-sama tolong kemas rumah.

”Bila ayah kat dapur, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Oleh sebab seawal usia lima tahun saya sudah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tidak rasa kekok,” katanya.

didik anak lelaki rajin

Menurutnya lagi apabila masuk minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.

”Sebab suami dah mula kerja dan sibuk, di rumah saya ada anak-anak sahaja. Jadi Hafiy yang akan masak sepenuhnya,”

”Saya minta dia buatkan makanan yang mudah seperti ayam kukus halia. Ini mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam,” jelas Fauziah.

Tidak hanya anak lelaki sahaja yang rajin, tiga orang lagi anaknya yang perempuan juga melibatkan diri apabila di dapur.

Hal ini kerana mereka ingin bersaing untuk sama-sama buat. 

”Bila dia tengok abangnya masak, dia jadi nak juga buat. Masa saya dalam pantang, adik dia akan basuh dan sidai semua pakaian. Memang saya sudah bahagi-bahagikan tugas,” katanya.

Mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Usah Risau Bila Anak Lelaki Lambat Belajar, Daya Fokus Mereka Berbeza Berbanding Perempuan

Baca juga: Lucu! Wanita Kongsi Tips Mengelat Dari Buat Kerja Rumah Lepas Vaksin Sampai Suami Tak Bagi Masak

Baca juga: Tengah Hari Buta Nak Lari Rumah, Ibu Tergelak Lihat Anak Merajuk Dengan Tok Ayahnya

Stories Rakan Kongsi
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
Jadikan Waktu Duduk Di Rumah Lebih Bermakna Bersama Si Manja Dengan Menyertai Friso®️ Gold Mombassador 2021!
Jadikan Waktu Duduk Di Rumah Lebih Bermakna Bersama Si Manja Dengan Menyertai Friso®️ Gold Mombassador 2021!
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping
The clueless mum’s guide to back-to-school shopping
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You
Mums, Here is Something About Milk Proteins That Will Surprise You

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Baru Umur 11 Tahun Dah Boleh Harap, Anak Lelaki Dipuji Pandai Jaga Adik & Memasak
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham