TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tengah Hari Buta Nak Lari Rumah, Ibu Tergelak Lihat Anak Merajuk Dengan Tok Ayahnya

22 Feb, 2022
Tengah Hari Buta Nak Lari Rumah, Ibu Tergelak Lihat Anak Merajuk Dengan Tok Ayahnya

Lari dari rumah ketika siang, seorang ibu tergelak besar melihat reaksi anak yang merajuk dan dihantar pulang oleh datuknya menaiki motor

Proses membesarkan anak mendatangkan pelbagai perasaan suka dan duka bagi mereka yang bergelar ibu ayah. Memandangkan anak semakin dewasa, perasaan merajuk serta makan hati merupakan perkara biasa sehingga ada yang berhasrat lari dari rumah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak lari dari rumah kerana merajuk dengan tok ayah
  • Cara nak handle anak bila mereka merajuk

Adakalanya kelakuan anak-anak ini mampu menjadi penghibur dalam keluarga. Seperti yang dikongsikan oleh seorang ibu ini, dia tergelak melayankan karenah anak lelakinya yang sudah siap simpan beg kerana merajuk dengan datuknya.

Anak lari dari rumah kerana merajuk dengan tok ayah

Dalam perkongsian video TikTok oleh Quinazreen, dia menunjukkan anak lelakinya telah berlari keluar dari rumah sambil membawa beg sandang yang dipenuhi dengan pakaian.

Tambahnya ia terjadi kerana anaknya, Muhammad Ia telah merajuk dengan datuk membuatkannya nekad berjalan kaki untuk pulang ke rumah.

Meskipun ibunya telah berulang kali memanggil anak agar patah semula, namun ia langsung tidak berkesan. Anaknya semakin laju melangkah meninggalkan perkarangan rumah.

anak merajuk

Muhammad Ian buat perangai tengahari buta. Merajuk dengan tok ayah dia, tiba-tiba dia kemas baju dia. Bila ibu tanya, dia jawab ‘nak lari dari rumah!’

Cucu cek mat punya perangai..

Seterusnya wanita ini berkongsikan video part 2 yang mengatakan bahawa anaknya memang tidak patah balik. Tok ayahnya keluar pergi ambil tepi jalan dan mereka pulang ke rumah menaiki motosikal.

tips anak merajuk

Cara nak handle anak bila mereka merajuk

Tidak hanya anak perempuan, anak lelaki juga memiliki perasaan suka merajuk apabila sesuatu kehendak mereka tidak dapat ibu ayah penuhi.

Menurut Patologis Pertuturan-Bahasa, Puan Aisyah Kassim, ada beberapa teknik yang boleh anda lakukan ketika berdepan anak suka merajuk.

Pakar Psikiatri Kanak-kanak, Dr. Robert Marvin menjelaskan kanak-kanak dua tahun sudah boleh merasai pengalaman emosi yang menyeluruh.

Ketika usia ini, mereka mula belajar mengawal emosi-emosi tersebut menyebabkan emosi anak kecil sentiasa berubah dengan cepat.

emosi anak kecil

Sewaktu berdepan dengan situasi anak merajuk, ada beberapa perkara ibu ayah boleh lakukan iaitu:

  • Kanak-kanak usia 1 hingga 2 tahun memang masih kecil dan comel, namun jangan terpedaya kerana mereka boleh menjadi sangat manipulatif. Mereka cuba memanipulasi keadaan untuk mendapatkan keinginan.
  • Ingat bahawa rajuk adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk membentuk emosi dan tingkah laku mereka.
  • Ibu ayah boleh menggunakan cara mengalihkan perhatian mereka terhadap sesuatu yang lain. Dengan cara ini, mereka akan belajar akan adanya alternatif lain pastinya lebih menyeronokkan.
  • Sebagai ibu ayah, anda hendaklah belajar untuk membezakan jenis rajukan anak bagi mengelakkan ia berterusan hingga meningkatnya usia.
  • Ibu ayah perlu memberikan respon bila anak merajuk supaya sikap ini tidak terbawa-bawa hingga besar nanti
  • Ajar si manja anda melabel emosi mereka. Ibu ayah tidak boleh mengharapkan anak-anak untuk memberitahu perasaan yang dialami mereka kerana sesetengah anak masih lagi tidak memahami kosa kata tersebut. Tapi anda boleh mengajar mereka dengan melabel emosi berkenaan.
  • Apabila usia anak menghampiri 3 tahun, mereka sudah mula memahami perkataan tersebut dan mereka akan meluahkannya melalui perkataan yang mana ianya lebih sesuai.

Jika ibu ayah gagal memahami dan emosi anak dengan betul sejak kecil lagi, anak-anak berkemungkinan besar akan menjadi semakin sukar untuk ditangani.

Anak sekecil 1 atau 2 tahun mempunyai daya berfikir yang agak terhad. Mereka tidak punya alternatif lain bagi mengekspresikan emosi mereka. Jadi dengan merajuk adalah salah satu jalannya.

Hal yang perlu anda ingat adalah kanak-kanak merajuk disebabkan oleh keinginan mereka untuk mendapatkan perhatian orang dewasa. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Anak Mengamuk, Ibu Ayah Perlu Pujuk Atau Biarkan Sahaja? Ini Penjelasan Pakar!

Baca juga: Jatuh Air Mata Seorang ibu, Anak Berlari Bawa Anugerah Cemerlang Ke Pusara Ayahnya

Baca juga: Anak Menangis Tak Henti Nak Makan KFC, Ibu Luah Rasa Bersalah Kerana Tak Mampu Beli

Stories Rakan Kongsi
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Tips to harness the power of your parenting style to raise resilient children
Parents, Here’s How You Can Help Your Children with Asthma!
Parents, Here’s How You Can Help Your Children with Asthma!
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tengah Hari Buta Nak Lari Rumah, Ibu Tergelak Lihat Anak Merajuk Dengan Tok Ayahnya
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham